UMNO-Taman Damai Batu 18

UMNO-Taman Damai Batu 18 UMNO
Cawangan Taman Damai Bt.18
Bahagian Hulu Langat
Negeri Selangor

📢 Jemputan Moreh Mahasiswa Hulu LangatAssalamualaikum & salam sejahtera,Semua mahasiswa dijemput hadir ke:🌙 Moreh Mahasi...
05/03/2026

📢 Jemputan Moreh Mahasiswa Hulu Langat

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Semua mahasiswa dijemput hadir ke:

🌙 Moreh Mahasiswa Hulu Langat
📍 The Stadium Semenyih
📅 10 Mac 2026 (Selasa)
⏰ 10.00 malam

✨ Moreh disediakan & sesi ramah mesra bersama YB.
⚠️ Terhad kepada 20 orang terawal sahaja.

Imbas QR pada poster atau tekan link di bawah untuk daftar segera!

Link pendaftaran: https://forms.gle/x9ZgAp2yBZEvjsCb6

Mohon war-war kan. Terima kasih

Alhamdulillah. Pertuduhan terpilih mmg sukar nak dibuktikan. Jika yg memilihnya sudah tiada kuasa lagi.
27/11/2024

Alhamdulillah. Pertuduhan terpilih mmg sukar nak dibuktikan. Jika yg memilihnya sudah tiada kuasa lagi.

Pagi ini, hakim telah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Najib dari kes IPIC atas sebab kelewatan melampau pihak pendakawaan.

BERIKUT adalah konologi kes:

Segala dana yang dikatakan hilang dari 1MDB adalah selepas ianya dijamin atau dibayar kepada pihak IPIC.

Tahun 2017:
- Kerajaan masa Najib telah tanda tangan perjanjian penyelesaian dengan IPIC.

24 Okt 2018:
- Najib didakwa kes IPIC kononnya menipu kerajaan dengan tanda tangan perjanjian penyelesaian dengan IPIC

30 Okt 2018:
- Kerajaan PH1.0 batalkan perjanjian penyelesaian dengan IPIC dengan alasan perjanjian itu tidak sah sebab Najib telah didakwa dalam mahkamah

Nov 2018:
- Najib pernah beberapa kali minta dalam dan luar Dewan Rakyat agar perjanjian penyelesaian IPIC didedahkan bagi membuktikan kerajaan masa Najib sudah selesaikan kes 1MDB dan IPIC telah berjanji untuk membayar sehingga US$7.5 bilion (RM35b) kepada 1MDB sebelum 30 Disember 2020.
- kerajaan PH1.0 enggan dedahkan dokumen perjanjian penyelesaian IPIC dengan alasan kes di mahkamah dan dokumen itu diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia.

27 Feb 2023:
- IPIC bersetuju membayar US$1.8b kepada 1MDB sebagai ganti rugi.
- Walaupun jumlah itu jauh lebih rendah berbanding US$7.5b yang dituntut bawah perjanjian penyelesaian asal yang dibatalkan PH1.0, ianya membuktikan bahawa IPIC mengaku mereka bersalah dan mereka patut bayar ganti rugi kepada Malaysia.
- ianya membuktikan bahawa Najib tak tipu kerajaan dan perjanjian penyelesaian itu adalah patut.

30 Julai 2023 (4 tahun 9 bulan sejak didakwa):
- setelah ditangguh lebih 30 kali oleh pihak pendakwaan tanpa kes pernah dibicara, Najib tulis surat representasi kepada pejabat peguam negara agar kes IPIC digugurkan sebab sudah terlalu lama dan terlalu banyak kali perbicaraan ditangguh pihak pendakwaan

9 Ogos 2023:
- pihak pendakwaan mohon kes ditangguh sebab perlu masa untuk teliti surat representasi Najib. Mahkamah tangguh ke Sept 2023.

17 Ogos 2023:
- juga memo dalaman Pejabat Peguam Negara berkenaan kes IPIC ini telah terbocor.
- Memo dari pasukan pendakwaan kes IPIC ini kepada Ketua Peguam Negara Tommy Thomas merumuskan kesemua pasukan pendakwaan (7 DPP dan 5 pegawai penyiasat) sebulat suara mendapati bahawa:
- kes ini tidak patut dan tidak layak dibawa ke Mahkamah sebab Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan
- tiada sebarang dokumen menunjukkan Najib telah melakukan kesalahan
- tiada satu dari kenyataan seramai 138 kenyataan saksi memihak kepada pendakwaan
- kes IPIC terhadap Najib dan Tan Sri Irwan ini patut digugurkan

Namun pihak pendakwaan enggan untuk sah atau nafikan wujudnya memo dalaman ini bila ditanya oleh hakim.

14 Sep 2023:
- pihak pendakwaan sekali lagi mohon kes ditangguh sebab perlu lebih masa untuk teliti surat representasi Najib. Mahkamah tangguh ke Disember 2023 dengan memberi amaran bahawa sekiranya pendakwaan masih belum bersedia, mahkamah akan beri DNAA kepada Najib.

1 Dec 2023:
- pihak pendakawan kata mereka masih belum putuskan surat representasi Najib dan minta mahkamah tangguh kes.
- Hakim tetapkan tarikh perbicaraan pada bulan Jun 2024. tetapi memberitahu pihak pendakwaan bahawa mereka masih boleh hentikan kes bila mereka membuat keputusan terhadap surat representasi Najib.

4 Jun 2024 (hari pertama perbicaraan kes IPIC):
- pihak pendakwaan mohon diberi penangguhan sebab belum bersedia dengan dokument kes
- mahkamah beri penangguhan dua minggu ke 19 Jun 2024

19 Jun 2024
- pihak pendakwaan sekali lagi mohon diberi penangguhan sebab belum bersedia dengan dokumen kes dan perlu lebih masa untuk nyah klasifikasi dokumen-tertentu (termasuk dokumen perjanjian penyelesaian IPIC yang sering diminta Najib untuk didedahkan).
- mahkamah beri penangguhan sebulan ke 22 Julai 2024

22 Julai 2024:
- pihak pendakwaan sekali lagi mohon diberi penangguhan sebab belum bersedia dengan dokumen kes dan perlu lebih masa untuk nyah klasifikasi dokumen-tertentu
- sebab pendakwaan asyik mohon kes ditangguh, pihak pembelaan sekali lagi mohon hakim memberi DNAA kepada Najib
- tetapi hakim tolak permohonan DNAA Najib dan benarkan pengangguhan kes selama 4 bulan lagi ke 14 November 2024. namun hakim memberi amaran bahawa ini adalah penangguhan terakhir

25 November 2024 (tukar dari 14 Nov atas sebab pelanggaran jadual)
- pihak pendakwaan masih tidak berjaya menyerahkan dokumen-dokumen penting kes
- hakim bertimbang untuk melepaskan tanpa membebaskan Najib dari kes tetapi tidak yakin dengan kuasa mahkamah untuk berbuat demikian
- hakim tangguh kes dua hari ke 27 Nov untuk kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan untuk berhujah bagi meyakinkan hakim bahawa mahkamah ada kuasa untuk memberi DNAA

27 November 2024
- setelah mendengar hujah-hujah dua pihak, hakim kata dia menggunakan kuasa yang ada pada dia untuk melepas tanpa membebas Najib dan Tan Sri Irwan atas sebab kelewatan melampau pihak pendakwaan.

Dan berakhirnya kisah pendakwaan lebih 6 tahun tanpa kes dibicara walau sehari pun ini.

09/08/2024

Alhamdulillah...terbaik YB Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz . Perjuangan untuk rakyat Dun Dusun Tua. Terima kasih YB

23/08/2023

Dipetik daripada Tweeter Penerangan UMNO Malaysia

1. Tahniah diucapkan kepada Presiden UMNO/Pengerusi Barisan Nasional serta kepimpinan BN atas kejayaan wakil rakyat BN dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di tiga negeri, terutama di Pulau Pinang dan Selangor; di mana Barisan Nasional sebelum ini berada di blok pembangkang sejak 2008.

2. Ujian pertama telah selesai dan sekarang, kita melangkah masuk ujian kedua iaitu bekerjasama dalam pentadbiran negeri di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

3. Sebagai Ketua Penerangan UMNO, saya membaca dengan teliti semua pandangan-pandangan serta teguran-teguran yang dilontarkan semua pihak, tak kira dari dalam parti mahupun luar parti, kerana kita tahu, sebagai parti yang ditubuhkan sejak 1946, ini satu manifestasi bahawa ramai yang sayang pada parti ini.

4. Inilah amalan demokrasi dalam parti di mana setiap ahli boleh beri pandangan. Tetapi dalam konsep demokrasi juga, ada calon kalah dan ada yang menang dalam pilihan raya. Sudah tentu kita tahu dan faham akan realiti ini.

5. Memang mudah untuk menuding jari terutama apabila kita kalah. Dalam pilihanraya, kalah satu undi tetap kalah. Menang satu undi, tetap menang. Mungkin kita boleh beri contoh, jika kita kalah ketika bertanding untuk jawatan Yang Dipertua PIBG, usahlah kita bakar dan runtuhkan sekolah.

6. Ada parti politik bermula di tangga mahkamah, dan ada yang masih di tangga mahkamah, malah bertahun bergolak dengan pihak keselamatan, namun ahlinya tetap teguh merapatkan saf serta berterusan meletakkan keyakinan terhadap pemimpin mereka dan hari ini parti-parti berkenaan telah berjaya memerintah negara selepas PRU14. Mereka yakin kepimpinan parti akan bawa kejayaan.

7. Pelik dan ajaib sebenarnya, ketika calon dikemukakan, ianya diterima malah bersorak di dalam dewan, bahkan ketika watikah diberi, Pengerusi BN dipuji. Hakikatnya, kita meletakkan calon di 108 di kerusi yang berpotensi menang dan berpotensi kalah. Realitinya, itulah sistem demokrasi pilihan raya.

8. Sebenarnya bagi kepimpinan Barisan Nasional; parti boleh sahaja ambil jalan mudah, iaitu fokus pada kerusi-kerusi yang mudah menang atau di negeri-negeri yang kita tahu, telah menerima dan faham formula perpaduan di peringkat Kerajaan Pusat. Tetapi ketika kita kemukakan 108 kerusi untuk ditandingi, tiada siapa merungut malah ada juga yang merasakan jumlah itu tak cukup. Tetapi hari ini, ada p**a suara-suara sinis apabila ada kerusi yang kalah. Suara-suara ini tidak p**a kedengaran ketika watikah diserahkan. Pengerusi BN sendiri beri kebebasan kepada perhubungan negeri dan ketua bahagian dalam pemilihan calon yang difikirkan layak. Sebab itu saya katakan, ia tanggungjawab bersama.

9. Kita lupa, ketika UMNO diserang selepas PRU14, Presiden tidak meninggalkan UMNO. Malah turut didesak untuk membubarkan UMNO namun tetap berdiri teguh mempertahankan parti keramat ini. Selepas enggan akur kepada desakan untuk bubarkan UMNO, terus didakwa di mahkamah sehingga ke hari ini..

10. Di PRN lalu, tak semua kawasan DUN yang ditandingi calon BN, sempat dikunjungi Pengerusi BN untuk membantu kempen dalam tempoh singkat ini. Tetapi realitinya ada kawasan yang tidak dikunjungi Pengerusi, calon Barisan Nasional tetap dipilih pengundi sebagai wakil rakyat mereka, contohnya bagi DUN Juasseh di Negeri Sembilan.

11. Memang mudah untuk mendesak Pengerusi BN mengundur tetapi BN adalah satu institusi. Kenapa segalanya diletakkan di bahu Pengerusi walhal, bukan Pengerusi yang bertanding pada PRN lalu. Paling penting sebenarnya, dalam mana-mana pilihan raya, formula kemenangan ambil kira faktor calon, pengundi serta cabaran. Apa yang perlu kita ubah bukan Presiden tetapi cara bagaimana kita bekerja dan menggerakkan kempen kita.

12. Antara cabaran utama yang kita masih ketinggalan ialah peperangan saraf di platform digital. Pendekatan konvensional bersemuka tidak lagi menjadi tunjang utama kempen hingga ada ceramah fizikal tidak mendapat sambutan walhal, kempen sebenar adalah di platform digital.

13. Barisan Nasional sendiri perlu faham dan akur bahawa kita menghadapi defisit pengetahuan dan penguasaan platform digital pada ketika pihak lawan berbelanja tanpa had menggunakan platform-platform itu bagi mempengaruhi pengundi.

14. Kita tidak ada peraturan mahupun undang-undang yang boleh menyekat propaganda tanpa had pihak lawan menggunakan dana yang begitu banyak di platform digital kerana penyedia platform berpengkalan di luar negara.Melangkah ke hadapan, Barisan Nasional perlu bersedia untuk berubah menjadi parti yang lebih mahir dan memiliki pengetahuan menguasai teknologi digital dan Kerajaan Perpaduan juga perlu bersedia dengan penguasaan perang saraf di platform digital.

15. Adalah penting untuk saya tegaskan, gabungan ini bukanlah satu kesatuan yang sempurna namun ada ruang untuk pembaikan dan yang pasti, Kerajaan Perpaduan ini dibina dengan mencari titik persamaan, iaitu demi agama, bangsa dan negara.

16. Dan sudah tentu, bagi UMNO sendiri, parti ini akan terus menjadi suara dalam Kerajaan Perpaduan selari dengan perjuangannya, iaitu melindungi agama Islam sebagai agama Persekutuan, hak-hak Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu. Ini termasuk menjadi suara kepada kedaulatan undang-undang dan segala kelemahan, kekurangan dan salahguna dalam pelaksanaan undang-undang dan proses keadilan dibangkitkan melalui saluran yang betul kerana kita perlu menghormati pengasingan kuasa yang terdiri daripada badan eksekutif, kehakiman dan perundangan.

17. Akhir sekali, izinkan saya untuk melontarkan persoalan ini, adakah sudah tiba masanya untuk UMNO bertanding atas tiket UMNO pada pilihan raya akan datang atau masih lagi di bawah bendera Barisan Nasional; ataupun di bawah Barisan Nasional dengan gabungan baharu?

Azalina Othman Said
Ahli Parlimen Pengerang
Merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang & Ketua Penerangan UMNO Malaysia

20/08/2023

Alhamdulillah...wakil rakyat YB Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz telah turun sendiri melawat kawasan dan penduduk Taman Damai dan sekitarnya yang telah terkena musibah banjir pada petang Sabtu 19 Ogos 2023. Punca banjirnya adalah daripada kepala air dari bukit berhampiran serta longkang yang tersumbat.

Datuk Wira Hj. Johan sendiri telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.

TERIMA KASIH YB di atas keperihatinan Dan Sumbangan.

17/08/2023

Terbaik YB kita. Terus buat kerja

17/08/2023

Rindu zaman Bossku...😞
Kesetiaan itu penting...

12/08/2023

Syukur Alhamdulillah... kemenangan berpihak kepada Calon BN Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz . Tahniah diucapkan.

11/08/2023

Antara petikan ucapan Grand Finale oleh calon No.1 Dun Dusun Tua di majlis ramah mesra bersama calon Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz

Inilah janji yang bakal dekecapi oleh warga Hulu Langat jika memberi oekuang kepada calon no.1 kita.

Antara kenikmatan yg bakal dikecapi oleh orang dusun tua, bakal mendapat jambatan baharu di Bt.17.

11/08/2023

Address

Taman Damai Batu 18
Hulu Langat
43100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMNO-Taman Damai Batu 18 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share