Bomba Perak Official

Bomba Perak Official Web Rasmi JBPM Negeri Perak :
https://www.bomba.gov.my/jbpm-negeri-perak/
(1)

ZIARAH PRIHATIN ANGGOTA BBP BATU GAJAH14 Mei 2026 – PgKB I Sabarodzi bin Haji Nor Ahmad, Penolong Pengarah Bahagian Oper...
14/05/2026

ZIARAH PRIHATIN ANGGOTA BBP BATU GAJAH

14 Mei 2026 – PgKB I Sabarodzi bin Haji Nor Ahmad, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak telah mengadakan lawatan ziarah prihatin ke atas anggota Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, PB Zaini yang sedang menerima rawatan akibat masalah kencing manis di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Lawatan ini sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral Jabatan terhadap anggota yang sedang diuji dengan masalah kesihatan. Kehadiran beliau turut memberi semangat serta kata-kata sokongan agar PB Zaini terus tabah dan diberikan kesembuhan.

Semoga PB Zaini diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan rawatan dan kembali sembuh seperti sediakala.

β€œBomba Tonggak Penyelamatan Negara.”

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓 πŸπŸŽπŸπŸ” 🩺✨Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ...
12/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓 πŸπŸŽπŸπŸ” 🩺✨

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga jururawat yang sentiasa cekal, tabah dan ikhlas dalam menjalankan amanah demi kesihatan serta keselamatan rakyat.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan para jururawat amat bernilai dalam menjadi nadi kekuatan sistem kesihatan negara. Ketulusan dalam merawat, kesabaran dalam berkhidmat dan semangat membantu tanpa mengira waktu adalah lambang kemuliaan profesion ini.

β€œSetiap sentuhan penuh kasih, setiap pengorbanan tanpa lelah, adalah sinar harapan buat mereka yang memerlukan.”

Terima kasih wira putih negara atas jasa, bakti dan pengorbanan yang tidak ternilai. Semoga terus diberikan kekuatan dan kesejahteraan dalam menjalankan tugas demi masyarakat dan negara. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada
π˜π’ 𝐏𝐊𝐏𝐣𝐁 πƒπšπ­π¨β€™ π’πšπ²πšπ§π’ 𝐛𝐒𝐧𝐭𝐒 𝐇𝐣 π’πšπ’ππ¨π§
Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak

10/05/2026

TARIK TALI

10 Mei 2026 - Perlawanan Tarik Tali penentu tempat ketiga dan keempat di antara JBPM Negeri Perak vs JBPM Negeri Johor pertandingan Tarik Tali Piala Ketua Pengarah yang diadakan di Angsana Mall Johor Bahru Sempena Karnival Hari Anggota Bomba.

πŸ”₯ TAHNIAH PASUKAN TARIK TALI JBPM NEGERI PERAK πŸ”₯Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Tarik Tali Jabatan Bomba dan...
10/05/2026

πŸ”₯ TAHNIAH PASUKAN TARIK TALI JBPM NEGERI PERAK πŸ”₯

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Tarik Tali Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak atas kejayaan meraih TEMPAT KETIGA dalam Pertandingan Tarik Tali sempena Karnival Hari Anggota Bomba di Angsana Johor Bahru. πŸ₯‰

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, kekuatan fizikal, disiplin serta kerjasama berpasukan yang tinggi dalam kalangan anggota JBPM Negeri Perak. Setiap tarikan membawa semangat β€œBomba Tonggak Penyelamatan Negara” yang sentiasa utuh dan berintegriti.

Teruskan melakar kecemerlangan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga JBPM. πŸ’ͺπŸ”₯

β€œBersatu Kita Teguh, Berjuang Hingga Ke Garisan Penamat.”







🌷 SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU πŸŒ·β€œDi sebalik lahirnya seorang wira, berdirinya seorang ibu yang tidak pernah kenal erti lel...
10/05/2026

🌷 SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU 🌷

β€œDi sebalik lahirnya seorang wira, berdirinya seorang ibu yang tidak pernah kenal erti lelah.”

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh insan bergelar ibu yang sentiasa menjadi sumber kekuatan, kasih sayang dan pengorbanan tanpa batas.

Doa seorang ibu adalah kekuatan yang tidak ternilai, pengorbanannya membentuk jiwa yang tabah dan hati yang cekal dalam setiap langkah perjuangan.

Buat semua ibu, khususnya warga JBPM dan pasangan anggota bomba yang sentiasa setia mendukung perjuangan kami β€” jasa dan pengorbanan kalian amat dihargai serta tidak mampu dibalas dengan kata-kata.

✨ β€œKasih ibu membawa ke syurga, pengorbanannya menjadi cahaya dalam setiap kehidupan.” ✨

Ikhlas Daripada
YS PKPjB Dato’ Sayani binti Hj Saidon
Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak






πŸ”₯ TAHNIAH PASUKAN TARIK TALI JBPM NEGERI PERAK πŸ”₯Pasukan Tarik Tali Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak be...
10/05/2026

πŸ”₯ TAHNIAH PASUKAN TARIK TALI JBPM NEGERI PERAK πŸ”₯

Pasukan Tarik Tali Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak berjaya mara ke peringkat suku akhir dalam Pertandingan Tarik Tali Piala Ketua Pengarah sempena Karnival Hari Anggota Bomba 2026 yang berlangsung di Angsana Johor Bahru.

Semangat juang, kekuatan berpasukan serta disiplin tinggi yang dipamerkan oleh kontinjen JBPM Negeri Perak membuktikan bahawa warga bomba bukan sahaja cekap dalam tugas penyelamatan, malah unggul dalam arena sukan dan pertandingan.

Teruskan berjuang demi mengharumkan nama JBPM Negeri Perak.
β€œBomba Tonggak Penyelamatan Negara” πŸš’πŸ”₯

Perasmian Karnival Hari Anggota Bomba Sedunia di Angsana Johor Bahru pada 9 Mei 2026.
09/05/2026

Perasmian Karnival Hari Anggota Bomba Sedunia di Angsana Johor Bahru pada 9 Mei 2026.

PERTEMUAN PENGARAH JBPM NEGERI PERAK BERSAMA PASUKAN TARIK TALI JBPM NEGERI PERAK09 Mei 2026 – YS PKPjB Dato’ Sayani bin...
09/05/2026

PERTEMUAN PENGARAH JBPM NEGERI PERAK BERSAMA PASUKAN TARIK TALI JBPM NEGERI PERAK

09 Mei 2026 – YS PKPjB Dato’ Sayani binti Hj Saidon, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak telah meluangkan masa bertemu dan memberi kata-kata semangat kepada Pasukan Tarik Tali JBPM Negeri Perak di Angsana Johor Bahru acara Pertandingan Tarik Tali Piala Ketua Pengarah sempena Karnival Hari Anggota Bomba 2026.

Sokongan dan semangat yang diberikan menjadi pembakar semangat kepada kontinjen JBPM Negeri Perak untuk terus memberikan aksi terbaik serta mengharumkan nama jabatan di pentas pertandingan.

Semoga Pasukan Tarik Tali JBPM Negeri Perak terus berjuang dengan penuh semangat kesukanan, disiplin dan kekuatan berpasukan demi mencapai kejayaan.

β€œBomba Tonggak Penyelamatan Negara” πŸ”₯

Address

PERSIARAN MERU UTAMA, BANDAR MERU RAYA
Ipoh
30020

Opening Hours

Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bomba Perak Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share