13/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
GUA MUSANG โ Bahagian Ekonomi dan Pelaburan KESEDAR dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) telah menganjurkan Bengkel Penerangan Pensijilan Kotej Halal Kepada Usahawan KESEDAR pada 10 Jun 2026 bertempat di Hotel Denai, Gua Musang.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi bin Wan Salleh. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan pensijilan halal sebagai nilai tambah yang mampu meningkatkan keyakinan pengguna serta membuka peluang pasaran yang lebih luas kepada usahawan. Turut hadir ialah Pengurus Bahagian Ekonomi dan Pelaburan, Encik Mohd Ramadhan bin Sulaiman.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil daripada JAHEAIK, Puan Nur Raihan binti Kamarozaman, Pegawai Teknologi Makanan dan Ustaz Mohammad Shafiq bin Baderol Shaferi, Penolong Pegawai Agama Jajahan Gua Musang mewakili Pejabat Agama Jajahan Gua Musang.
Bengkel ini menampilkan dua sesi perkongsian ilmu yang memberi manfaat kepada para usahawan iaitu "๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฏ๐๐๐๐" yang disampaikan oleh Puan Raimi Iziana binti Abdullah, Penolong Pegawai Teknologi Makanan dan "๐ท๐๐๐๐๐
๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐ ๐ฏ๐๐๐๐" yang disampaikan oleh Puan Nur Raihan binti Kamarozaman, Pegawai Teknologi Makanan.
Melalui program ini, para peserta telah diberi pendedahan mengenai kepentingan pematuhan halal, prosedur permohonan pensijilan serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan produk keluaran mereka memenuhi standard yang ditetapkan.
Diharapkan penganjuran bengkel ini dapat membantu usahawan KESEDAR dalam meningkatkan daya saing produk, memperkukuhkan keyakinan pengguna serta melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya maju dan berpotensi menembusi pasaran yang lebih luas.