KKDW Negeri Perak

KKDW Negeri Perak Laman Facebook rasmi Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Negeri Perak

05/05/2026
๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐˜๐๐‡๐†. ๐ƒ๐€๐“๐Ž' ๐’๐‘๐ˆ ๐’๐”๐‘๐ˆ๐€๐๐ˆ ๐๐ˆ๐๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐“๐Ž' ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒTahniah dan selamat datang kepada YBhg. Dato' Sri Suri...
05/05/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐˜๐๐‡๐†. ๐ƒ๐€๐“๐Ž' ๐’๐‘๐ˆ ๐’๐”๐‘๐ˆ๐€๐๐ˆ ๐๐ˆ๐๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐“๐Ž' ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ

Tahniah dan selamat datang kepada YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam menerajui kepimpinan kementerian ke arah memperkukuh pembangunan desa serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

KKDW komited untuk terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan YBhg. Dato' Sri dalam merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi serta
Warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah





๐’๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ซ๐š ๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐Œ๐ฎ๐ก๐ ๐Š๐ก๐š๐ข๐ซ ๐‘๐š๐ณ๐ฆ๐š๐ง ๐›๐ข๐ง ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐ž๐ ๐€๐ง๐ง๐ฎ๐š๐ซPengurusan Tertinggi ser...
04/05/2026

๐’๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ซ๐š ๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐Œ๐ฎ๐ก๐ ๐Š๐ก๐š๐ข๐ซ ๐‘๐š๐ณ๐ฆ๐š๐ง ๐›๐ข๐ง ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐ž๐ ๐€๐ง๐ง๐ฎ๐š๐ซ

Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan Selamat Bersara kepada YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar.

Setiap langkah yang diatur oleh YBhg. Datuk sepanjang menerajui KKDW dan setiap usaha yang digerakkan mencerminkan dedikasi serta komitmen yang tidak berbelah bahagi, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat desa.

Segala jasa dan bakti yang dicurahkan akan terus menjadi sumber inspirasi dan legasi yang bermakna buat seluruh warga KKDW. Didoakan agar YBhg. Datuk sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan serta kebahagiaan dalam menempuh lembaran kehidupan yang baharu.





๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š: ๐๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐€๐ ๐‚๐„๐‘๐”๐ ๐ƒ๐€๐ ๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐†. ๐๐€๐–๐Ž๐๐† ๐Š๐„ ๐‘๐๐’ ๐‹๐„๐†๐€๐Alhamdulillah, satu lagi komitmen Kementerian...
24/04/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š: ๐๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐€๐ ๐‚๐„๐‘๐”๐ ๐ƒ๐€๐ ๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐†. ๐๐€๐–๐Ž๐๐† ๐Š๐„ ๐‘๐๐’ ๐‹๐„๐†๐€๐

Alhamdulillah, satu lagi komitmen Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memperkasakan infrastruktur luar bandar telah berjaya disempurnakan.

Satu Majlis Penyerahan Projek bagi Pembinaan Cerun dan Jalan dari Kg. Bawong ke RPS Legap, Sg. Siput (U) telah berlangsung dengan jayanya pada 23 April 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Terbuka SMK Bawong.

Tujuan projek ini adalah bagi memastikan keselamatan cerun dan menyediakan akses jalan raya yang lebih baik untuk penduduk setempat.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohd Zolkafly Bin Harun, Exco Luar Bandar Negeri Perak. Telah hadir bersama memeriahkan majlis:

โ€ข Tn. Hj. Khairul Ridzuan Bin Mat Said, Pengarah Pejabat KKDW Negeri Perak.

โ€ข Wakil daripada Pejabat Pembangunan Negeri Perak.

โ€ข Wakil daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak.

Upacara simbolik ini melibatkan penyerahan Sijil Siap Kerja dan Replika Projek sebagai tanda selesainya projek pembangunan ini. Semoga kemudahan ini memberikan impak positif kepada sosio-ekonomi dan kesejahteraan masyarakat di daerah Kuala Kangsar.

"Luar Bandar Sejahtera"

๐Ÿ“ท ๐—Ÿ๐—œ๐—ฉ๐—˜ ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—žKementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kini berada di Program MADANI R...
03/04/2026

๐Ÿ“ท ๐—Ÿ๐—œ๐—ฉ๐—˜ ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kini berada di Program MADANI Rakyat 2026 Perak ๐Ÿ™Œ
Jom singgah ke reruai kami dan dapatkan pelbagai info serta aktiviti menarik!

๐Ÿ“ Bulatan Sultan Azlan Shah, Persiaran Meru, Ipoh, Perak
๐Ÿ“… 3 โ€“ 5 April 2026 (Jumaat hingga Ahad)

JUMPA KAMI DI RERUAI A6! ๐Ÿ”ฅ

โœจ Konsultasi Percuma & Pelbagai Aktiviti Menarik:
โœ”๏ธ KEMAS โ€“ Pendidikan Awal & Demonstrasi Kemahiran Tangan
โœ”๏ธ TVETMARA โ€“ Demonstrasi Heating, Ventilation & Air Conditioning (HVAC) & VR Simulation
โœ”๏ธ Konsultasi Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR)
โœ”๏ธ Rizq Desa 2026
โœ”๏ธ Desa Kirana

๐Ÿ“ข Jangan lepaskan peluang menarik ini, jumpa anda di sana! ๐Ÿคฉ




๐Ÿ“ข ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐š๐ฅ ๐Ÿ ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ ๐ข!Ingin tahu bagaimana Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR)...
01/04/2026

๐Ÿ“ข ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐š๐ฅ ๐Ÿ ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ ๐ข!

Ingin tahu bagaimana Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) boleh membantu anda? Jom hadir dan dapatkan konsultasi percuma daripada petugas kaunter di reruai A6 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)!

SPKR merangkumi pelbagai inisiatif seperti Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS), latihan kemahiran, program peningkatan pendapatan, pembangunan insan dan sokongan komuniti. Semua bantuan ini untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat di kawasan luar bandar.

Kami turut menyediakan konsultasi seperti:
๐Ÿ“ Rizq Desa 2026
๐Ÿ“ Desa Kirana
๐ŸŽจ KEMAS: Konsultasi pendidikan awal & demo kemahiran tangan
๐Ÿ› ๏ธ TVET MARA: Demo VR HVVAC (๐˜๐˜ฆ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ, ๐˜๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ & ๐˜ˆ๐˜ช๐˜ณ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ)
๐ŸŽฎ Aktiviti interaktif: ๐˜’๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ต, ๐˜ž๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฅ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ข๐˜ณ๐˜ค๐˜ฉ, permainan tradisi & cabaran ๐˜–๐˜ฏ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ ๐˜Ž๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฆ Cilik

Orang ramai dijemput hadir dan memanfaatkan peluang untuk mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat berkaitan dengan inisiatif yang ditawarkan sepanjang PMR Perak 2026.

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 3 โ€“ 5 April 2026 (Jumaat โ€“ Ahad)
๐Ÿ•— Masa: 9.00 pagi โ€“ 9.00 malam
๐Ÿ“ Lokasi: Bulatan Sultan Azlan Shah (SAS), Meru, Ipoh, Perak

Jumpa anda di sana!
"Bandar Lestari, Perumahan Berkualiti, Komuniti Harmoni"




๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’7๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ6๐Œ                                                                              ...
20/03/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’7๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ6๐Œ

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dengan ingatan tulus ikhlas daripada Pengarah dan warga Pejabat KKDW Negeri Perak

๐˜‹๐˜ข๐˜ถ๐˜ฏ ๐˜‹๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜”๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜›๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ญ,
๐˜Ž๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ช ๐˜‹๐˜ช ๐˜‹๐˜ข๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜›๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฉ ๐˜š๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ,
๐˜š๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜š๐˜ข๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜™๐˜ช๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ญ,
๐˜š๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ต ๐˜“๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ด๐˜บ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ.

๐˜Ž๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ช๐˜ฌ ๐˜›๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ณ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜๐˜ช๐˜ฃ๐˜ข,
๐˜š๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜‹๐˜ช๐˜ถ๐˜ต๐˜ถ๐˜ด ๐˜›๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข ๐˜๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ,
๐˜š๐˜บ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ญ ๐˜‹๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜›๐˜ช๐˜ฃ๐˜ข,
๐˜š๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜‹๐˜ช๐˜ถ๐˜ต๐˜ถ๐˜ด ๐˜—๐˜ฐ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ข๐˜ง๐˜ข๐˜ฏ.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Menutup tirai 2025 dengan pelbagai pencapaian dan usaha berterusan, pengurusan tertin...
01/01/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Menutup tirai 2025 dengan pelbagai pencapaian dan usaha berterusan, pengurusan tertinggi serta seluruh warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga kerja serta rakan strategik atas komitmen, dedikasi dan sokongan dalam memacu agenda pembangunan desa dan wilayah negara.

Melangkah ke lembaran 2026, semoga tahun ini menjadi pemangkin kepada iltizam yang lebih kukuh untuk terus memperkasa komuniti desa, merapatkan jurang pembangunan serta memastikan kemakmuran yang inklusif dan mampan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.





๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐——๐—˜๐—ฆ๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ž๐—ž๐——๐—ช ๐——๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ฆ๐—”๐—ฃ๐—œ, ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—š๐—š...
31/12/2025

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐——๐—˜๐—ฆ๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ž๐—ž๐——๐—ช ๐——๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ฆ๐—”๐—ฃ๐—œ, ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ก๐—š

15 Disember 2025 - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menganjurkan Majlis Kenduri Rakyat Desa MADANI 2025 sebagai acara penutup pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Sekolah Angkat MADANI (SAM) di Kampung Bukit Sapi, Lenggong, Perak.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Ketua Setiausaha KKDW, bersempena kejayaan pelaksanaan keseluruhan projek KAM dan SAM bagi tahun 2025.

Kampung Bukit Sapi telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan KAM dengan peruntukan berjumlah RM1 juta, manakala SK Bukit Sapi dipilih bagi pelaksanaan SAM dengan peruntukan RM100,000 melibatkan keseluruhan 13 projek, terdiri daripada:

๐Ÿ“Œ 10 projek fizikal, termasuk naik taraf sekolah agama, t**i sungai, klinik desa, jalan ladang, masjid, surau, dewan orang ramai, pemasangan lampu jalan solar
dan infrastruktur sekolah; dan

๐Ÿ“Œ 3 projek bukan fizikal, merangkumi gotong-royong keceriaan kampung, pelaksanaan Program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile dan Program Motivasi Pelajar.

KKDW turut melaksanakan Program Rintis Lampu Solar secara gotong-royong dengan penglibatan pelajar dan sukarelawan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Sebanyak 30 unit lampu solar telah dipasang dengan kos berjumlah RM40,073.

KKDW juga melaksanakan Program Selenggara Elektrik Rumah Impian (SERI) bagi meningkatkan tahap keselamatan elektrik kediaman golongan B40.

Sebanyak 25 buah rumah telah diselenggara secara berperingkat dengan kos RM40,000, di samping memberi peluang kepada pelatih TVET GIATMARA menjalani latihan kemahiran sebenar di lapangan.

Majlis ini turut melibatkan pelaksanaan aktiviti komuniti melalui penyediaan perkhidmatan dan aktiviti oleh PKD Mobile dan GIATMARA, termasuk kaunter perkhidmatan, latihan kemahiran dan kraftangan, perkhidmatan gunting rambut serta penukaran minyak enjin motosikal secara percuma.

Address

Blok B, Tingkat 1 & 2, Bangunan Persekutuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
Ipoh
30000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KKDW Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share