Apakah pengertian “ WaQaf 365”? WaQaf 365 adalah satu program berwakaf serendah RM1 sehari menerusi potongan bulanan secara dalam talian (on-line) dengan sasaran selama setahun sebanyak RM365. WaQaf 365 ini merupakan salah satu bentuk wakaf tunai yang telah diputuskan harus hukumnya oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 A
pril 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.
2. Apakah platform pembayaran utama bagi kempen WaQaf 365? Platform pembayaran utama WaQaf 365 adalah melalui atas talian Infaq-Pay yang bersifat “berterusan” (potongan auto-debit bulanan bewakaf)
3. Siapakah pihak yang bertanggungjawab menjalankan program “WaQaf 365” ? WaQaf 365 merupakan kempen promosi kutipan wakaf tunai anjuran PKEINPK SDN BHD (PSB) yang merupakan anak syarikat hak milik penuh Majlis Agama Islam & ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) bersama.
4. Apakah tujuan program WaQaf 365 dijalankan?
• Program ini bertujuan membantu dan mempromosikan wakaf tunai dikalangan masyarakat setempat dan juga syarikat korporat didalam kerangka meningkatkan dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR)
• Mengembangkan nilai dana dan harta wakaf bagi pembangunan ummah serta memacu ekonomi Islam menerusi sektor kebajikan, pendidikan,kesihatan,pelaburan dan lain-lain.
5. Berapakah nilai had minimum untuk menyertai program WaQaf 365? Had minimum adalah RM10. Namun, disarankan berwakaf dengan jumlah RM30/bulan bersamaan dengan matlamat asal program Waqaf 365 iaitu sebanyak sehari RM1.00.
6. Berapakah nilai had maksimum untuk menyertai program WaQaf 365? Pewakaf boleh memilih sehingga maksimum RM30,000.00 yang bakal ditolak secara bulanan melalui bank debit yang didaftar.
7. Dimanakah WaQaf 365 akan di salurkan? Hasil kutipan WaQaf 365 akan disalurkan terus kepada Majlis Agama Islam & ‘Adat Melayu Perak(MAIPk) dan diagihkan bagi tujuan kebajikan, pendidikan, ekonomi, pelaburan dan lain-lain.
8. Adakah setiap pewaqaf perlu mempunyai email untuk berwaqaf? Setiap pewakaf wajib mempunyai email bagi tujuan kemaskini dan makluman medium rasmi WaQaf 365 kepada setiap pewakaf.
9. Apakah hukum berwakaf kepada orang yang telah meninggal dunia dan adakah boleh saya menyertai program ini dengan berniat untuk orang yang telah meinggal dunia? Berwakaf kepada orang yang telah meninggal dunia adalah diharuskan. Daripada Saidatina Aishah r.a. menceritakan: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; ‘Sesungguhnya ibuku telah mati. Aku mendapatinya jika sekiranya ia berpeluang bercakap (ketika hamper matinya) nescaya ia akan bersedekah (yakni menyuruh agar dikeluarkan sedekah dari hartanya). Maka apakah baginya pahala jika aku bersedekah bagi pihaknya?’ Jawab baginda SAW: Ya” (Riwayat Bukhari)
“Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: ‘’Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.” (Riwayat Muslim)
Berkata Imam Nawawi rhm dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim:
“Berkata ulama, makna hadith ialah amalan si mati terputus dengan kematiannya dan tiada lagi pembaharuan pahala baginya melainkan dalam tiga perkara yang akan jadi sebab ia dapat pahala. Anaknya adalah hasil usahanya (si mati). Begitu juga dengan ilmu yang ditinggalkan dalam bentuk pengajaran dan tulisan. Begitu juga sedekah jariahnya iaitu wakafnya.”
Pewakaf boleh berniat jumlah wakaf tersebut kepada orang yang telah meinggal dunia dan boleh digabungkan niat untuk berwakaf bagi diri sendiri.
10. Bagaimanakah sekiranya saya mahu meminda jumlah langganan Waqaf 365? Pewakaf boleh kemaskini maklumat dilaman sesawang dengan kemukakan permohonan baru di laman https://infaqpay.my/go/wakaf365. Caj pendaftran akan dikenakan bagi pendaftaran baru iaitu sebanyak RM1.00.