Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Gua Musang

Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Gua Musang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Gua Musang, Government Organization, Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Gua Musang, Gua Musang.

Kod Etika Pekerja JKM adalah piawaian yang diamalkan oleh pekerja yang kompeten, berdisiplin tinggi, bertanggungjawab dan komited terhadap tugas untuk menjamin perkhidmatan kebajikan dan pembangunan masyarakat yang berkesan dan berkualiti

BERITA BAIK UNTUK PEMEGANG KAD OKU KATEGORI FIZIKAL!!!PENCARIAN BAKAT-BAKAT ATLET SUKAN BAGI PROGRAM INSPIRE iTALENT PER...
25/05/2026

BERITA BAIK UNTUK PEMEGANG KAD OKU KATEGORI FIZIKAL!!!

PENCARIAN BAKAT-BAKAT ATLET SUKAN BAGI PROGRAM INSPIRE iTALENT PERINGKAT DAERAH GUA MUSANG TAHUN 2026 !!!

TERBUKA KEPADA:
1) PEMEGANG KAD OKU FIZIKAL
2) WARGANEGARA MALAYSIA
3) BERUMUR 15 - 35 TAHUN
4) OKU FIZIKAL YANG MENETAP DI DAERAH GUA MUSANG SAHAJA.

DAFTAR SEKARANG DI KAUNTER PEJABAT Jkm Gua Musang ATAU HUBUNGI TALIAN 09-9122341 ATAU WASAP DI TALIAN 013-9315381 (WASAP SAHAJA).







Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM

Kami dari Jkm Gua Musang mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja2 di Malaysia.
30/04/2026

Kami dari Jkm Gua Musang mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja2 di Malaysia.

16/04/2026

Walaupun keganasan rumah tangga sering dikaitkan dengan wanita, tetapi sesiapa sahaja yang berada dalam lingkungan rumah tangga boleh menjadi mangsa, tanpa mengira jantina, bangsa atau kewarganegaraan.

Mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga, mangsa keganasan rumah tangga merangkumi isteri atau suami, bekas isteri atau suami, kanak-kanak, orang dewasa tidak berkeupayaan, dan mana-mana anggota keluarga lain.

Rumah seharusnya menjadi tempat yang selamat untuk setiap ahli keluarga. Jika anda atau orang terdekat menjadi mangsa, segera dapatkan bantuan dan sokongan.

Setiap mangsa keganasan rumah tangga berhak dilindungi!






PROGRAM KHIDMAT BANTU KOMUNITI (PART 2)12 APRIL 2026 (AHAD)Penglibatan: - Kakitangan Jkm Gua Musang, anggota APM Gua mus...
13/04/2026

PROGRAM KHIDMAT BANTU KOMUNITI (PART 2)

12 APRIL 2026 (AHAD)

Penglibatan: - Kakitangan Jkm Gua Musang, anggota APM Gua musang, Sukarelawan JKM dan JPKKP RPT Sg Terah.

Aktiviti:
1) Gotong-Royong membersihkan dalam rumah klien warga emas pesakit strok.
2) Menyiapkan klien warga emas untuk di bawa ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan.
3) Membawa klien warga emas ke Hospital Gua Musang untuk pemeriksaan kesihatan.
4) Membawa klien warga emas ke bank untuk urusan akaun bank.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada APM Gua musang, Sukarelawan JKM (Encik Rohaizad, Encik Ismail dan Puan Norma) di atas sumbangan kudrat tenaga membersihkan kediaman klien warga emas ini dan membawa beliau menggunakan khidmat ambulans APM. Jutaan terima kasih juga kepada pihak Agro Bank dan Hospital Gua Musang yang mempermudahkan urusan warga emas ini. Tidak lupa juga, terima kasih kepada kejiranan warga emas ini yang membantu menghulurkan bantuan makanan dan minuman sepanjang beliau berada di sini. Pihak Jkm Gua Musang amat mengalu-alukan insan-insan berhati mulia yang sudi menyertai Sukarelawan JKM dan turut serta membantu masyarakat. BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING. Pepatah ini tidak akan pernah luput selagi kita bekerjsama, bersatu hati, berpadu tenaga.







Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan Jabatan Kebajikan MasyarakatKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM

10/04/2026
KHIDMAT BANTU KOMUNITI (Part 1)9 April 2026 - Siapa sangka, di kediaman yg kelihatan tenang di luar dengan redupnya pepo...
09/04/2026

KHIDMAT BANTU KOMUNITI (Part 1)

9 April 2026 - Siapa sangka, di kediaman yg kelihatan tenang di luar dengan redupnya pepohonan rimbun, diamlah seorang warga emas yang menghidap penyakit stroke sejak 4 tahun lalu. Jika sebelum ini beliau masih mampu bergerak sedikit pada peringkat awal diserang stroke, kini keadaannya berbeza. Terlalu panjang kisah hidupnya yg tidak dapat kami kongsikan di sini. Siapa lagi yang akan bantu pakcik ini kalau bukan kita. Terima kasih kepada insan yang membantu pakcik sebelum datangnya kami. InsyaAllah, bantuan untuk pakcik tidak hanya akan terhenti sekadar di muka buku ini.


Jkm Gua Musang Jabatan Kebajikan Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM Hajah Nancy Haji Shukri

BINGKISAN KASIH, SANJUNGAN BUDI(1.4.2024 - 2.4.2026)Tempoh 2 tahun bukanlah sekejap dan tidak juga lama. Namun, setiap d...
04/04/2026

BINGKISAN KASIH, SANJUNGAN BUDI
(1.4.2024 - 2.4.2026)

Tempoh 2 tahun bukanlah sekejap dan tidak juga lama. Namun, setiap detik pasti tercipta kenangan. Salam perpisahan buat Puan Tuan Nur Ubaieyah yang akan bertugas di Pejabat Kebajikan Masyarakat Kemaman. Namun, perpisahan ini hanyalah sementara kerana ikatan ukhuwah ini akan tetap terjalin selagi mana kita berada di bawah ibu ayah yang sama di Jabatan Kebajikan Masyarakat , kita masih adik-beradik yang tidak akan terputus ikatannya. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Selamat Maju Jaya Puan Baie walau di mana jua berada.
Jkm Gua Musang Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM Hajah Nancy Haji Shukri Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak

Address

Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Gua Musang
Gua Musang
18300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+60 9-912 2341

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Gua Musang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share