Sektor Pembangunan Murid PPD YAN

Sektor Pembangunan Murid PPD YAN Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sektor Pembangunan Murid PPD YAN, Government Organization, SK GURUN PUSAT, Gurun.

๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H โœจSemoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat semua...
26/05/2026

๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H โœจ

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat semua.

Ikhlas daripada warga Pejabat Pendidikan Daerah Yan. ๐Ÿค



Sesi perjumpaan dan penyerahan bendera Kedah oleh Tuan Mohamad Fisol bin Mohd Salleh, Pegawai Pendidikan Daerah Yan mera...
25/05/2026

Sesi perjumpaan dan penyerahan bendera Kedah oleh Tuan Mohamad Fisol bin Mohd Salleh, Pegawai Pendidikan Daerah Yan merangkap Ketua Kontinjen Golf MSSK Kedah bersama kontinjen Golf MSSK Kedah yang akan membawa cabaran dalam Kejohanan Golf MSSM yg akan berlangsung di Sabah pada 8-12 Jun 2026.

๐Ÿ KEM KEMAHIRAN SUKAN TERAS SEPAK TAKRAWPERINGKAT DAERAH YAN 2026 ๐ŸTarikh : 19 Mei 2026 Tempat : SMK Dulang Penglibatan ...
19/05/2026

๐Ÿ KEM KEMAHIRAN SUKAN TERAS SEPAK TAKRAW
PERINGKAT DAERAH YAN 2026 ๐Ÿ

Tarikh : 19 Mei 2026
Tempat : SMK Dulang
Penglibatan : Murid Sekolah Rendah Daerah Yan
- 50 peserta lelaki
- 30 peserta perempuan.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan teknik asas permainan, regangan badan, latihan kemahiran serta meningkatkan pengetahuan dan penguasaan dalam sukan sepak takraw. Selain itu, program ini juga menjadi platform mencungkil bakat baharu dan memperkasakan pembangunan sukan sepak takraw di daerah Yan. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada SMK Dulang, PTPS Sepak Takraw, barisan AJK pelaksana, urusetia, jurulatih serta semua pihak yang menjayakan program ini dengan cemerlang.

Semoga program seperti ini terus memberi manfaat dan melahirkan lebih ramai atlet sepak takraw yang berkualiti pada masa akan datang.



KEJOHANAN KRIKET MSSD YAN TAHUN 2026 ๐Ÿ Tahniah & Syabas ๐ŸSekalung tahniah diucapkan kepada semua pasukan sekolah yang te...
19/05/2026

KEJOHANAN KRIKET MSSD YAN TAHUN 2026

๐Ÿ Tahniah & Syabas ๐Ÿ

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pasukan sekolah yang telah menyertai dan mencapai kejayaan dalam Kejohanan Kriket MSSD Yan 2026. Semangat kesukanan, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kejohanan amat membanggakan. ๐Ÿ‘โœจ

Ucapan terima kasih kepada sekolah pengelola, SK Haji Hussin Dol, Guar Chempedak & SMK Guar Chempedak sebagai venue kejohanan kriket U18.

Sekalung penghargaan kepada PTPS Kriket, semua AJK pelaksana, guru-guru, pegawai kejohanan serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini dengan penuh dedikasi dan kerjasama. ๐Ÿ’ช

Semoga kejohanan ini terus menjadi platform melahirkan atlet kriket yang berbakat dan berdaya saing pada masa akan datang.



Tahniah buat kontinjen MSSD Yan atas pencapaian cemerlang di MSSK 2026. Semangat juang, disiplin dan usaha tanpa mengena...
19/05/2026

Tahniah buat kontinjen MSSD Yan atas pencapaian cemerlang di MSSK 2026. Semangat juang, disiplin dan usaha tanpa mengenal penat akhirnya membuahkan hasil. Terima kasih kepada semua atlet, jurulatih, pengurus pasukan, guru-guru, sekolah serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu demi kejayaan anak-anak MSSD Yan.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.




SELAMAT BERJUANG BUAT KONTIJEN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA TAHAP BONGSU DAN TAHAP SULONG DAERAH YAN YANG AKAN MEWAKILI DAERA...
17/05/2026

SELAMAT BERJUANG BUAT KONTIJEN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA TAHAP BONGSU DAN TAHAP SULONG DAERAH YAN YANG AKAN MEWAKILI DAERAH YAN KE PERINGKAT NEGERI TAHUN 2026

1. NADEEM ELYAS BIN HAMZAH (SMA SUNGAI PETANI)

2. NUR FASHA FAIHA BINTI MOHD FAIZAN (SMA SUNGAI PETANI)

3. MUHAMMAD IRFAN BIN MOHD NASIR (SK GUAR CHEMPEDAK)

4. NUR DAMIA QISTINA BINTI AHMAD SUBHE (SK BATU EMPAT)

SELAMAT MAJU JAYA



๐ŸŒน SELAMAT HARI GURU 2026 ๐ŸŒนโ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada...
15/05/2026

๐ŸŒน SELAMAT HARI GURU 2026 ๐ŸŒน

โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pendidik yang sentiasa komited mendidik, membimbing dan mencurahkan ilmu demi masa depan anak bangsa. โœจ

Jasa dan pengorbanan guru amat bernilai dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berjaya.

Ikhlas daripada
Barisan Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga
Pejabat Pendidikan Daerah Yan โค๏ธ



๐ŸŽ™๏ธ PERTANDINGAN DEBAT GENERASI MADANI BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH YAN TAHUN 2026Tahniah dan syabas...
13/05/2026

๐ŸŽ™๏ธ PERTANDINGAN DEBAT GENERASI MADANI BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH YAN TAHUN 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat dan keyakinan dalam pertandingan yang telah berlangsung pada:

๐Ÿ—“ 29 โ€“ 30 April 2026
๐Ÿ“ SMK Batu 5, Jalan Jenang, Gurun, Kedah

๐Ÿ… Syabas dan tahniah kepada para pemenang atas pencapaian yang cemerlang. Semoga kejayaan ini menjadi dorongan untuk terus meningkatkan potensi diri serta melahirkan generasi yang berani, berketerampilan dan berfikiran kritis.

๐Ÿ‘ Penghargaan turut diberikan kepada guru pembimbing, urus setia serta semua pihak yang telah menjayakan pertandingan ini dengan cemerlang.



DIALOG PRESTASI KEHADIRAN DAN SAHSIAH BERSAMA GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERA...
12/05/2026

DIALOG PRESTASI KEHADIRAN DAN SAHSIAH BERSAMA GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH YAN 2026

๐Ÿ—“ Tarikh: 12 Mei 2026 (Selasa)
โฐ Masa: 8.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Bilik Wawasan, SMK Yan, Kedah

Program anjuran Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Yan ini diadakan bagi membincangkan prestasi kehadiran dan sahsiah murid bersama Guru Penolong Kanan HEM sekolah menengah daerah Yan.

Diharapkan program ini dapat menjadi platform terbaik dalam memperkukuhkan usaha meningkatkan kehadiran dan pembentukan sahsiah murid di sekolah ๐ŸŒŸ



๐Ÿ“ข MAKLUMAN PROGRAM 5 MINIT KESEDARAN KESELAMATAN SEKOLAH ๐ŸšธProgram ini akan mula dilaksanakan semasa perhimpunan rasmi be...
09/05/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PROGRAM 5 MINIT KESEDARAN KESELAMATAN SEKOLAH ๐Ÿšธ

Program ini akan mula dilaksanakan semasa perhimpunan rasmi bermula 10 Mei 2026 bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang pentingnya keselamatan dalam kehidupan harian.

โฐ Tempoh hanya 5 minit, tetapi memberi manfaat besar kepada semua murid dan warga sekolah ๐Ÿ’™

โœจ โ€œSekolah Selamat, Murid Selamat, Pembelajaran Berkesanโ€



Address

SK GURUN PUSAT
Gurun
08300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sektor Pembangunan Murid PPD YAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share