Perbadanan Kemajuan Negeri Perak

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak Ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Bil. 3 Tahun 1967
(9)

12/05/2026

π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ πŠπ‘πˆπ’πˆπ’ ππ„πŠπ€π‹π€π π†π‹πŽππ€π‹

Saksikan Taklimat Krisis Bekalan Global yang akan disampaikan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi.

πŸ“… 12 Mei 2026 (Selasa)
πŸ•“ 2.30 petang
πŸ“ Siaran langsung di Facebook Kementerian Ekonomi

Ikuti untuk maklumat lanjut.

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs Encik Jaya Singam Rajoo di atas pelanti...
11/05/2026

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs Encik Jaya Singam Rajoo di atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan dan Pengurusan) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Beliau juga adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah PKNPk.

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg Datuk Bahria Mohd Tamil di atas pelanti...
11/05/2026

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg Datuk Bahria Mohd Tamil di atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi.

Selamat Hari Ibu buat insan hebat  bergelar mama, ummi, amma, mak dan ibu; khususnya buat warga kerja Perbadanan Kemajua...
10/05/2026

Selamat Hari Ibu buat insan hebat bergelar mama, ummi, amma, mak dan ibu; khususnya buat warga kerja Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.

Di sebalik wajah yang ceria di pejabat, tersimpan seribu perasaan yang tidak pernah terungkap oleh perkataan - insan luar biasa yang tidak pernah lelah mencurah kasih sayang, mengurus keluarga seterusnya menjadi sumber kekuatan kepada anak-anak. Mereka tetap setia memikul amanah dan menjadi nadi keluarga.

Setiap langkah, setiap pengorbanan, setiap ranjau berliku, setiap penat lelah yang diharungi β€” semuanya lahir daripada kasih sayang yang tiada penghujung.

Terima kasih kerana terus kuat, terus tabah dan terus menyinar.

Sesungguhnya, dunia menjadi lebih indah dengan adanya seorang IBU.

Selamat Hari Ibu! ❀️

09/05/2026

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG & SPOT AWARD SERTA PEMENANG VIDEO PKNPk RAYA ON BEAT!

MEGA TOWNHALL KUMPULAN PKNPk 2026, turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Spot Award PKNPk sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada warga kerja yang menunjukkan prestasi cemerlang, komitmen tinggi serta sumbangan signifikan kepada organisasi.

Seramai lapan (8) orang warga kerja telah terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), manakala tiga (3) orang warga kerja turut menerima Spot Award atas pencapaian, inisiatif serta sumbangan mereka kepada PKNPk.

Penganugerahan ini bukan sahaja menjadi simbol penghargaan kepada para penerima, malah mencerminkan komitmen berterusan PKNPk dalam membudayakan kecemerlangan, memperkukuh motivasi warga kerja serta menghargai setiap sumbangan demi kemajuan organisasi.

Majlis turut dimeriahkan dengan pengumuman pemenang serta penyampaian hadiah pertandingan video TikTok raya PKNPk, β€œPKNPk Raya On Beat!” yang mengetengahkan kreativiti, semangat berpasukan serta penglibatan aktif warga kerja dalam menyemarakkan sambutan Aidilfitri 2026.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah APC, Spot Award, juga para pemenang β€œPKNPk Raya On Beat!”. Semoga pengiktirafan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk mengekalkan budaya kerja yang progresif, berkualiti dan berprestasi tinggi.

MEGA TOWNHALL KUMPULAN PKNPk 2026, turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Spot Awa...

08/05/2026

MEGA TOWN HALL KUMPULAN PKNPk TAHUN 2026 & PELANCARAN LAMAN WEB BAHARU

Mega Townhall Kumpulan PKNPk 2026 yang berlangsung pada 6 Mei 2026 di Hotel Casuarina@Meru telah menghimpunkan warga kerja daripada seluruh anak syarikat PKNPk sebagai platform strategik bagi memperkukuh hala tuju organisasi, memperkasa sinergi antara anak syarikat serta menyemarakkan budaya kerja berprestasi tinggi ke arah kecemerlangan berterusan.

Melalui sesi perkongsian dan pembentangan strategik yang disampaikan oleh Ketua Eksekutif PKNPk bersama barisan Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat, warga kerja turut memperoleh gambaran menyeluruh mengenai pencapaian semasa, perancangan masa hadapan serta fokus utama setiap entiti dalam mendepani perubahan dan cabaran yang semakin dinamik.

Majlis turut menyaksikan pelancaran rasmi laman web baharu PKNPk sebagai langkah memperkukuh transformasi digital organisasi serta meningkatkan kecekapan penyampaian maklumat, akses perkhidmatan dan hubungan komunikasi yang lebih efektif bersama pihak berkepentingan serta masyarakat.

Program ini turut diserikan dengan sesi dialog dan Q&A bersama pengurusan tertinggi yang menjadi medium komunikasi dua hala bagi memberi ruang kepada warga kerja berkongsi pandangan, cadangan dan aspirasi secara terbuka ke arah membentuk budaya organisasi yang lebih inklusif dan progresif.

Selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030, Kumpulan PKNPk terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju pembangunan ekonomi negeri yang progresif, berdaya tahan dan saling melengkapi demi memacu pertumbuhan serta kesejahteraan negeri Perak.

Mega Townhall Kumpulan PKNPk 2026 yang berlangsung pada 6 Mei 2026 di Hotel Casuarina@Meru telah menghimpunkan warga ker...

Sebagai tanda penghargaan atas kejayaan membanggakan yang diraih pada tahun 2025, Kontinjen Kawad Platun 62 PKNPk telah ...
07/05/2026

Sebagai tanda penghargaan atas kejayaan membanggakan yang diraih pada tahun 2025, Kontinjen Kawad Platun 62 PKNPk telah diraikan menerusi satu Pakej Percutian selama empat hari tiga malam, yang berlangsung dari 23 April hingga 26 April 2026 meliputi destinasi Koh Lipe dan Hat Yai.

Percutian ini dianjurkan bagi meraikan pencapaian cemerlang kontinjen yang telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-68 sekali gus mencerminkan semangat berpasukan, disiplin tinggi serta komitmen luar biasa yang ditunjukkan sepanjang penyertaan.

Sepanjang program, para peserta bukan sahaja berpeluang mengeratkan ukhuwah dan memperkukuh semangat kebersamaan, malah turut menikmati pengalaman santai di lokasi pelancongan menarik sebagai simbol penghargaan terhadap dedikasi dan usaha mereka.

Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang pada tahun akan datang untuk terus mengangkat nama Kumpulan PKNPk ke tahap yang lebih tinggi.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Kontinjen Kawad Platun 62 PKNPk!

PKNPk terus memainkan peranan dalam menjayakan agihan lembu korban sempena Aidiladha 1447H/2026M menerusi Majlis Akad Pe...
06/05/2026

PKNPk terus memainkan peranan dalam menjayakan agihan lembu korban sempena Aidiladha 1447H/2026M menerusi Majlis Akad Penyerahan Sumbangan Lembu Korban di Pejabat Menteri Besar Perak.

Majlis ini menyaksikan penyerahan simbolik, sumbangan daripada syarikat berkaitan Kerajaan Negeri, termasuk 55 ekor lembu korban oleh PKNPk. Selaras dengan syarat sah ibadah korban, lafaz akad penyerahan dilaksanakan sebagai bukti penyerahan amanah, sekali gus memastikan kesempurnaan pelaksanaan ibadah tersebut mengikut tuntutan syarak.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad menerima mock cheque yang disampaikan oleh Ketua Eksekutif PKNPk, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak.

Ibadah korban bukan sahaja memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S., malah bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT, mencerminkan ketakwaan dan kesyukuran, serta memberi manfaat kepada masyarakat melalui agihan daging kepada golongan asnaf, tetapi juga menghidupkan syiar Islam dan semangat kebersamaan.

Semoga pelaksanaan ibadah korban pada tahun ini terus menjadi medium dalam memperkukuh semangat keprihatinan, perpaduan dan kebersamaan demi manfaat masyarakat secara menyeluruh.

Kredit foto: Pejabat Menteri Besar Perak

06/05/2026

HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK: KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH KERIAN

Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 3/2026 telah berlangsung hari ini, 4 Mei 2026 di Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian, sebagai manifestasi komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang lebih responsif, inklusif dan berfokuskan rakyat.

Seawal pagi, program ini menyaksikan kehadiran orang ramai yang menggalakkan, dengan para pengunjung memanfaatkan pelbagai perkhidmatan meliputi urusan tanah, kebajikan, kesihatan dan pengangkutan, selain sesi khidmat nasihat secara terus bersama ADUN kawasan dan agensi-agensi berkaitan. Pendekatan ini bukan sahaja mempercepatkan proses penyelesaian, malah memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap kecekapan tadbir urus negeri.

Turut mendapat perhatian ialah jualan barangan keperluan asas pada harga berpatutan serta penyediaan kaunter perkhidmatan bergerak oleh pelbagai agensi, sekali gus memudahkan urusan dan memperluas akses kepada komuniti setempat.

Menteri Besar Perak turut melancarkan Pasar Sejahtera, di samping mengadakan beberapa sesi lelongan yang berlangsung di perkarangan tempat letak kereta.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan suara rakyat terus diberi perhatian melalui penyelesaian yang efektif dan berimpak.

Address

No 1-A Blok A, Menara PKNP, Jalan Meru Casuarina
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6055019888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Kemajuan Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Kemajuan Negeri Perak:

Share