Pejabat Orang Besar Jajahan Bagan Datuk

Pejabat Orang Besar Jajahan Bagan Datuk Page rasmi bagi Pejabat Orang Besar Jajahan Bagan Datuk.

Khamis, 11 Jun 2026Merasmikan Program Pejabat Pertanian Daerah Bagan Datuk Penanaman Betik di Masjid Abasiah, Sungai Nip...
11/06/2026

Khamis, 11 Jun 2026

Merasmikan Program Pejabat Pertanian Daerah Bagan Datuk Penanaman Betik di Masjid Abasiah, Sungai Nipah Baroh, Bagan Datuk.

Selasa, 9 Jun 2026Sesi Perbincangan berkaitan 500 KMP di Pejabat OBJ Kuala Kangsar.
10/06/2026

Selasa, 9 Jun 2026

Sesi Perbincangan berkaitan 500 KMP di Pejabat OBJ Kuala Kangsar.

10/06/2026
Jumaat, 5 Jun 2026PROGRAM KEMBARA JUMAAT “Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi...
05/06/2026

Jumaat, 5 Jun 2026

PROGRAM KEMBARA JUMAAT

“Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Masjid, Ahli Jawatankuasa serta seluruh warga Masjid Shamsul Maarif, Ladang Ulu Basir, Pegawai hal ehwal islam, Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid, Timbalan Ketua Polis Daerah Bagan Datuk serta Ketua Balai Ulu Bernam atas komitmen, kerjasama dan kesungguhan dalam menganjurkan Program Kembara Solat Jumaat 2026 ini.

Khamis, 4 Jun 2026Meninjau lokasi Pelancongan Baru Bagan Datuk.
05/06/2026

Khamis, 4 Jun 2026

Meninjau lokasi Pelancongan Baru Bagan Datuk.

Khamis, 4 Jun 2026Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal Daerah Bagan Datuk Bil. 4/2026 di Pejabat OBJ Bagan D...
04/06/2026

Khamis, 4 Jun 2026

Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal Daerah Bagan Datuk Bil. 4/2026 di Pejabat OBJ Bagan Datuk.

Khamis, 28 Mei 2026Alhamdulillah, selesai sudah ibadah korban tahun ni. Semoga setiap pengorbanan, penat lelah, dan sede...
29/05/2026

Khamis, 28 Mei 2026

Alhamdulillah, selesai sudah ibadah korban tahun ni. Semoga setiap pengorbanan, penat lelah, dan sedekah kita diterima Allah SWT serta menjadi asbab rahmat dan keberkatan dalam hidup kita Amin🤲.

*PROGRAM SOLAT SUNAT AIDILADHA & SEMBELIHAN KORBAN OBJ BAGAN DATUK* 27 Mei 2026, Bagan Datuk - Telah berlangsung Program...
27/05/2026

*PROGRAM SOLAT SUNAT AIDILADHA & SEMBELIHAN KORBAN OBJ BAGAN DATUK*

27 Mei 2026, Bagan Datuk - Telah berlangsung Program Solat Sunat Aidiladha & Sembelihan Lembu Korban Kurniaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang diadakan di Masjid Muhammad, Kg. Tanah Lalang.

Program dimulakan dengan laungan takbir raya oleh pegawai masjid dan kemudian diteruskan dengan Solat Sunat Aidiladha bermula jam 8.20 pagi diikuti dengan bacaan khutbah raya. Kemudian program diteruskan dengan penyampaian Watikah Penyembelihan yang disampaikan oleh YDH Toh Seri Lela Paduka Dato' Dr. Khalid bin Ismail, Orang Besar Jajahan Bagan Datuk kepada En. Masoud bin Osman(Pegawai Penyembelih Korban).

Turut serta dalam program ini ialah Al-Fadhil Ustaz Azri bin Mohd Nasli(Pegawai Tadbir Agama Daerah Bagan Datuk), En. Abdul Kadir Jailani bin Raja Zainan(Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Bagan Datuk), pegawai serta jawatankuasa dan ahli jemaah Masjid Muhammad, Kg. Tanah Lalang.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah telah berkenan menyumbangkan sebanyak 3 ekor lembu untuk dikorbankan kepada setiap daerah jajahan Tuanku.

Majlis disudahi dengan penyampaian sumbangan daging korban kepada ahli kariah. Semoga ibadah korban kita diterima dan diberi keampunan oleh Allah S.W.T.

Isnin, 25 Mei 2026LEMBU KORBAN DYMM TUANKU SULTANAlhamdulillah, selesai urusan menyambut dan menyerahkan lembu korban da...
25/05/2026

Isnin, 25 Mei 2026

LEMBU KORBAN DYMM TUANKU SULTAN

Alhamdulillah, selesai urusan menyambut dan menyerahkan lembu korban daripada DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah kepada wakil penerima di Masjid Muhammad Tanah Lalang sebanyak 3 ekor lembu korban.

Ustaz Azri Bin Mohd Nasli, Pegawai Hal Ehwal Islam Daerah Bagan Datuk turut mengiringi YDH Toh Seri Lela Paduka Dato’ Dr Khalid bin Ismail, Orang Besar Jajahan Daerah Bagan Datuk ke Masjid Muhammad Tanah Lalang bagi menyempurnakan urusan penyerahan tersebut.

Rombongan tiba sekitar jam 11:27 malam dan lori lembu sampai ke Masjid Muhammad pada pukul 12:24 pagi. Seterusnya urusan menurunkan serta penyerahan lembu korban selesai sepenuhnya sekitar jam 12:54 pagi dalam keadaan lancar dan teratur hasil kerjasama semua pihak yang terlibat. Ketibaan rombongan juga telah disambut dengan sangat baik oleh Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa Masjid Muhammad Tanah Lalang yang turut bersama membantu melancarkan urusan penerimaan lembu korban tersebut.

Semoga sumbangan korban ini menjadi asbab keberkatan dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat, di samping menyemarakkan lagi syiar ibadah korban dalam kalangan umat Islam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan urusan ini. Semoga segala khidmat dan pengorbanan yang dicurahkan diberikan ganjaran sebaik-baiknya di sisi Allah SWT.

Address

Pejabat Orang Besar Jajahan Bagan Datuk, Simpang Empat
Hutan Melintang
34200

Telephone

+6056431300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Orang Besar Jajahan Bagan Datuk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share