3PIM Perak

3PIM Perak PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, PERLADANGAN, PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN

SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2023🇲🇾
31/08/2023

SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2023🇲🇾

"TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 66Ikuti Media :Facebook: 3PIMPerakInstagram: 3PIM P...
30/08/2023

"TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN"

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 66

Ikuti Media :

Facebook: 3PIMPerak
Instagram: 3PIM Perak
Twitter :

YB Dato' Pengerusi mengiringi YAB Dato' Seri  Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak ke Majlis Pecah Tanah Taman Industri ...
21/08/2023

YB Dato' Pengerusi mengiringi YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak ke Majlis Pecah Tanah Taman Industri Halal Perak@Lekir

Ikuti Media :

Facebook: 3PIMPerak
Instagram: 3PIM Perak
Twitter :

Mengiringi YAB Dato' Seri  Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak ke Majlis Sanjungan Budi Tahun 2023 dan Anugerah Perkhid...
16/08/2023

Mengiringi YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak ke Majlis Sanjungan Budi Tahun 2023 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022, Jabatan Pertanian Negeri Perak

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang diraikan pada hari ini. Semoga dengan pengiktirafan ini, ia akan menyuntik semangat dan mencetus inspirasi kepada semua warga Jabatan untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Tidak lupa juga kepada pegawai yang akan bersara antara insan-insan yang telah menyumbangkan jasa dan bakti yang bernilai kepada dunia pendidikan tinggi negara. Terima Kasih dan Tahniah Sekali Lagi

PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK SIRI 7 TAHUN 2023
16/08/2023

PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK SIRI 7 TAHUN 2023

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP HARI LADANGPEJABAT PERTANIAN DAERAH BATANG PADANGJabatan Pertanian Negeri Perak melalui Kerajaa...
15/08/2023

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP HARI LADANG
PEJABAT PERTANIAN DAERAH BATANG PADANG

Jabatan Pertanian Negeri Perak melalui Kerajaan Negeri Perak telah menyalurkan sejumlah RM 387,250.00 kepada Pejabat Pertanian Daerah Batang Padang untuk memberi manfaat kepada hampir 70 orang warga tani dan usahawantani di Daerah ini.

Demi mendidik dan mengalakkan orang awam untuk bercucuk tanam bantuan “Pertanian Komuniti” dan “Kebun Komuniti Madani” telah diperkenalkan. Pertanian yang berkonsepkan Pertanian Bandar giat dikembangkan di peringkat komuniti di daerah Batang Padang. Ia terdiri dari komuniti taman perumahan, kampung, masjid dan surau, pusat pengajian seperti sekolah dan madrasah serta pusat pengajian tinggi, dan dan tidak ketinggalan, teknologi ini juga dikembangkan ke pejabat-pejabat kerajaan bagi memupuk minat bercucuk tanam di kalangan penjawat awam itu sendiri.

Ikuti Media :

Facebook: 3PIMPerak
Instagram: 3PIM Perak
Twitter :

15/08/2023

MAJLIS PELANCARAN KELAPA HIBRID MARDI
DAN HARI BERTEMU PELANGGAN MARDI PERAK

MAJLIS PELANCARAN KELAPA HIBRID MARDIDAN HARI BERTEMU PELANGGAN MARDI PERAKYB Dato' Pengerusi menzahirkan ucapan penghar...
14/08/2023

MAJLIS PELANCARAN KELAPA HIBRID MARDI
DAN HARI BERTEMU PELANGGAN MARDI PERAK

YB Dato' Pengerusi menzahirkan ucapan penghargaan kepada MARDI atas kejayaan melaksanakan majlis bersejarah pada hari ini dengan Pelancaran Kelapa Hibrid MARDI.

MARDI telah membangunkan 8 hibrid kelapa berhasil tinggi sejak tahun 2005. Varieti kelapa baharu ini merupakan hasil kacukan antara pokok-pokok kelapa daripada jenis tinggi dan rendah yang terdapat dalam janaplasma kelapa di MARDI Bagan Datuk.

MARDI Bagan Datuk juga menyimpan hampir 22 janaplasma kelapa terkini termasuklah:
i) Koleksi eksotik luar negara,
ii) Koleksi Malayan Tall dari dalam negara, dan
iii) Koleksi janaplasma hibrid terkini yang dinilai dan diselenggara oleh MARDI sendiri.
Koleksi janaplasma ini amatlah penting dalam menyumbang kepada kejayaan para penyelidik MARDI membangun dan menghasilkan hibrid kelapa yang berkualiti dan berhasil tinggi.

YB Dato' Pengerusi, menyeru kepada semua jabatan dan agensi samada dari Persekutuan atau Negeri untuk sama-sama menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk mewar-warkan dan menyokong inovasi yang dihasilkan ini agar golongan petani dan pengusaha kelapa di Malaysia khususnya di Negeri Perak Darul Ridzuan ini dapat meraih sebanyak-banyak manfaat daripadanya.

Turut hadir bersama YB Dato' Shahrul Zaman Yahya, ADUN Lintang; Ybrs. Dr. Azman bin Ismail, Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI;
YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI; dan Ybrs. Tuan Mohd Ghopran bin Yeop Hamzah, Pegawai Daerah Bagan Datuk.

Ikuti Media :

Facebook: 3PIMPerak
Instagram: 3PIM Perak
Twitter :

PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK DAN JUALAN RAHMAH KASIH SAYANG ❤️Semua warga Perak dijemput h...
14/08/2023

PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK DAN JUALAN RAHMAH KASIH SAYANG ❤️

Semua warga Perak dijemput hadir ke Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 7 seperti berikut:

🗓️ 16 Ogos 2023 (Rabu)
🕜 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
📍 Stadium Indera Mulia

Jualan RAHMAH Kasih Sayang ❤️ juga akan berlangsung pada hari yang sama mulai jam 8.00 pagi - 10.00 malam! Ada AEON, Lotus's, Pasaraya SAVE dan Segi Fresh.

Jom memeriahkan !!Majlis Pelancaran Kelapa Hibrid MARDI dan Hari Bertemu Pelanggan MARDI Perak pada 14 Ogos 2023 (Isnin)...
11/08/2023

Jom memeriahkan !!

Majlis Pelancaran Kelapa Hibrid MARDI dan Hari Bertemu Pelanggan MARDI Perak pada 14 Ogos 2023 (Isnin) dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 Petang.

Masa perasmian: 9.00 pagi

Masuk adalah PERCUMA!!

Pelbagai Aktiviti pameran dan jualan disediakan:

👉Pameran teknologi MARDI
👉Pameran Taman Agroteknologi MARDI Bagan Datuk (TATMBD)
👉Pameran jabatan/agensi
👉Jualan produk VCO
👉🏻Jualan produk usahawan MARDI
👉Dan banyak lagi!!!

Lokasi: Stesen MARDI Bagan Datuk, Parit 9, Batu 16 1/2, Jalan Bagan Datuk, 36300 Sungai Sumun, Perak

https://goo.gl/maps/C6eQcb8mmt2bu7af8





SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE - 76 KEPADA YAB DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM, PERDANA MENTERI MALAYSIA 🇲🇾
10/08/2023

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE - 76 KEPADA YAB DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM, PERDANA MENTERI MALAYSIA 🇲🇾

Address

Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian Dan Industri Makanan, Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
Ipoh
30000

Telephone

+6052417319

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 3PIM Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share