Polis Daerah Bagan Datuk

Polis Daerah Bagan Datuk Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Polis Daerah Bagan Datuk, Government Organization, IPD Bagan Datuk, Hutan Melintang.

13/05/2026
13/05/2026
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA POLIS BALAI HUTAN MELINTANG DAN KETUA POLIS BALAI BAGAN DATUK IPD BAGAN DATUKHutan Melin...
13/05/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA POLIS BALAI HUTAN MELINTANG DAN KETUA POLIS BALAI BAGAN DATUK IPD BAGAN DATUK

Hutan Melintang, 13 Mei 2026 - Satu Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Balai Hutan Melintang dan Ketua Polis Balai Bagan Datuk telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IPD Bagan Datuk.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, YDH Supt. Mohammad Ali bin Mohd Jali bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, YDH DSP Azhar bin Abu Hashim serta Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Bagan Datuk, ASP Zahaisha binti Juhari.

Dalam majlis tersebut, Insp Azlan Syah bin Ahmad telah menyerahkan tugas sebagai Ketua Polis Balai Hutan Melintang kepada Insp Mohamad Farid bin Zainal Abidin. Seterusnya, SM Muhammad Sofi bin Zulkafli kepada Sjn Madilis bin Rumanis sebagai pemangku KPB.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai serta Pegawai Rendah Polis IPD Bagan Datuk.

Majlis ini bertujuan memastikan proses serah terima tugas dilaksanakan secara teratur dan mengikut prosedur yang ditetapkan, di samping menandakan penyerahan tanggungjawab secara rasmi antara pegawai terlibat bagi memastikan kelancaran pentadbiran serta kesinambungan pengurusan organisasi.

Warga IPD Bagan Datuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada SM Muhammad Sofi bin Zulkafli atas segala jasa, sumbangan serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang memegang jawatan tersebut dan selamat maju jaya kepada beliau yang akan menjalani latihan PSL Inspektor.

Selamat menjalankan tugas turut diucapkan kepada Insp Mohamad Farid bin Zainal Abidin dan Sjn Madilis bin Rumanis dalam menggalas tanggungjawab baharu, dengan harapan agar kepimpinan mereka dapat terus memperkukuh kecekapan pengurusan serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Secara keseluruhannya, majlis serah terima tugas berkenaan telah berjalan dengan lancar dan teratur seperti yang dirancang.


KAWAD BULANAN PERINGKAT IPD BAGAN DATUKHutan Melintang, 13 Mei 2026 - Bertempat di Perkarangan IPD Bagan Datuk telah dia...
13/05/2026

KAWAD BULANAN PERINGKAT IPD BAGAN DATUK

Hutan Melintang, 13 Mei 2026 - Bertempat di Perkarangan IPD Bagan Datuk telah diadakan Kawad Bulanan bagi bulan Mei Peringkat IPD Bagan Datuk yang diambil oleh YDH Supt. Mohammad Ali bin Mohd Jali, Ketua Polis Daerah Bagan Datuk.

Kehadiran seramai 71 orang anggota IPD Bagan Datuk terdiri dari Pegawai Kanan Polis (PKP) dan Pegawai Rendah Polis (PRP). Kawad bulanan ini telah diketuai oleh Insp Muhammad Zaid bin Mohd Sa'ad sebagai Pegawai Baris dan Penolong Pegawai Baris, Sjn Mohd Sobri bin Abdul Hamid dari Cawangan Khas IPD Bagan Datuk.

Tujuan kawad bulanan diadakan adalah untuk memperkasakan kecergasan mental dan fizikal, memantapkan disiplin diri, memperbaiki tatacara kawad dan memperkemaskan pergerakan semasa berkawad serta untuk membina semangat setia kawan khususnya bagi warga PDRM IPD Bagan Datuk.

Seterusnya, Pelaksanaan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Taat Setia Rukun Negara yang turut dijalankan bersama Pegawai Awam IPD Bagan Datuk. Bacaan Lafaz Ikrar dipimpin oleh Insp Zaidi bin Mohamad dari Bahagian Logistik dan Teknologi IPD Bagan Datuk.


LAWATAN KEBAJIKAN DAN PENYERAHAN KERUSI RODA SUMBANGAN TAWP KEPADA PESARA POLIS DI BAWAH PENTADBIRAN IPD BAGAN DATUK. Ba...
12/05/2026

LAWATAN KEBAJIKAN DAN PENYERAHAN KERUSI RODA SUMBANGAN TAWP KEPADA PESARA POLIS DI BAWAH PENTADBIRAN IPD BAGAN DATUK.

Bagan Datuk, 12 Mei 2026
YDH Supt. Mohammad Ali bin Mohd Jali, Ketua Polis Daerah Bagan Datuk telah berbesar hati turun padang bagi menyerahkan kerusi roda sumbangan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) kepada pesara di daerah Bagan Datuk, Kpl (B). Ibeni Hajar bin Idris.

Turut serta dalam lawatan kali ini, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, ASP Zahaisha binti Juhari bersama PRP dari Cawangan Hal Ehwal Awam Pesara Polis, Cawangan Kebajikan serta Cawangan BAKA, IPD Bagan Datuk.

Objektif lawatan selain menyerahkan sumbangan kerusi roda untuk kegunaan pesara ia juga bertujuan untuk menyantuni dan bertanya khabar keadaan pesara, tanda keprihatinan terhadap kebajikan pesara polis sambil mendoakan agar sentiasa diberi kesembuhan.

12/05/2026
12/05/2026
PENUGASAN KAWALAN KESELAMATAN OP LAKAR TIMBALAN BIL 08/2026.Bagan Datuk, 09 Mei 2026 - Penugasan kawalan keselamatan Op ...
09/05/2026

PENUGASAN KAWALAN KESELAMATAN OP LAKAR TIMBALAN BIL 08/2026.

Bagan Datuk, 09 Mei 2026 - Penugasan kawalan keselamatan Op Lakar Timbalan sempena kehadiran YAB Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (I), merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ke Majlis Peluncuran MARA Prihatin Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Dewan Armada Utama, Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah, Bagan Datuk, Perak pagi tadi.

Penugasan kawalan keselamatan yang melibatkan seramai (8) orang Pegawai Kanan Polis (PKP) dan (56) orang Pegawai Rendah Polis (PRP) dari IPD Bagan Datuk ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.



PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT - SENAMROBIK / BERBASIKAL PERINGKAT  IPD BAGAN DATUK Bagan Datuk, 08 Mei 2026 - Program Gaya Hi...
09/05/2026

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT - SENAMROBIK / BERBASIKAL PERINGKAT IPD BAGAN DATUK

Bagan Datuk, 08 Mei 2026 - Program Gaya Hidup Sihat Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk telah diadakan di Balai Polis Bagan Datuk.

Program Gaya Hidup Sihat ini disaksikan oleh YDH Supt. Mohammad Ali bin Mohd Jali, Ketua Polis Daerah Bagan Datuk.

Seramai (81) orang warga IPD Bagan Datuk yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Polis yang hadir dalam Program Gaya Hidup Sihat. Ia adalah rutin yang diadakan pada pagi Jumaat setiap minggu.

Program Gaya Hidup Sihat ini bertujuan untuk meningkatkan kesihatan jantung , membantu membakar kalori, mengawal berat badan dan meningkatkan stamina warga Polis seterusnya untuk mempastikan warga PDRM IPD Bagan Datuk ini sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat agar mereka dapat melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih cergas, cerdas dan bersemangat pada setiap masa.

06/05/2026

Sematkan di fikiran kita

"Penjenayah hari ini bukan lagi datang dengan senjata dan bersemuka, tetapi secara digital cukup hanya dengan kata kata dan teknologi"

PERHIMPUNAN MINGGUAN PERINGKAT IPD BAGAN DATUK Hutan Melintang, 06 Mei 2026 - Perlaksanaan Nyanyian Lagu Negaraku dan Ik...
06/05/2026

PERHIMPUNAN MINGGUAN PERINGKAT IPD BAGAN DATUK

Hutan Melintang, 06 Mei 2026 - Perlaksanaan Nyanyian Lagu Negaraku dan Ikrar Rukun Negara Peringkat IPD Bagan Datuk telah diadakan di Perkarangan IPD Bagan Datuk pagi tadi. Manakala Balai Polis Rungkup, Balai Polis Bagan Datuk dan Balai Polis Ulu Bernama melaksanakan dibawah pentadbiran masing-masing.

Turut hadir, YDH Supt. Mohammad Ali bin Mohd Jali, Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Ketua-ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam.

Objektif utama acara ini adalah untuk memberi penghayatan terhadap nilai tatakelola yang baik, menyemarakkan semangat patriotisme, serta memperkukuhkan integrasi perpaduan dalam kalangan penjawat awam. Semua ini bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat lebih cekap dan berkesan.




Address

IPD Bagan Datuk
Hutan Melintang
36400

Telephone

+6056411222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Bagan Datuk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share