Koridor Utiliti Darul Ridzuan

Koridor Utiliti Darul Ridzuan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Koridor Utiliti Darul Ridzuan, Public utility company, B-G-9 & B-G-11, Greentown Suria, Jalan Dato' Ahmad Said, Ipoh.

201001031818 (915741-H) Koridor Utiliti Darul Ridzuan Sdn Bhd (KUDR) ialah Agensi Sehenti Negeri Perak yang menyelaras pengurusan dan pembangunan infrastruktur utiliti, termasuk izin lalu, kerja utiliti, pengurusan data dan pematuhan teknikal.

PEMAKLUMAN RASMIKoridor Utiliti Darul Ridzuan Sdn. Bhd. (KUDR) kini beroperasi secara rasmi di Wisma Majuperak bermula h...
03/06/2026

PEMAKLUMAN RASMI

Koridor Utiliti Darul Ridzuan Sdn. Bhd. (KUDR) kini beroperasi secara rasmi di Wisma Majuperak bermula hari ini.

Sehubungan itu, sebarang urusan berkaitan KUDR boleh dilaksanakan di lokasi baharu kami seperti yang dinyatakan dalam poster pemakluman ini.

KUDR kekal komited untuk terus memberikan perkhidmatan yang cekap, profesional dan berkualiti kepada semua pihak berkepentingan.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada KUDR.

Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Mohd Faizal Bin Md Kasim atas pelan...
03/06/2026

Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Mohd Faizal Bin Md Kasim atas pelantikan sebagai Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) yang baharu.

KUDR menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama MPTI dalam mempertingkat penyelarasan pembangunan dan pengurusan infrastruktur utiliti negeri, ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, selamat dan mampan kepada rakyat.

Semoga pelantikan ini membawa kejayaan serta kecemerlangan berterusan dalam memacu pembangunan Teluk Intan dan Negeri Perak secara keseluruhannya.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah.


Daulat Tuanku.Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ser...
31/05/2026

Daulat Tuanku.

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semoga Baginda dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan dan keadilan.

Ikhlas daripada seluruh warga KUDR – Koridor Utiliti Darul Ridzuan.

30/05/2026

Dalam kepelbagaian, kita terus membina keharmonian bersama.
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua yang meraikan.

26/05/2026

Aidiladha mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan demi kebaikan bersama.Semoga semangat ini terus membina masyarakat yang lebih harmoni dan sejahtera.
Selamat Hari Raya Aidiladha daripada KUDR.

Nak Renovate Luar Rumah?Semak Dulu Kawasan AndaKerja ubah suai luar rumah seperti bina pagar, porch, longkang, driveway ...
22/05/2026

Nak Renovate Luar Rumah?
Semak Dulu Kawasan Anda

Kerja ubah suai luar rumah seperti bina pagar, porch, longkang, driveway atau landskap mungkin melibatkan kawasan yang mempunyai utiliti bawah tanah.

Pastikan semakan kawasan kerja dan kelulusan pihak berkaitan dibuat terlebih dahulu bagi mengelakkan kerosakan utiliti dan risiko keselamatan.

Semak dahulu. Elak kerosakan. Lindungi keselamatan.

Nampak kerja gali yang mencurigakan? 👀Jangan anggap biasa.Penggalian tidak sah boleh sebabkan kerosakan utiliti, ganggua...
19/05/2026

Nampak kerja gali yang mencurigakan? 👀
Jangan anggap biasa.Penggalian tidak sah boleh sebabkan kerosakan utiliti, gangguan bekalan dan risiko keselamatan kepada orang awam.
Jika ragu, laporkan:
🔗 kudr.my/contacts

Kami adakan lawatan tapak bagi memastikan laluan yang dimohon bersesuai dengan kaedah kerja dan tidak mempunyai sebarang pertindihan permohonan yang lain.

Selamat Hari Guru kepada semua insan yang mendidik, membimbing dan membentuk masa depan generasi hari ini. ✨Seperti guru...
16/05/2026

Selamat Hari Guru kepada semua insan yang mendidik, membimbing dan membentuk masa depan generasi hari ini. ✨
Seperti guru yang memainkan peranan penting dalam mencorakkan masa depan anak bangsa, warga Koridor Utiliti Darul Ridzuan juga komited memainkan peranan dalam merancang dan menyelaras pembangunan utiliti demi kesejahteraan masyarakat dan negeri.
Setiap tunjuk ajar seorang guru membina masa depan insan, dan setiap usaha yang dirancang hari ini membantu membina persekitaran yang lebih teratur, selamat dan lestari untuk generasi akan datang.
Terima kasih cikgu, atas segala ilmu, pengorbanan dan inspirasi yang dicurahkan tanpa jemu. 💐
PerakSejahtera

07/05/2026

6 Mei 2026 - KUDR berbesar hati menjadi sebahagian daripada Mega Townhall PKNPk 2026 bersama warga kerja PKNPk dan anak-anak syarikat di bawah Kumpulan PKNPk. Menerusi pembentangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KUDR, pelbagai perkembangan semasa, pencapaian operasi dan hala tuju strategik syarikat telah dikongsikan sebagai langkah memperkukuh ekosistem utiliti negeri Perak.

Penyertaan kali ini turut mencerminkan komitmen KUDR dalam memacu transformasi melalui inisiatif SMART KUDRAT, SMART INFRA dan SMART PEOPLE demi pembangunan infrastruktur yang lebih tersusun, bersepadu dan mampan.

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak

KUDR berbesar hati menyertai Mega Townhall PKNPk 2026 yang menghimpunkan warga kerja PKNPk bersama anak-anak syarikat ut...
06/05/2026

KUDR berbesar hati menyertai Mega Townhall PKNPk 2026 yang menghimpunkan warga kerja PKNPk bersama anak-anak syarikat utama di bawah Kumpulan PKNPk.Penyertaan KUDR buat kali kedua ini amat bermakna dengan jumlah penglibatan warga kerja KUDR yang lebih besar dari sesi sebelum ini.

Melalui pembentangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KUDR, En. Adham Nasri Mohamad, KUDR berkongsi perkembangan semasa, pencapaian operasi serta hala tuju strategik syarikat dalam memperkukuh ekosistem utiliti negeri Perak.

Daripada peranan sebagai pemudah cara kelulusan dan penyelarasan utiliti, KUDR kini bergerak ke arah transformasi yang lebih strategik melalui SMART KUDRAT, SMART INFRA dan SMART PEOPLE bagi menyokong pembangunan infrastruktur yang lebih tersusun, bersepadu, berdata dan mampan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PKNPk kerana terus memayungi, membimbing dan memberikan kepercayaan kepada KUDR untuk memainkan peranan dalam ekosistem pembangunan negeri. KUDR kekal komited untuk terus mendukung agenda pembangunan negeri serta memberi nilai tambah kepada ekosistem PKNPk dan pemegang taruh.


Address

B-G-9 & B-G-11, Greentown Suria, Jalan Dato' Ahmad Said
Ipoh
30450

Telephone

+60 11-2686 1091

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koridor Utiliti Darul Ridzuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Koridor Utiliti Darul Ridzuan:

Share