18/09/2026
๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ก๐ง๐ ๐๐ ๐๐๐๐ก๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ฃ๐๐ก๐
Pada 17 September 2026, Klinik Pergigian Jelapang telah menerima lawatan penyeliaan daripada Pegawai Pergigian Daerah Kinta, Dr. Faizah binti Abdul Karim dan Matron Vanitha bagi melihat pelaksanaan DIS Klinikal โ Modul eLP8 pada hari pertama operasi.
Operasi kaunter dan pengurusan rekod pergigian secara digital turut ditinjau dalam lawatan ini. Pendigitalan rekod pergigian ini dapat membantu mengoptimumkan sumber manusia dan membolehkan anggota klinik disalurkan untuk menyokong tugasan klinikal di bilik surgeri.
Beberapa isu infrastruktur klinik juga turut dibincangkan dalam lawatan ini supaya tindakan segera dapat diambil bagi memastikan persekitaran kerja dan perkhidmatan kepada pesakit sentiasa berada pada tahap yang baik.
Diharapkan hasil daripada lawatan penyeliaan ini dapat mengenal pasti ruang penambahbaikan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan pergigian kepada masyarakat.
Laporan disediakan oleh,
Dr Gokulakrishna a/l Rama Krishnan,
Klinik Pergigian Jelapang