31/05/2026
DAULAT TUANKU
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim
Sempena Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Patik sekalian daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat menjunjung kasih atas kepimpinan Tuanku yang adil lagi saksama dalam memayungi rakyat dan negara. Sesungguhnya institusi Raja adalah lambang kedaulatan, perpaduan dan kestabilan negara yang wajib dipertahankan.
Kami berdoa agar Allah SWT mengurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan serta keberkatan kepada Tuanku dalam memerintah negara dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!