29/07/2022
SLOT BUSINESS MATCHING KE PASARAN CHINA, JEPUN, JERMAN DAN UNITED KINGDOM SEMPENA AGROTRADE 2022 4 - 14 Ogos 2022, Hall A, MAEPS, Serdang
Buat julung kalinya Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI) menganjurkan Malaysia Agriculture, Horticulture & Agro-tourisms Show (MAHA) di MAEPS, Serdang.
FAMA akan menerajui kluster AgroTrade bertempat di Hall A. Kluster tersebut berperanan sebagai one stop centre bagi usahawan PKS tempatan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan berkaitan bidang pengeksportan. Pelbagai agensi kerajaan seperti KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, MAJLIS AMANAH RAKYAT, SME Corp. Malaysia, Agrobank yang akan menyediakan perkhidmatan/ nasihat di section International Trade Services.
Disamping itu juga, FAMA turut mengaturkan sesi padanan perniagaan dengan kerjasama agen pemasar/ pengimport dari luar negara (Hong Kong/ China, Germany, Japan, Australia, United Kingdom & Thailand) untuk membantu usahawan PKS tempatan memperluas dan memperkukuhkan pasaran eksport produk keluaran mereka.
Oleh itu, semua usahawan PKS negara dijemput untuk menghadiri sesi padanan tersebut seperti di jadual di bawah. Usahawan juga di pohon untuk mengisi borang temujanji di link ini untuk menghadiri slot business matching :
https://forms.gle/2sKgiHzMCpMFbhCg8
Sekian terima kasih