10/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Pesta Rain Rave anjuran MOTAC yang penuh kontroversi telah berlalu hampir seminggu, namun sehingga hari ini masih belum ada tindakan dikenakan terhadap penganjur atau mana-mana pihak yang terlibat.
Sedangkan pelbagai aduan dan bantahan telah dikemukakan, termasuk daripada agensi agama dan NGO, susulan penganjuran konsert yang disifatkan liar serta bertentangan dengan budaya Melayu-Islam.
Malah reaksi warga maya jelas membuktikan penganjuran ini membawa bibit-bibit perpecahan dan isu perkauman.
Pun begitu, Pimpinan, Ahli Parlimen dan ADUN DAP begitu defensif mempertahankan penganjuran pesta maksiat ini. Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan tindakan tidak bermoral ini, sementara pihak yang membantah terus dilabel dengan lebelan yang melampau.
Nga Kor Ming, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP yang juga Menteri KPKT konsisten menjadikan alasan kerancakan ekonomi dan keunikan kepelbagaian yang Malaysia miliki untuk sesuatu isu berbangkit. Juga berkait pesta ini, Nga Kor Ming di FB peribadinya berkongsi hantaran yang mengaitkan pembangkang dengan talibanisme.
Manakala Ketua DAPSY, Woo Kah Leong yang juga exco Kerajaan Negeri Perak juga menggunakan hujah kepelbagaian. Dalam masa yang sama, dia melabel ketua Pemuda UMNO dan Pimpinan PN sebagai ekstrem yang menakutkan pelancong asing.
Tidak terhenti di situ, Ahli Parlimen DAP yang lain, MP Kepong(Lim Lip Eng), Puchong (Yeo Bin Yin), Seputeh (Teresa Kok), Bagan(Lim Guan Eng juga menggunakan hujah yang hampir sama.
Dalam isu pesta maksiat ini, mereka bukan sahaja manip**asi p**angan ekonomi, sebaliknya memanip**asi kepelbagaian dengan interpretasi yang menyimpang mengikut selera dan nafsu serakah mereka.
Interpretasi kepelbagaian dengan songsang adalah naratif beracun yang membawa ancaman merbahaya kepada Malaysia.
Malah jika dikritik, dilabelnya p**a dengan jumud, ekstremis dan sebagainya.
Jangan atas nama kepelbagaian, kalian cuba melanggar semangat Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan serta mengabaikan dasar kebudayaan kebangsaan.
Jangan kerana mengejar p**angan ekonomi, dilonggarkan segala identiti, peraturan dan budaya negara sehingga sanggup mengorbankan sahsiah, kesihatan dan pemikiran rakyat.
Jangan atas strategi menarik pelancong asing, segala neraca moral diketepikan dengan membuka ruang kepada elemen er**ik, percampuran bebas, budaya hedonisme dan risiko penyalahgunaan bahan terlarang.
Jika DAP terus dibiarkan menormalisasikan menegakkan benang yang basah dengan menggunakan hujah-hujah sebegini, Malaysia menuju binasa.
Saya bimbang, bila kepelbagaian digunakan dengan semberono dan tiada sebarang tindakan diambil, lambat laun dengan memanip**asi terma ini sahaja, separuh daripada perjuangan โMalaysian Malaysiaโ yang diperjuangkan DAP akan berjaya dilaksanakan.
Jika kerajaan pejamkan mata perkara membiarkan DAP bermaharajalela, maka menjadi tanggungjawab kita semua mencegahnya.
Tiada jalan lain yang lebih mujarab melainkan melemahkan kuasa DAP melalui kotak undi.
PRU nanti, jangan biarkan diri kita dan sanak-saudara memberi kekuatan kepada DAP dan sekutunya.
๐๐๐
๐๐ ๐๐๐๐๐
(๐๐ข๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฎ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐)
(๐๐ก๐ฅ๐ข ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐ฃ๐จ๐ข)