JKKP / DOSH Perak

JKKP / DOSH Perak Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Perak

[π’π„π’πˆ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒]YBrs. Mohd Hazlim bin Husain telah mengetuai sesi libat urus Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaa...
13/05/2026

[π’π„π’πˆ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒]

YBrs. Mohd Hazlim bin Husain telah mengetuai sesi libat urus Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Perak bersama Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang diwakili oleh Puan Pengarah Kolej, Norul Fahiezah binti Salehhuddin dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).

Sesi perbincangan tersebut memberi fokus kepada aspek pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

JKKP Perak amat menghargai komitmen serta kerjasama yang diberikan dan berharap hubungan strategik ini dapat diperkasakan demi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan produktif.




13/05/2026

[π•πˆπƒπ„πŽ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŒπ„πŒπ€π’π“πˆπŠπ€π ππ„π‘π’π„πŠπˆπ“π€π‘π€π ππ’πˆπŠπŽπ’πŽπ’πˆπ€π‹ πŠπ„π‘π‰π€ π˜π€ππ† π’πˆπ‡π€π“]

Bersama kita wujudkan persekitaran psikososial kerja yang sihat, harmoni dan positif.

Tempat kerja yang selamat bukan hanya dari aspek fizikal, tetapi juga melibatkan kesejahteraan mental, emosi dan hubungan sesama warga kerja.

Amalkan komunikasi yang baik, saling menghormati serta sentiasa menyokong antara satu sama lain demi membentuk suasana kerja yang lebih produktif dan sejahtera.



[SELAMAT HARI JURURAWAT 2026]β€œDi sebalik setiap rawatan, ada pengorbanan yang tidak ternilai.”Selamat Menyambut Hari Jur...
12/05/2026

[SELAMAT HARI JURURAWAT 2026]

β€œDi sebalik setiap rawatan, ada pengorbanan yang tidak ternilai.”

Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia 2026 kepada seluruh jururawat yang menjadi wira barisan hadapan negara.
Terima kasih kerana sentiasa cekal menjaga nyawa, memberi harapan dan memastikan kesejahteraan pesakit walau dalam apa jua keadaan. 🌍πŸ₯

Dalam melaksanakan tugas mulia ini, aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) juga amat penting bagi memastikan para jururawat sentiasa bekerja dalam persekitaran yang selamat, sihat dan kondusif β€” demi kesejahteraan petugas serta keselamatan pesakit.

Jasa anda bukan sekadar merawat…
tetapi menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Terima kasih, jururawat Malaysia! πŸ‘πŸ»

πŸ‘©πŸ»β€βš•οΈβ€οΈ β€œDi sebalik setiap rawatan, ada pengorbanan yang tidak ternilai.”

Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia 2026 kepada seluruh jururawat yang menjadi wira barisan hadapan negara.
Terima kasih kerana sentiasa cekal menjaga nyawa, memberi harapan dan memastikan kesejahteraan pesakit walau dalam apa jua keadaan. 🌍πŸ₯

Dalam melaksanakan tugas mulia ini, aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) juga amat penting bagi memastikan para jururawat sentiasa bekerja dalam persekitaran yang selamat, sihat dan kondusif β€” demi kesejahteraan petugas serta keselamatan pesakit. πŸ’š

Jasa anda bukan sekadar merawat…
tetapi menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Terima kasih, jururawat Malaysia! πŸ‘πŸ»

[ππ„πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π]Dimaklumkan bahawa kaunter bayaran tunai & wang pos di semua pejabat JKKP akan ditutup sepenuhnya mulai 15 M...
11/05/2026

[ππ„πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π]

Dimaklumkan bahawa kaunter bayaran tunai & wang pos di semua pejabat JKKP akan ditutup sepenuhnya mulai 15 Mei 2026.
πŸ’» Semua bayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui MyKKP:
βœ”οΈ Kad Kredit
βœ”οΈ Kad Debit
βœ”οΈ FPX
⚠️ Tiada lagi bayaran tunai di kaunter selepas tarikh tersebut.
Langkah ini adalah selaras dengan usaha penambahbaikan perkhidmatan dan pendigitalan sektor awam.




11/05/2026
07/05/2026

-[Perhatian]-

PERHATIAN OPERATOR & JURUTERA DANDANG STIM

Permohonan penggantian buku fizikal kepada Slip Perakuan Pendaftaran akan ditutup pada 1 Jun 2026.

Semua pemegang kekompetenan yang masih belum membuat penggantian hendaklah mengemukakan permohonan sebelum tarikh tersebut.

Tiada permohonan diterima selepas tarikh ini.

[𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 πŠπ„πŒπ€π‹π€ππ†π€π ππ„πŠπ„π‘π‰π€π€π]Hari ini, 35 tahun lalu, negara dikejutkan dengan tragedi letupan kilang mercun Bright Spa...
07/05/2026

[𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 πŠπ„πŒπ€π‹π€ππ†π€π ππ„πŠπ„π‘π‰π€π€π]

Hari ini, 35 tahun lalu, negara dikejutkan dengan tragedi letupan kilang mercun Bright Sparklers di Sungai Buloh, Selangor pada 7 Mei 1991 β€” antara tragedi kemalangan di tempat kerja paling buruk dalam sejarah Malaysia.

Letupan dahsyat yang meragut 26 nyawa serta mencederakan lebih 80 mangsa itu menjadi titik hitam dalam sejarah keselamatan industri negara. Siasatan turut mendapati kilang tersebut beroperasi secara haram, melanggar pelbagai peraturan keselamatan serta menggunakan pekerja bawah umur.

Tragedi ini membuka mata pelbagai pihak terhadap keperluan sistem keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang lebih menyeluruh, berkesan dan berteraskan pencegahan risiko.

Susulan daripada tragedi tersebut, Malaysia memperkukuhkan kerangka perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994), yang menekankan tanggungjawab bersama majikan, pekerja dan pihak berkepentingan dalam mewujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat.

Peristiwa ini menjadi peringatan bahawa:
βœ”οΈ Keselamatan tidak boleh dikompromi
βœ”οΈ Pematuhan undang-undang adalah tanggungjawab bersama
βœ”οΈ Pengurusan risiko perlu diberi keutamaan di setiap tempat kerja

Semoga tragedi ini terus menjadi pengajaran kepada semua agar setiap tempat kerja sentiasa mengutamakan budaya kerja selamat demi mencegah kehilangan nyawa dan kemalangan pekerjaan.

β€œKeselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah tanggungjawab bersama.”






Hari ini 35 tahun yang lalu, berlaku tragedi letupan kilang mercun di Sungai Buloh, Selangor.

Kilang mercun Bright Sparklers terletak di kawasan perumahan berkepadatan tinggi di Kampung Baru Sungai Buloh. Segalanya musnah bermula jam 3.45 petang 7 Mei 1991 apabila satu kemalangan terjadi di bilik ujikaji kilang tersebut.

Dikatakan seorang ahli kimia Hong Kong menguji sejenis mercun yang sepatutnya melancar & meletup ke atas, namun ia tumbang lalu meledak ke arah tempat simpanan mercun yang siap dibungkus, mencetuskan letupan yang dahsyat.

10 minit kemudian, letupan ke-2 berlaku sebelum disusuli letupan ke-3 yang terkuat pada jam 4 petang yang boleh dirasainya hingga beberapa kilometer sebelum 20 lagi letupan susulan berlaku. Kilang lain & rumah di sekitarnya musnah & terbakar.

Lebih 50 anggota bomba bersama 8 jentera pemadam api dari Kem Tentera Sg. Buloh, balai bomba KL, Petaling Jaya, Damansara Utama & Shah Alam dikerah ke tempat kejadian untuk operasi memadam api, mencari & menyelamat mangsa.

Pasukan bomba berdepan cabaran apabila pili bomba jauh dari tempat kejadian, tekanan air p**a rendah & terpaksa menggunakan bekalan air sendiri & angin kencang memarakkan kebakaran. Selepas kurang lebih 2 jam, api dapat dipadamkan.

Operasi mencari & menyelamat yang berlanjutan beberapa hari menemukan 26 mayat & sekurang-kurangnya 83 orang cedera, kesan letupan dahsyat 200 tan belerang. Turut ditemukan lagi 30 tan bahan bakar yang disimpan di stor bawah tanah.

Kuatnya letupan kilang mercun tersebut hingga insiden itu digelar β€œHiroshima Sg. Buloh.” Susulan tragedi tersebut, siasatan mendapati kilang tersebut sebenarnya beroperasi secara haram sejak 1978 malah turut menggunakan pekerja bawah umur.

Tragedi tersebut membawa kepada pengharaman mercun & penutupan kilang-kilang mercun seluruh negara, terbentuknya unit HAZMAT pada 1992 serta wujudnya Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerja 1994.

Sumber: Utusan Malaysia, Cilisos, Arkib Negara Malaysia

05/05/2026

🌿 Bagaimana keadaan kerja anda?

Persekitaran kerja yang selamat dan sihat bukan sekadar bebas daripada bahaya fizikal, tetapi juga menjaga kesihatan mental, emosi dan hubungan sosial kita. πŸ’š

πŸ’‘ Risiko psikososial seperti tekanan kerja berlebihan, kurang sokongan, gangguan di tempat kerja dan ketidakseimbangan kerja-kehidupan boleh memberi kesan besar kepada kesejahteraan kita.

✨ Dengan mewujudkan tempat kerja yang:
βœ”οΈ Saling menghormati;
βœ”οΈ Menyokong antara satu sama lain;
βœ”οΈ Seimbang antara kerja & rehat; dan
βœ”οΈ Terbuka untuk berkomunikasi
.kita mampu meningkatkan produktiviti serta mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni dan positif.

πŸ”Ž Luangkan masa untuk tanya diri sendiri:
Adakah saya dihargai di tempat kerja?
Adakah kerja saya seimbang dengan masa rehat?
Adakah saya selesa berkongsi masalah?

πŸ“Œ Ingat, keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah tanggungjawab bersama.

03/05/2026

πŸŽ‰ SAMBUTAN HARI PEKERJA 2026 πŸŽ‰

β€œPekerja MADANI Kesuma Bangsa”

πŸ“ Unifi Arena, Bukit Jalil
πŸ“… 1 Mei 2026
⏰ Bermula 7.30 pagi

Sambutan penuh bermakna ini akan disempurnakan oleh πŸ‡²πŸ‡Ύ YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim,
Perdana Menteri Malaysia.

Ayuh bersama-sama kita raikan sumbangan dan jasa para pekerja yang menjadi tunjang kemajuan negara!

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan sambutan yang penuh pengisian dan penghargaan kepada warga pekerja.

Jumpa anda di sana! πŸ™Œ


Address

Tingkat 3 & 12, Bangunan Sri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah
Ipoh
30000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKKP / DOSH Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKKP / DOSH Perak:

Share