PKD Yan - Unit Promosi Kesihatan

PKD Yan - Unit Promosi Kesihatan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PKD Yan - Unit Promosi Kesihatan, Government Organization, Guar Chempedak.

Unit Promosi Kesihatan (UPK) Yan merupakan unit di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Yan, yang berperanan merancang dan melaksanakan aktiviti pendidikan serta promosi kesihatan kepada komuniti setempat.

Hujan bukan sekadar air yang turun,tetapi jawapan langit kepada bumiyang meminta udara yang lebih bersih. 🌧️🍃Jaga kesiha...
14/08/2026

Hujan bukan sekadar air yang turun,
tetapi jawapan langit kepada bumi
yang meminta udara yang lebih bersih. 🌧️🍃

Jaga kesihatan, kurangkan pendedahan kepada jerebu dan sentiasa peka terhadap bacaan IPU semasa.




13/08/2026

🥾🌿 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗜𝗧𝗨 𝗦𝗔𝗬𝗔! 💪

Aktiviti warga Pejabat Kesihatan Daerah Yan dari
Kaki Gunung Jerai ➡️ Pondok 2 ➡️ kembali ke titik permulaan.

📍 Anggaran jarak: 8 KM
🔥 Langkah demi langkah, peluh demi peluh, demi tubuh yang lebih sihat!

Aktif Itu Tekad, Sihat Itu Nikmat.

Aktif itu gaya hidup. ❤️

💚 MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026 💚Jom sertai Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat ...
13/08/2026

💚 MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026 💚

Jom sertai Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri Kedah 2026 pada 13 hingga 19 Ogos 2026.

!🎉 Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sepanjang kempen ini seperti:

📲Kuiz interaktif
🏃🏻‍♂️Cabaran langkah BookDoc
💻Pertandingan poster digital AI
📑Hebahan infografik
📱Pameran poster digital
🎪Reruai Jom Ikrar Derma Organ

Bukan itu sahaja! Pelbagai hadiah menarik menanti peserta yang menyertai aktiviti yang dianjurkan. 🎁

Ayuh ambil peluang untuk belajar, sertai aktiviti dan pada masa yang sama sebarkan kesedaran tentang kepentingan pendermaan organ.

🌱 Satu ikrar mampu memberikan harapan baharu kepada mereka yang memerlukan.
📲 Jom daftar sebagai pengikrar derma organ menerusi aplikasi MySejahtera.

Derma Organ




💚𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔💚✨ Warisku, Hormati Ikrarku ✨Hari Pendermaan Organ Sedunia yang dis...
13/08/2026

💚𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔💚

✨ Warisku, Hormati Ikrarku ✨

Hari Pendermaan Organ Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun menjadi peringatan bahawa satu ikrar yang kita buat hari ini mampu memberikan harapan dan peluang untuk kehidupan baharu kepada mereka yang memerlukan.

Pendermaan organ bukan sekadar satu keputusan, tetapi merupakan tanda kasih, keprihatinan dan kemanusiaan.

Jom bersama-sama sebarkan kesedaran tentang kepentingan pendermaan organ dan hormati ikrar yang telah dibuat.

📲 JOM DAFTAR SEBAGAI PENGIKRAR DERMA ORGAN MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA

🌱 Satu Ikrar, Sejuta harapan.




12/08/2026

𝐢-𝐏𝐀𝐒𝐒: 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐘𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐀𝐖𝐀𝐌 👨🏻‍🏫👨🏻‍🚒👨🏻‍⚕️🤵🏻‍♂️👮🏻‍♂️

💡Tahukah anda?
Inisiatif Penjawat Awam Sihat Sejahtera (i-PASS) merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang memberi fokus kepada pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam.

i-PASS merupakan pendekatan menyeluruh bagi membantu memastikan penjawat awam mempunyai status kesihatan yang baik, produktif dan berdaya tahan, seterusnya mampu menyumbang dengan lebih berkesan kepada pembangunan negara. 🇲🇾

Seiring dengan usaha memperkukuh budaya hidup sihat di tempat kerja, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah juga akan melaksanakan inisiatif i-PASS bagi membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan warga kerja JKN Kedah.

Inisiatif ini juga akan dilaksanakan dibeberapa lagi agensi di bawah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di negeri Kedah.

💪 Penjawat awam sihat, organisasi hebat!
🌱 Bersama kita bina budaya kerja yang lebih sihat, aktif dan sejahtera.

SIHAT ITU SAYA, SIHAT ITU KITA, SIHAT ITU MALAYSIA





[𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐘𝐔𝐌 𝐉𝐊𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇]😊𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐄𝐍𝐘𝐔𝐌, 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇! Senyuman kita mungkin kelihatan kecil, tetapi bagi seorang ...
11/08/2026

[𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐘𝐔𝐌 𝐉𝐊𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇]
😊𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐄𝐍𝐘𝐔𝐌, 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇!

Senyuman kita mungkin kelihatan kecil, tetapi bagi seorang pesakit, ia boleh menjadi sumber ketenangan, keyakinan dan harapan.

Sebagai warga kesihatan, kita bukan sekadar memberikan rawatan, tetapi turut memberikan sentuhan kemanusiaan melalui senyuman, sapaan mesra, sikap profesional, empati, keprihatinan dan rasa hormat kepada setiap individu yang kita layani.

SENYUM ADALAH IDENTITI KITA.
😊 MESRA dalam melayani.
👩‍⚕️ PROFESIONAL dalam memberikan perkhidmatan.
💚 EMPATI memahami perasaan.
🤝 PRIHATIN terhadap keperluan.
🙏 HORMAT kepada setiap insan.

Ayuh, seluruh warga kesihatan JKN Kedah, jadikan senyuman sebagai budaya dalam perkhidmatan kita. Tidak kira di klinik, hospital, pejabat, kaunter, wad mahupun di lapangan.

Biarlah setiap pertemuan meninggalkan senyuman dan setiap perkhidmatan meninggalkan kenangan yang baik.

JOM SENYUM! 😊💚
Kerana satu senyuman daripada kita, mungkin menjadi sinar harapan buat mereka.



🔊𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐑𝐈𝐍𝐓𝐈𝐒 𝐅𝐋𝐄𝐗𝐈 𝐇𝐎𝐔𝐑𝐒𝐖𝐄𝐋𝐋𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐇𝐔𝐁 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 & 𝐖𝐄𝐋𝐋𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐇𝐔𝐁 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑Berita baik buat rakyat Kedah! Wellness Hub ...
11/08/2026

🔊𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐑𝐈𝐍𝐓𝐈𝐒 𝐅𝐋𝐄𝐗𝐈 𝐇𝐎𝐔𝐑𝐒
𝐖𝐄𝐋𝐋𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐇𝐔𝐁 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 & 𝐖𝐄𝐋𝐋𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐇𝐔𝐁 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑

Berita baik buat rakyat Kedah!

Wellness Hub Langkawi dan Wellness Hub Kota Setar kini melaksanakan Inisiatif Rintis Flexi Hours bermula hari ini iaitu 10 Ogos 2026 hingga 30 September 2026.

Inisiatif ini bertujuan memberikan lebih fleksibiliti kepada komuniti untuk mendapatkan akses kepada aktiviti dan perkhidmatan promosi kesihatan mengikut kesesuaian masa.

🟢 𝐖𝐄𝐋𝐋𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐇𝐔𝐁 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈
🗓️ Ahad – Khamis: 8.00 pagi – 10.00 malam
🗓️ Jumaat: 5.00 petang – 10.00 malam
🗓️ Sabtu: 8.00 pagi – 1.00 petang & 5.00 petang – 10.00 malam
🔴 Cuti Umum: Tutup

🟢 𝐖𝐄𝐋𝐋𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐇𝐔𝐁 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑
🗓️ Ahad – Khamis: 8.00 pagi – 9.00 malam
🗓️ Sabtu: 8.00 pagi – 1.00 petang
🔴 Jumaat & Cuti Umum: Tutup

✨ Masa lebih fleksibel, peluang hidup lebih sihat!

Jadikan kesihatan sebagai keutamaan dengan memanfaatkan kemudahan dan aktiviti di Wellness Hub.






Kita sendiri adalah barisan hadapan.Luangkan sedikit masa untuk memeriksa kawasan rumah dan tempat kerja.🔎 Cari.🗑️ Buang...
11/08/2026

Kita sendiri adalah barisan hadapan.

Luangkan sedikit masa untuk memeriksa kawasan rumah dan tempat kerja.

🔎 Cari.
🗑️ Buang.
🧹 Bersihkan.
💧 Musnahkan tempat pembiakan Aedes.

Kerana kemerdekaan bukan sekadar kibaran Jalur Gemilang.

Kemerdekaan juga bermaksud kita berani melindungi keluarga dan komuniti daripada ancaman yang boleh dielakkan.

Jangan beri Aedes ruang untuk menjajah.



💉 𝗩𝗔𝗞𝗦𝗜𝗡𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗘𝗠𝗔𝗦 & 𝗚𝗢𝗟𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞𝗢Berita baik! Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan va...
09/08/2026

💉 𝗩𝗔𝗞𝗦𝗜𝗡𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗘𝗠𝗔𝗦 & 𝗚𝗢𝗟𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞𝗢

Berita baik! Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan vaksin influenza secara percuma bagi:

👴 Warga emas berumur 60 tahun ke atas tanpa mengira status kesihatan.

👩‍🦳 Individu berumur 50–59 tahun yang mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik.

Vaksinasi ini penting bagi membantu melindungi golongan berisiko daripada komplikasi serius akibat influenza.

📱 Semak dan tempah janji temu melalui MySejahtera atau hadir secara walk-in ke Klinik Kesihatan terpilih, tertakluk kepada ketersediaan stok.

🛡️ Lindungi diri. Lindungi keluarga. Cegah komplikasi influenza.




🦠 𝗔𝗪𝗔𝗦! 𝗦𝗔𝗟𝗠𝗢𝗡𝗘𝗟𝗟𝗔, 𝗕𝗔𝗞𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗠𝗔𝗥 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 🍗🥚Salmonella ialah bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Ia b...
06/08/2026

🦠 𝗔𝗪𝗔𝗦! 𝗦𝗔𝗟𝗠𝗢𝗡𝗘𝗟𝗟𝗔, 𝗕𝗔𝗞𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗠𝗔𝗥 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 🍗🥚

Salmonella ialah bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Ia boleh ditemui pada ayam, telur, daging, susu mentah dan makanan yang tidak dikendalikan dengan betul.

Lindungi diri dan keluarga dengan:
✅ Masak makanan hingga suhu dalaman melebihi 75°C.
✅ Basuh tangan dengan sabun sebelum menyediakan dan menikmati makanan.
✅ Asingkan peralatan untuk makanan mentah dan makanan yang telah dimasak.
✅ Amalkan konsep “Lihat. Hidu. Rasa.” sebelum mengambil makanan.

⚠️ Keracunan makanan boleh dicegah. Utamakan kebersihan dan amalkan pengendalian makanan yang selamat setiap hari.

Kredit: FB BKKM JKN Kedah




Address

Guar Chempedak

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKD Yan - Unit Promosi Kesihatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PKD Yan - Unit Promosi Kesihatan:

Shortcuts

Share