28/04/2026
KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA HARAPAN NEGERI PERAK
Angkatan Muda Harapan (AMH) Negeri Perak telah mengadakan mesyuarat Bil.1/2026 pada 27 April 2026 bertempat di Ibu Pejabat DAP Perak, Ipoh dan telah melaksanakan penstrukturan kecil kepimpinan bagi penggal ini. Penstrukturan ini merupakan langkah strategik untuk memperkukuhkan peranan anak muda sebagai pemacu utama agenda reformasi, pembelaan hak rakyat serta pembangunan belia yang progresif dan inklusif di negeri Perak.
Senarai Kepimpinan AMH Negeri Perak:
Ketua AMH:
Khairol Najib Bin Hashim
Timbalan Ketua AMH:
Ashraf Bin Kahasani
Wong Kar Keat
Naib Ketua AMH:
Ahmad Munziri Kabir
Muhammad Aslam Bin Johari
Wong Choon Ee
Setiausaha AMH:
Muhammad Izzudin Hariz Bin Bohari
Timbalan Setiausaha AMH:
Lam Yew Tact
Bendahari AMH:
Koh Ling Xian
Timbalan Bendahari AMH:
Syahrunnaim Bin Salehuddin
Ketua Penerangan AMH:
Muhammad Nor Azlizam Azrin Bin Yusri
Timbalan Ketua Penerangan AMH:
Ong Hui Xue
Mesyuarat turut memperhalusi pengukuhan organisasi di peringkat akar umbi termasuk penyelarasan kepimpinan AMH di peringkat Parlimen, di mana struktur ini akan diketuai oleh parti-parti seperti yang dicadangkan dan jawatankuasa akan diisi oleh parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan, bagi memastikan kesiapsiagaan jentera secara menyeluruh serta memperkukuh gerak kerja organisasi menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, sekali gus memastikan AMH sentiasa bersedia, tersusun dan berkesan dalam menghadapi landskap politik semasa.
Kepimpinan AMH Peringkat Parlimen:
Parit Buntar – Pemuda Amanah
Larut – AMK
Bagan Serai – AMK
Gerik – Pemuda Amanah
Lenggong – DAPSY
Kuala Kangsar – AMK
Sungai Siput – AMK
Padang Rengas – AMK
Taiping – DAPSY
Bukit Gantang – AMK
Ipoh Timor – DAPSY
Ipoh Barat – DAPSY
Batu Gajah – DAPSY
Gopeng – AMK
Kampar – DAPSY
Tapah – AMK
Tambun – AMK
Parit – AMK
Lumut – Pemuda Amanah
Beruas – DAPSY
Teluk Intan – DAPSY
Bagan Datoh – Pemuda Amanah
Pasir Salak – AMK
Tanjong Malim – Pemuda Amanah
Dalam perkembangan semasa, AMH Negeri Perak mengambil maklum kemelut politik di Negeri Sembilan dan berharap ia dapat ditangani secara matang serta berhemah demi kestabilan kerajaan.
AMH menegaskan bahawa keutamaan mesti diberikan kepada kesejahteraan rakyat yang sedang berdepan tekanan ekonomi global termasuk kenaikan kos sara hidup dan isu tenaga. Dalam masa yang sama, AMH mengecam sebarang percubaan politik tidak berprinsip termasuk tindakan “menangguk di air yang keruh” serta usaha ‘tebuk atap’ yang boleh menggugat kestabilan kerajaan dan mengkhianati mandat rakyat.
AMH Perak menyeru semua pihak agar bertindak secara bertanggungjawab, mengelakkan politik tidak sihat, dan memberi fokus kepada penyelesaian masalah rakyat.
Sekian.
Azlizam Azrin
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Harapan Negeri Perak
28 April 2026