SK SRI KINTA

SK SRI KINTA Perkongsian program-program warga SKSK bersama ibu bapa dan Alumni SKSK

🌟 Tahniah dan Syabas! 🌟Pada 1 Jun 2026, seramai 3 orang guru dan 18 orang murid telah mewakili sekolah dalam Seminar Pen...
04/06/2026

🌟 Tahniah dan Syabas! 🌟

Pada 1 Jun 2026, seramai 3 orang guru dan 18 orang murid telah mewakili sekolah dalam Seminar Pengawas Pusat Sumber (Kelab NILAM) dan Pertandingan Jejak Maklumat Peringkat Antarabangsa 5.0 Tahun 2026 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Penyertaan ini telah memberikan pengalaman yang amat bermakna kepada para peserta serta berjaya melayakkan mereka menerima Sijil Penyertaan Peringkat Antarabangsa.

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua guru pembimbing dan murid yang terlibat atas komitmen, kesungguhan serta semangat yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.

📍 Tarikh: 1 Jun 2026
📍 Tempat: Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur
📍 Penyertaan: 3 orang guru dan 18 orang murid

Senarai guru dan murid yang terlibat:

👩‍🏫 Guru Pengiring

1. Pn Syaharom Binti Idris
2. Pn Asmieza Binti Embi
3. Pn Nurul Anis Nabila Binti Mohammed Zainuddin

👨‍🎓👩‍🎓 Murid Terlibat

1. Mai Adlina Syafiqah Binti Ahmad Farid (Tahun 6)
2. Nur Qaisara Eryna Binti Zaidi (Tahun 6)
3. Nur Fakhira Iman Binti Azmira Heari (Tahun 6)
4. Nur Zara Umairah Binti Ahmad Norazli (Tahun 6)
5. Nurfilzhah Hannah Binti Mohd Fauzi (Tahun 6)
6. Zahra Aisyah Binti Ahmad Kusairi (Tahun 6)
7. Nur Damia Danish Binti Ezuan (Tahun 6)
8. Nur Amni Nasuha Binti Muhammad Hadir (Tahun 6)
9. Noor Hazryn Zulaiqa Binti Mohamad Hidayat (Tahun 6)
10. Muhammad Adeeb Imran Bin Zulkifli (Tahun 6)
11. Ammar Khalis Bin Khairizal (Tahun 6)
12. Muhammad Afiq Rifqi Bin Mohd Normizam (Tahun 6)
13. Muhammad Fatih Harraz Bin Mohamad Firdaus (Tahun 5)
14. Adriana Aisyidah Binti Ahmad Farid (Tahun 5)
15. Izz Khairina Zakirah Binti Syimir Asyraf (Tahun 5)
16. Juliana Sofina Binti Mohamad Hafizi (Tahun 5)
17. Syazwina Nur Ramadhania Binti Shahrul Azman (Tahun 5)
18. Nur Safiya Inara Binti Mohd Bukhari (Tahun 4)

Semoga penyertaan ini terus menyemarakkan budaya membaca, pencarian maklumat dan kecemerlangan ilmu dalam kalangan warga sekolah.

Selamat Bercuti 🏝️🏖️
28/05/2026

Selamat Bercuti 🏝️🏖️

🏆🌎 ANTARABANGSA 🌎🏆Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada guru dan murid yang telah menyertai Pertandingan ‘Comic Digit...
23/05/2026

🏆🌎 ANTARABANGSA 🌎🏆

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada guru dan murid yang telah menyertai Pertandingan ‘Comic Digital’ Kategori Sekolah Rendah kerana telah berjaya menjadi JOHAN!!!

Pengiktirafan ini adalah peringkat antarabangsa sempena Karnival Digital Teknologi Pendidikan dan Pesta Kokurikulum (Kerian EduTech 2.0) Anjuran SMK Kubang Kerian dengan kerjasama JPN Kelantan dan PPD Kota Bharu.

Tahniah diucapkan kepada :

🧕🏻Cikgu Siti Nurul Hudal
•Izzah Attiya (Tahun 4)
•Muhammad Iman Hafeez (Tahun 5)
•Nur Izz Rania (Tahun 5)

Terima kasih juga kepada para pentadbir, guru-guru dan ibu bapa yang membantu dan memberi sokongan. Semoga kejayaan yang berprestij ini menjadi titik tolak semangat kepada guru-guru dan murid-murid untuk kejayaan demi kejayaan lain kelak.

🏆 PERTANDINGAN BRIDGE BUILDING SEKOLAH RENDAH DAERAH KINTA UTARA 2026(Saringan 4) 🏆Tahniahhhh!!!Seramai 3 orang murid SK...
23/05/2026

🏆 PERTANDINGAN BRIDGE BUILDING SEKOLAH RENDAH DAERAH KINTA UTARA 2026
(Saringan 4) 🏆

Tahniahhhh!!!
Seramai 3 orang murid SK Sri Kinta telah mewakili sekolah untuk ke Saringan pertandingan ini.

🧕🏻NUR FATIHAH DAMIA BINTI NAWAWI
🧕🏻NUR QAISARA ERYNA BINTI ZAIDI
🧕🏻NUR DAMIA DANISH BINTI EZUAN

Tahniah kerana telah mendapat Johan pada peringkat Saringan ini dan akan ke peringkat seterusnya.
Terima kasih kepada guru-guru pembimbing iaitu Cikgu Mohamad Arif dan Cikgu Wita atas komitmen dan bimbingan jitu yang diberikan.
Semoga pasukan Bridge Building SK Sri Kinta berjaya pada peringkat seterusnya.

🥉Tempat Ketiga Kejohanan Hoki MSSD B12 (Perempuan) Daerah Kinta Utara 🥉Syabas dan tahniah kepada pasukan Hoki perempuan ...
23/05/2026

🥉Tempat Ketiga Kejohanan Hoki MSSD B12 (Perempuan) Daerah Kinta Utara 🥉

Syabas dan tahniah kepada pasukan Hoki perempuan SK Sri Kinta atas kejayaan ini.
Terima kasih dan tahniah juga kepada jurulatih pasukan hoki sekolah, Cikgu Ahmad Farid dan Cikgu Noor Izawati atas usaha dan komitmen tanpa mengira masa dan tenaga.

Tahniah kepada anak-anak yang telah bermain bersungguh-sungguh dan penuh semangat.
Terima kasih kepada para ibu bapa yang turut memberikan sokongan. Semoga pasukan hoki lebih berjaya pada masa akan datang.

Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Danish Hamzah bin Mohamad Shukri kerana menjadi satu-satunya pemain Sofbol Kinta ...
23/05/2026

Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Danish Hamzah bin Mohamad Shukri kerana menjadi satu-satunya pemain Sofbol Kinta Utara yang terpilih untuk mewakili Perak ke Kejohanan Sofbol L12 peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Kelantan.

Guru Besar telah menyampaikan insentif kepada adik Hamzah atas kejayaannya itu pada majlis Sambutan Hari Guru baru-baru ini.

Tahniah juga diucapkan kepada jurulatih iaitu Cikgu Noor Izawati dan Cikgu Khairi atas komitmen yang diberikan.
Terima kasih juga kepada keluarga adik Hamzah atas sokongan yang diberikan. Semoga adik Hamzah dan pasukan Perak berjaya memperoleh kejayaan.

“Guru Bitara Nadi Negara”📒Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera📒Sambutan Hari Guru peringkat SK Sri Kinta...
23/05/2026

“Guru Bitara Nadi Negara”
📒Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera📒

Sambutan Hari Guru peringkat SK Sri Kinta telah berlangsung pada 22 Mei 2026. Majlis yang disambut secara sederhana tapi meriah ini telah mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni dalam kalangan guru dan murid.

Sambutan kali ini adalah bertemakan “Cowboy” di mana para guru mengenakan pakaian bertema “Cowboy”. Para pentadbir, guru dan murid turut menceriakan suasana dengan membuat persembahan. Aktiviti sukaneka juga dijalankan untuk para guru dengan sorakan semangat daripada murid-murid.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ibu bapa yang memberi penghargaan kepada guru-guru melalui pelbagai jenis hadiah daripada anak-anak.
Guru-guru tidak akan pernah jemu mencurahkan ilmu dan mendidik anak-anak.

15/05/2026

SABTU | 16 Mei 2026

Barisan pentadbir dan guru-guru SK SRI KINTA sebagai GURU MALAYSIA memperbaharui azam dan tekad ke arah mencapai :
Pendidikan Bermutu,
Insan Terdidik,
Negara Sejahtera.

Selamat Hari Guru💐





🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Umar Asyraf bin Nor Ikhwan atas kejayaan cemerlang sebagai JOHAN Pertandin...
06/05/2026

🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆
Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Umar Asyraf bin Nor Ikhwan atas kejayaan cemerlang sebagai JOHAN Pertandingan Anugerah NILAM Pendidikan Khas Peringkat Negeri Perak 2026 yang telah berlangsung pada 28–29 April 2026 bertempat di Tower Regency Hotel.

Dalam langkah yang kecil, tersimpan keberanian yang besar. Perjalanan dari peringkat daerah hingga ke negeri bukan sekadar laluan pertandingan, tetapi kisah tentang kesungguhan, ketabahan dan harapan yang tidak pernah padam.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, ketekunan serta bimbingan berterusan daripada guru pembimbing, Pn Azwani binti Mohamed Ariff.
Turut menjadi kekuatan di sebalik kejayaan ini juga sokongan dan doa berterusan daripada keluarga Umar, yang sentiasa menjadi sumber semangat dan inspirasi.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah ke peringkat Kebangsaan yang dijadualkan pada 8–11 Jun 2026.

Syabas dan tahniah diucapkan. 🌟

📅 22 April 2026 (Rabu)📍 AEON Station 18Tahniah diucapkan kepada anak-anak SK Sri Kinta atas pencapaian yang membanggakan...
22/04/2026

📅 22 April 2026 (Rabu)
📍 AEON Station 18

Tahniah diucapkan kepada anak-anak SK Sri Kinta atas pencapaian yang membanggakan dalam Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Irama Malaysia Solo dan Duo Sekolah Rendah peringkat Daerah Kinta Utara 🎤✨

🥇 Johan Kategori Solo Lelaki : Afif Hakimi bin Nur Hakim
🏅 Tempat Kelima Kategori Duo : Muhammad Afiq Izzhaq bin Muhammad Nazmin dan Muhammad Izz Muaz bin Sazali

Dari alunan sayu Tak Seindah Wajah yang menyentuh hati, hingga ke rentak ceria Joget Toleh Menoleh yang menghidupkan suasana. Anak-anak ini berjaya memukau pentas dengan penuh jiwa dan keyakinan.

Pertandingan ini telah dapat mencungkil bakat murid dalam bidang nyanyian Irama Malaysia untuk diketengahkan ke peringkat luar. Murid telah menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh di bawah bimbingan jurulatih sekolah iaitu Encik Nur Hakim dan Cik Syahidatul Najwa.

Terima kasih juga diucapkan kepada Guru Besar Pn Sharifah Norlian, rakan-rakan guru serta ibu bapa yang hadir memeriahkan dan memberi sokongan padu sepanjang pertandingan berlangsung. Kehadiran dan sokongan kalian amat bermakna serta menjadi penyuntik semangat kepada anak-anak ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh, menggapai impian dan terbang lebih tinggi. ✨

Address

Jalan Hospital
Ipoh
30450

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Telephone

+6055462105

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK SRI KINTA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SK SRI KINTA:

Share