Wanita KeAdilan Cabang Taiping

Wanita KeAdilan Cabang Taiping Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wanita KeAdilan Cabang Taiping, Political organisation, No 1A, Medan Istana 3, Bandar Ipoh Raya, Ipoh.

Selesai MATWC Taiping.... Alhamdulillah....segalanya berjalan dgn lancar....
04/09/2016

Selesai MATWC Taiping.... Alhamdulillah....segalanya berjalan dgn lancar....

30/06/2016
Najib guna taktik yang sama utk selamatkan diri.
23/06/2016

Najib guna taktik yang sama utk selamatkan diri.

Saya bersama Akmal Nasir atas kapasiti National Oversight & Whistleblowers (NOW) telah dihubungi dan berjumpa secara sulit dengan seorang pegawai SPRM berhubung tekanan yang dihadapi oleh badan tersebut pada awal tahun ini.

Butirannya rujuk kenyataan media berikut:

PEMECATAN KETUA PESURUHJAYA SPRM DAN TIMBALANNYA ADALAH JELAS CAMPUR TANGAN POLITIK

National Oversight and Whistleblowers (NOW) merujuk kepada laporan akhbar hari ini yang melaporkan perletakkan jawatan Tan Sri Abu Kassim Mohamed selaku Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull selaku Timbalan Pesuruhjaya SPRM sebagai secara sukarela adalah tidak tepat.

Kami berdua telah dihubungi dan berjumpa dengan seorang pegawai kanan SPRM kira-kira 5 bulan yang lalu dan beliau memaklumkan bahawa kedua-dua pimpinan tertinggi SPRM telah dipaksa meletak jawatan dan jawatan mereka akan digantikan dengan ‘orang luar’ SPRM. Kami juga dimaklumkan bahawa Pesuruhjaya dan Timbalan Persuruhjaya tidak berniat atau membuat permohonan perletakkan jawatan ketika itu.

Tindakan memecat Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya SPRM merupakan campur tangan politik yang begitu luar biasa dalam badan SPRM, menghina kebebasan SPRM, dan tidak pernah belaku dalam sejarah negara.

Ini terbukti dengan pelucutan Tan Sri Abu Kassim daripada jawatan Pesuruhajaya SPRM tanpa sebarang sebab munasabah sedangkan beliau akan kekal berkhidmat dalam SPRM sebagai seorang pegawai khidmat biasa sehingga tahun 2020.

Jika Perdana Menteri Dato’ Seri Najib yakin beliau tidak bersalah dalam skandal 1MDB mahupun SRC International, beliau seharusnya tidak perlu berasa gusar atau takut dengan Pesuruhjaya SPRM atau kebebasan SPRM untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

NOW menyeru semua pihak termasuk Ahli-ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin masyarakat sivil dan rakyat biasa untuk mempertahankan integriti dan kebebasan SPRM.

Antara langkah-langkah yang wajar diambil adalah seperti berikut:-

1. NOW akan memanggil satu mesyuarat tergempar pada hari Isnin (27 Jun 2016) yang melibatkan Ahli-ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin masyarakat sivil dan NGO yang berkaitan bagi membincangkan tindakan-tindakan susulan.

2. Mendesak Ahli-ahli Parlimen terutamanya daripada parti-parti pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah untuk meletakkan jawatan sebagai tanda protes. Mereka adalah YB Dr. Tan Seng Giaw (DAP), Datuk Fauzi Abd Rahman (KEADILAN) dan YB Dato' Takiyuddin bin Hassan (PAS).

3. Mendesak ahli-ahli panel dalam jawatankuasa-jawatankuasa bebas SPRM seperti Lembaga Penasihat SPRM, Panel Penilaian Operasi (PPO), Jawatankuasa Aduan dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) termasuk yang baru dilantik untuk meletakkan jawatan atau tidak menerima tawaran jawatan sebagai tanda protes.

Ini merupakan tindakan pertama kepimpinan Dato’ Seri Najib Razak selepas mencapai kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar.

Pemecatan Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya SPRM bukan sahaja campur tangan politik yang melemahkan SPRM tetapi juga akan mengundang kerosakan yang lebih besar terhadap integriti dan ketelusan pentadbiran kerajaan.

Semua pihak harus memandang serius perkara ini dan bekerjasama bagi mempertahankan kebebasan SPRM. Manakala, parti-parti politik pembangkang seperti Pakatan Harapan dan PAS sewajarnya mencari kesepakatan dan meletakkan agenda memerangi rasuah dan ketirisan sebagai keutamaan dan dijadikan titik pertemuan usahasama.

23 JUN 2016

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
Pengarah Eksekutif
National Oversight and Whistleblowers (NOW)

AKMAL NASIR
Pengarah Eksekutif
National Oversight and Whistleblowers (NOW)

20/06/2016
10/06/2016
09/06/2016

WOWW !!! Pegawai Khas Rosmah beri ALASAN Rosmah terpaksa guna jet peribadi utk terbang ke Instanbul, Turki semata2 hanya terima anugerah ADALAH KERANA 'jadual Rosmah yang ketat'..??

SIAPAKAH SEBENARNYA ROSMAH dlm KERAjaan Malaysia ??

Sebab itulah suami Rosmah, Najib Razak bermati2an utk melaksanakan cukai GST terhadap rakyat...

NAMPAK TAK !!!

07/06/2016

Menghidangkan nasi arab untuk berbuka puasa bersama-sama keluarga mangsa kebakaran di Bukit Mertajam. Turut serta, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.

[Admin]

24/05/2016

PANAS LAGI TERKINI !!!.. Firma minyak Rusia mungkin beli aset Petronas setelah Najib kembali dari Russia ??

RUPA2NYA.. Firma minyak dan gas Rusia, Zarubezhneft mungkin membeli aset Petronas, kata Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak setelah beliau menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Rusia.

INGAT !!!.. Apa dah terjadi selama Najib memerintah negara ???

1. Najib terpalit dgn skandal kewangan terbesar negara 1MDB
2. Aset TNB dah tergadai pada komunis -China

ADAKAH aset Petronas juga bakal tergadai kelak ??!!!

UNDILAH BN !!!.. Satu persatu aset2 negara bakal tergadai..

agar rakyat tahu apa dah berlaku pada negara kita..

Credit Photo : Suara Rakyat

27/04/2016

Rakyat Sarawak diseru undi 16 calon wanita Pakatan Harapan 27 April 2016 | HAZAYANI ZAKARIA Siti Mariah MahmoodRakyat Sarawak diseru memilih calon wanita yang mewakili Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak agar mereka berperanan mengembangkan potensi kaum wanita di negeri itu yang…

26/04/2016
20/04/2016

Ketua Wanita UMNO ni marah betul dengan tok PA dan Najib tentang isu TPPA

15/04/2016

Alhamdulillah akhirnya cita-cita rakyat Malaysia mahu melihat Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berada di dalam kandang saksi di mahkamah dimakbulkan juga. Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Perdana Menteri dan isteri untuk membatalkan pembelaan "fair comments" saya. Mahkamah seterusnya mengarahkan supaya kes saman oleh Perdana Menteri itu dibicarakan di dalam mahkamah terbuka.

Bagi mereka yang kurang biasa dengan undang-undang dan saman, apabila seseorang mengemukakan saman (plaintiff), dia akan membuat Penyataan Tuntutan menyenaraikan perkara apa yang hendak disaman dan kenapa perkara-perkara itu memalukannya.

Orang yang disaman (defendan) p**a berhak memfailkan penyataan balas yang disebut Penyataan Pembelaan yang menerangkan kenapa apa yang diperkatakan itu bukan fitnah dan beliau berhak membuat komen tersebut.

Dalam kes saman Najib Razak terhadap saya:

1) beliau dan isteri menyaman saya

2) kemudian beliau dan isteri memfailkan permohonan agar mahkamah membatalkan penyataan pembelaan saya supaya saya tidak dapat membela diri

Jika ini dibenarkan mahkamah, kes saman ini tidak perlu melalui perbicaraan dan keputusan/hukuman dijatuhkan terus oleh hakim.

Alhamdulillah hari ini YA Hakim mengarahkan supaya ia melalui perbicaraan penuh dan saya dibenarkan membela diri.

Seronoknya nak berjumpa Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dari dalam kandang (saksi).

Mohon sebarkan supaya mereka yang selalu menyebarkan fitnah kononnya saya berkata "saya minta maaf dan bergurau" itu mendapat pencerahan.

Address

No 1A, Medan Istana 3, Bandar Ipoh Raya
Ipoh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita KeAdilan Cabang Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share