Anak Jati Kampung Dusun Tua

Anak Jati Kampung Dusun Tua Anak Jati Kampung Dusun Tua Hulu Langat
Rakan NGO BSS Kelab BSS.Official

“Dusun Tua Kampung dan Warisan Kita”

Hari Raya Aidiladha mengingatkan kita tentang erti kesabaran, keikhlasan, dan pengorbanan yang sebenar. Semoga Allah men...
25/05/2026

Hari Raya Aidiladha mengingatkan kita tentang erti kesabaran, keikhlasan, dan pengorbanan yang sebenar. Semoga Allah menerima segala amalan kita dan memberikan kekuatan untuk terus berbakti.
-Admin-

Menjunjung kasih Tuanku.1. Kepercayaan kepada Tuhan - Menjadi asas pembentukan agama dan nilai murni.2. Kesetiaan kepada...
20/05/2026

Menjunjung kasih Tuanku.

1. Kepercayaan kepada Tuhan - Menjadi asas pembentukan agama dan nilai murni.
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara - Menuntut rakyat taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu serta tanah air.
3. Keluhuran Perlembagaan - Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara yang wajib dihormati dan dipatuhi.
4. Kedaulatan Undang-Undang - Semua rakyat adalah sama taraf di sisi undang-undang untuk menjamin keadilan.
5. Kesopanan dan Kesusilaan - Memastikan tingkah laku yang berdisiplin dan saling menghormati bagi menjaga keharmonian masyarakat.

Zulhijah hadir membawa sinar keampunan dan peluang melipatgandakan pahala.Jangan biarkan hari-hari terbaik ini berlalu t...
19/05/2026

Zulhijah hadir membawa sinar keampunan dan peluang melipatgandakan pahala.
Jangan biarkan hari-hari terbaik ini berlalu tanpa ibadah. Rebut peluang berpuasa sunat, memperbanyakkan doa dan mendekatkan diri kepada Allah.
Semoga kita dipertemukan dengan keberkatan Zulhijah dan dikurniakan hati yang sentiasa taat kepada-Nya.

Zulhijah hadir membawa sinar keampunan dan peluang melipatgandakan pahala.

Jangan biarkan hari-hari terbaik ini berlalu tanpa ibadah. Rebut peluang berpuasa sunat, memperbanyakkan doa dan mendekatkan diri kepada Allah.

Semoga kita dipertemukan dengan keberkatan Zulhijah dan dikurniakan hati yang sentiasa taat kepada-Nya.

Mutakhir ini, kita menyedari kebimbangan masyarakat susulan laporan berita di peringkat global mengenai penularan jangki...
14/05/2026

Mutakhir ini, kita menyedari kebimbangan masyarakat susulan laporan berita di peringkat global mengenai penularan jangkitan Hantavirus.
Walaupun situasi di Malaysia setakat ini adalah terkawal, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau rapi perkembangan ini dan mengambil pendekatan proaktif untuk memastikan kesiapsiagaan negara berada pada tahap tertinggi.
Untuk makluman bersama, Hantavirus adalah sejenis virus bawaan tikus yang merebak kepada manusia melalui udara yang tercemar dengan sisa kotoran, air kencing, atau air liur haiwan tersebut.
Jangkitan ini tidak wajar dipandang remeh kerana komplikasinya berpotensi membawa maut, dengan kadar kematian bagi Sindrom Paru-paru Hantavirus (HPS) boleh mencecah 30 hingga 40 peratus.
Memandangkan tiada ubat antivirus khusus bagi merawat jangkitan ini buat masa ini, langkah pencegahan dan kawalan kendiri adalah perisai pertahanan kita yang paling ampuh.
Selari dengan iltizam KKM untuk menganjak paradigma sistem kesihatan kepada fokus pencegahan, kami menggesa seluruh rakyat agar mengambil peduli tentang kebersihan persekitaran dan memastikan kediaman serta premis kerja bebas daripada haiwan perosak.
Rakyat tidak perlu panik, tetapi kita mesti kekal berwaspada.
Kami mohon saudara-saudari untuk merujuk siri infografik yang disertakan ini sebagai panduan lengkap mengenai gejala, cara penularan, dan tatacara pembersihan kotoran haiwan yang selamat.
Kesihatan awam bermula dari rumah, marilah kita bersama-sama lindungi keluarga dan komuniti kita.

Berikut adalah golongan yang berisiko tinggi apabila cuaca panas.Segera dapatkan rawatan sekiranya rasa tidak sihat. Sum...
11/05/2026

Berikut adalah golongan yang berisiko tinggi apabila cuaca panas.
Segera dapatkan rawatan sekiranya rasa tidak sihat.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Berikut adalah golongan yang berisiko tinggi apabila cuaca panas.

Segera dapatkan rawatan sekiranya rasa tidak sihat.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

𝐓𝐀𝐊𝐖𝐈𝐌 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐆𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐇𝐔𝐋𝐔 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓📣📣Permohonan adalah terbuka kepada semua usa...
07/05/2026

𝐓𝐀𝐊𝐖𝐈𝐌 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐆𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐇𝐔𝐋𝐔 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓📣📣
Permohonan adalah terbuka kepada semua usahawan dan warga tani Negeri Selangor. Pendaftaran boleh dibuat melalui QR kod di bawah ATAU melalui pautan:
https://forms.gle/9tUjQba1keguSZsF7
(BORANG PERMOHONAN KURSUS PETANI & IAT PPD HULU LANGAT 2026)
𝑱𝒂𝒅𝒖𝒂𝒍 𝒕𝒆𝒓𝒕𝒂𝒌𝒍𝒖𝒌 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒊𝒏𝒅𝒂𝒂𝒏. 𝑺𝒆𝒃𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒎𝒂𝒌𝒍𝒖𝒎𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒎𝒂𝒔𝒂 𝒌𝒆 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒔𝒂.

𝐓𝐞𝐫𝐧𝐚𝐤 𝐈𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮 𝐆𝐮𝐧𝐚 𝐒𝐦𝐚𝐫𝐭𝐩𝐡𝐨𝐧𝐞?Teringin nak ada bisnes agromakanan sendiri tapi risau kawasan tanah terhad? Sebenarn...
06/05/2026

𝐓𝐞𝐫𝐧𝐚𝐤 𝐈𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮 𝐆𝐮𝐧𝐚 𝐒𝐦𝐚𝐫𝐭𝐩𝐡𝐨𝐧𝐞?
Teringin nak ada bisnes agromakanan sendiri tapi risau kawasan tanah terhad? Sebenarnya, anda boleh mula bina perniagaan anda di belakang rumah atau di pinggir bandar melalui konsep Urban Farming dengan Sistem Bioflok!
Secara ringkasnya, ia adalah teknologi “kitar semula” yang sangat efisien di mana bakteria akan menukar sisa ternakan kepada sumber protein atau flok untuk dimakan semula oleh ikan. Memang next level pengurusannya! Kenapa rugi sangat kalau anda tak teroka bidang akuakultur ni sekarang?
✅Sistem ini membolehkan penternakan ikan dengan kepadatan yang tinggi walaupun dalam ruang yang kecil.
✅Anda boleh jimat kos operasi kerana ia terbukti mampu mengurangkan kos pembelian dedak sehingga 20-30%.
✅Terdapat sokongan dari kerajaan, termasuklah tawaran Geran Agropreneur Muda berupa bantuan barangan bernilai sehingga RM20,000.
Untuk makluman, kita dah ada lebih 80 pengusaha bioflok yang berjaya direkodkan di seluruh negara. Sektor akuakultur kita pun makin berkembang dan menyumbang kira-kira 30% daripada jumlah pengeluaran perikanan negara. Pasaran yang luas dah sedia ada, cuma tunggu anda take action je!
Jom mulakan langkah pertama anda hari ini. Anda boleh dapatkan khidmat nasihat dan latihan di Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Jitra, Kedah yang merupakan pusat rujukan utama sistem bioflok kita.
Atau, layari terus portal rasmi Jabatan Perikanan Malaysia di www.dof.gov.my untuk mula meneroka. Jangan tunggu lama-lama, peluang keemasan macam ni tak datang selalu!

06/02/2026

Assalamualaikum wbt….
Lama betul sejuk fb kami ni 🤣🤣🤣. Inshaallah akan aktif semula. Apa khabar sahabat2 semua 🤲🏻.
-admin-

Alhamdulillah…Syukur kehadrat Allah swt dengan limpah kurnianya.Dapat kami berkumpul setiap tahun saban Ibadah Korban. K...
07/06/2025

Alhamdulillah…
Syukur kehadrat Allah swt dengan limpah kurnianya.
Dapat kami berkumpul setiap tahun saban Ibadah Korban. Kami tetap ada bila dijemput. Begitulah lumrah kami di kampung. Membantu antara satu sama lain. Tradisi ini tekah lama tersemat didalam hati kami semua. Usai selesai ibadah kami yang telah diadakan di Laman Rumah Sdra Zazali, kami terus membantu ibadah korban Pengerusi JPKKP En Jamal sebanyak 3ekor. Inshaallah tahun depan 2026 kami berhasrat utk satukan semula pengisian ini, letih juga terkejar2 beberapa tempat yang lain 😅.
-Admin-

Salam Aidiladha kepada Muslimin & Muslimat.Min dah sampai ni… ingat jam 8.00 pagi Solat Sunat Aidiladha di Masjid AlMutt...
06/06/2025

Salam Aidiladha kepada Muslimin & Muslimat.
Min dah sampai ni… ingat jam 8.00 pagi Solat Sunat Aidiladha di Masjid AlMuttaqin Dusun Tua.

Address

Batu 16 Dusun Tua
Hulu Langat
43100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anak Jati Kampung Dusun Tua posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category