Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak adalah sebuah agensi di bawah pentadbiran kerajaan negeri Perak.

SESI UJIAN PENERIMAAN PENGGUNA (UAT) DAN UJIAN PENERIMAAN AKHIR (FAT)IPOH, 2 dan 9 April 2026 โ€“ Sesi Ujian Penerimaan Pe...
14/04/2026

SESI UJIAN PENERIMAAN PENGGUNA (UAT) DAN UJIAN PENERIMAAN AKHIR (FAT)

IPOH, 2 dan 9 April 2026 โ€“ Sesi Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) dan Ujian Penerimaan Akhir (FAT) bagi Sistem ePendakwa telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Latihan Bahagian Digital, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Taklimat penggunaan sistem telah disampaikan oleh Puan Khajimatul Shellawati binti Az Muzni, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari Bahagian Digital, SUK Perak bagi memberi pendedahan dan kefahaman kepada para peserta yang terlibat sepanjang sesi berlangsung.

Sesi ini telah melibatkan semua pegawai dan kakitangan LS Jabatan Pendakwaan Syariah Perak.

Pelaksanaan sesi ini merupakan satu inisiatif penting dalam memastikan proses pendaftaran kes jenayah syariah di peringkat pendakwaan dapat dilaksanakan secara dalam talian dengan lebih tersusun, cekap dan sistematik.

Pihak jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen, kerjasama serta dedikasi dalam menjayakan sesi ini.

20/03/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—”๐—™ ๐—ญ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ ๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—œ๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Ikhlas daripada:
Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie dan seluruh warga Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak

MAJLIS PENUTUP IHYAโ€™ RAMADAN JPSPK TAHUN 2026 / 1447 HIJRAHIPOH, 18 MAC 2026 โ€“ Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak (...
20/03/2026

MAJLIS PENUTUP IHYAโ€™ RAMADAN JPSPK TAHUN 2026 / 1447 HIJRAH

IPOH, 18 MAC 2026 โ€“ Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak (JPSPK) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan JPSPk (KASRIP) telah menganjurkan Majlis Penutup Ihyaโ€™ Ramadan bagi tahun 1447 Hijrah bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JPSPk.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi KASRIP, Tuan Suhaili Ishak, yang merakamkan penghargaan atas komitmen warga jabatan dalam menjayakan program sepanjang bulan mulia ini.

Seterusnya, majlis disusuli dengan ucapan khas daripada Timbalan Ketua Pendakwa Syarie (TKPS), Tuan Azman Saad. Dalam ucapan tersebut, beliau menekankan kepentingan bagi setiap warga kerja untuk mengekalkan momentum ibadah dan produktiviti kerja meskipun Ramadan bakal melabuhkan tirainya.

Kemuncak majlis adalah sesi Penyampaian Saguhati Raya kepada seluruh warga jabatan sebagai tanda penghargaan dan keceriaan bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang. Pemberian ini diharapkan dapat menyuntik semangat dan sedikit sebanyak meringankan beban warga kerja dalam membuat persiapan Aidilfitri.

Pihak pengurusan JPSPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KASRIP atas inisiatif dan penganjuran program yang lancar sepanjang bulan Ramadan ini. Semoga segala amal ibadat kita diterima Allah SWT.

"Ramadan dirindui, Syawal dinanti"

BENGKEL PEMANTAPAN SKU 2026 JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI PERAK TAIPING, 11 Hingga 13 MAC โ€“ Bahagian Khidmat Penguru...
20/03/2026

BENGKEL PEMANTAPAN SKU 2026 JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI PERAK

TAIPING, 11 Hingga 13 MAC โ€“ Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Sasaran Kerja Utama (SKU) bertempat di Hotel Warisan, Taiping.

Bengkel selama tiga hari bertujuan mengemas kini dan memperkemas proses kerja SKU agar selaras dengan penetapan KPI semasa serta memupuk nilai murni dalam kalangan warga jabatan.

Bengkel yang dimulakan dengan taklimat oleh Encik Mohd Salji Omar ini turut melibatkan aktiviti pembahagian peserta mengikut kumpulan bagi membincangkan SKU secara terperinci bagi setiap bahagian jabatan. Melalui sesi pembentangan kumpulan yang dijalankan, setiap bahagian diberi peluang untuk berkongsi idea dan menyelaraskan tugasan demi memastikan pelaksanaan SKU yang lebih efektif.

Hasilnya, jabatan berjaya menyemak dan mengemas kini maklumat SKU bagi setiap perjawatan demi memantapkan kualiti penyampaian perkhidmatan organisasi secara keseluruhan.

MAJLIS IHYAโ€™ RAMADAN & SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN JPSPK 1447HIPOH, 6 Mac 2026 โ€“ Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak (JP...
10/03/2026

MAJLIS IHYAโ€™ RAMADAN & SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN JPSPK 1447H

IPOH, 6 Mac 2026 โ€“ Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak (JPSPK) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan JPSPK (KASRIP) telah mengadakan Majlis Ihyaโ€™ Ramadan dan Sambutan Nuzul Al-Quran bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JPSPK yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan JPSPK.

Majlis diserikan dengan ceramah khas oleh AF Ustaz Syed Mohd Muzaffar bin Syed Azlan, Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah.

Semoga pengisian ini memberi inspirasi kepada seluruh warga JPSPK untuk terus mendampingi Al-Quran dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.

07/03/2026

Salam Nuzul al-Quran 1447H

MARHABAN YA RAMADAN 1447H ๐ŸŒ™Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, Ramadan 1447...
18/02/2026

MARHABAN YA RAMADAN 1447H ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, Ramadan 1447H.

Marilah kita menyambut bulan suci ini dengan hati yang lapang dan penuh keikhlasan. Rebutlah peluang untuk meningkatkan ibadah, memperbanyakkan amal kebajikan serta memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Semoga Ramadan pada tahun ini membawa rahmat, ketenangan jiwa, kesihatan yang baik serta kekuatan iman buat kita semua.

Juga dapat mempereratkan lagi ikatan silaturrahim sesama kita, dan semoga setiap amal kebaikan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT.

Aamiin Ya Rabbal โ€˜Alamin. ๐Ÿคฒ

Ikhlas daripada:
Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie Perak
& seluruh warga Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak

Bengkel Kajian Kes Nikah Tanpa Kebenaran dan Poligami Tanpa Kebenaran (Best Practice)Bahagian Penyelidikan Perundangan, ...
18/02/2026

Bengkel Kajian Kes Nikah Tanpa Kebenaran dan Poligami Tanpa Kebenaran (Best Practice)

Bahagian Penyelidikan Perundangan, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak telah menganjurkan Bengkel Kajian Kes Nikah Tanpa Kebenaran dan Poligami Tanpa Kebenaran pada 11 hingga 13 Februari 2026 bertempat di DHotel Seri Iskandar Perak.

Bengkel ini turut dihadiri dan dipimpin oleh Timbalan Ketua Pendakwa Syarie serta melibatkan penyertaan semua pegawai dan kakitangan skim LS. Penganjuran bengkel ini bertujuan memperkukuhkan kefahaman, penyeragaman amalan serta meningkatkan kompetensi pegawai dalam pengendalian kes-kes berkaitan secara lebih teratur dan berkesan.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta telah dibahagikan kepada lima (5) kumpulan bagi melaksanakan perbincangan dan analisis kes secara komprehensif. Setiap kumpulan telah membentangkan dapatan, isu-isu yang dikenal pasti serta cadangan penambahbaikan untuk diteliti bersama.

Pada hari terakhir, satu resolusi telah dirumus sebagai garis panduan dan hala tuju dalam memperkemas pengurusan serta pendakwaan kes-kes nikah tanpa kebenaran dan poligami tanpa kebenaran selaras dengan peruntukan undang-undang syariah yang berkuat kuasa.

Semoga hasil bengkel ini dapat terus mempertingkatkan tahap profesionalisme, integriti dan kecekapan warga jabatan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Encik Zulkefli bin Abdull...
04/02/2026

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Encik Zulkefli bin Abdullah atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI). Semoga pelantikan ini dapat membawa kecemerlangan serta memperkukuh lagi tadbir urus Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

โœจ PERHIMPUNAN BULANAN BILANGAN 1 TAHUN 2026 | AMANAT TAHUN BAHARU 2026 โœจJabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak telah me...
27/01/2026

โœจ PERHIMPUNAN BULANAN BILANGAN 1 TAHUN 2026 | AMANAT TAHUN BAHARU 2026 โœจ

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bilangan 1 Tahun 2026 bersempena Amanat Tahun Baharu 2026 pada 23 Januari 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis, diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Tuan Suhaili Ishak, memohon keberkatan serta kelangsungan kejayaan jabatan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Majlis seterusnya diteruskan dengan Ikrar Penjawat Awam dan Ikrar Akta Rahsia Rasmi yang dipimpin oleh Tuan Amir Sabri Zulkipli.

Hadirin turut dibawa mengimbau kembali perjalanan cemerlang jabatan menerusi tayangan montaj aktiviti sepanjang tahun 2025, yang memperlihatkan kesungguhan dan kerjasama berpasukan dalam memperkasa perkhidmatan.

Acara kemuncak majlis ialah Ucapan dan Amanat Tahun Baharu 2026 yang telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Negeri Perak, Tuan Azman Saad. Amanat tersebut menekankan pencapaian jabatan dalam pengurusan kes semasa dan kes tertunggak sepanjang tahun lalu, selain menyentuh pengiktirafan tiga sijil penghargaan yang diterima daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, iaitu:
๐Ÿ“œ Sijil Kehadiran Berkursus 3 Hari (100%)
๐Ÿ“œ Sijil Aduan Awam (SISPAA)
๐Ÿ“œ Sijil Pengauditan Nilai

Turut disebut ialah pencapaian SPLASk yang telah mencapai 100% kriteria pada bulan September 2025, namun masih memerlukan tempoh 12 bulan bagi melayakkan penganugerahan sijil, sekaligus menjadi azam dan fokus utama jabatan untuk mengekalkan
kecemerlangan bagi tahun 2026.

Majlis turut menyaksikan penyerahan surat pelantikan kepada:
๐Ÿ”น Jawatankuasa Perhubungan Awam
Tuan Nor Azam Omar
Encik Mohd Salji Omar
Encik Muhammad Syafiq Aiman Abdul Halim
Encik Muhammad Syahmi Bani Amin

๐Ÿ”น Jawatankuasa Pegawai Latihan
Tuan Suhaili Ishak
Cik Nur Amalina Mohd Yusop
Puan Nor Najidah Ismail

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari sebagai tanda penghargaan dan simbol kebersamaan warga Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak.

Address

Aras 7, Menara SSI, Soho 2, Jalan Sultan Idris Shah
Ipoh
30000

Opening Hours

Monday 09:00 - 12:00
13:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 12:00
15:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 12:00
18:00 - 16:00
Thursday 03:00 - 16:00
Friday 09:00 - 12:00
15:00 - 16:00

Telephone

+6052461336

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share