Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing

Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing Walaubagaimanapun, semua pembangunan itu adalah dibuat di atas tanah.

Pejabat Tanah merupakan salah satu badan kerajaan yang berfungsi sebagai tempat untuk menguruskan semua urusan berkaitan dengan tanah sama ada bagi tanah-tanah persendirian, tanah yang dipunyai oleh Pihak Berkuasa atau tanah-tanah kepunyaan kerajaan. Bagi tanah kepunyaan kerajaan, urusan Pejabat Tanah ialah merancang pembangunan tanah, memberi pertimbangan kepada mereka yang memohon sama ada untuk

bercucuk tanam, untuk pembangunan atau untuk kerja-kerja perlombongan. Bagi tanah yang telah diberimilik, urusan Pejabat Tanah ialah untuk merekod segala urusan jual beli, pajakan, gadaian, pusaka dan memastikan setiap tuan tanah membayar hasil tanah. Selain itu, tugas Pejabat Tanah juga adalah untuk memastikan setiap tanah yang diberimilik itu digunakan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan mengikut syarat-syarat hak milik. Di peringkat daerah dan jajahan ada beberapa jabatan yang menjalankan tugas pembangunan masing-masing seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran dan sebagainya. Untuk memastikan sesuatu projek berjalan dengan lancar selaras dengan perancangan satu-satu kawasan, maka Ketua Jajahan berperanan menjadi Pegawai Penyelaras terhadap sesuatu pembangunan tersebut. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan memerlukan sebidang tanah untuk membangunkan sebuah sekolah. Maka, kementerian berkenaan hendaklah membuat permohonan kepada Ketua Jajahan untuk proses pengambilan tanah-tanah yang diperlukan. Sekiranya tanah tersebut adalah merupakan tanah milik dan jika tanah tersebut terkena kepada tanah kerajaan atau tanah negeri, maka permohonan yang sama hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jajahan. Seterusnya Ketua Jajahan akan memproses permohonan berkenaan dan setelah ia selesai, pemohon akan mendapat hakmilik terhadap tanah berekenaan.

π——π—”π—¨π—Ÿπ—”π—§ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨*******************π™ˆπ™šπ™§π™–π™›π™–π™  π™Žπ™šπ™’π™—π™–π™ 𝙙𝙖𝙣 π™Žπ™šπ™©π™žπ™£π™œπ™œπ™ž-π™π™žπ™£π™œπ™œπ™ž π™π™˜π™–π™₯𝙖𝙣 π™π™–π™π™£π™žπ™–π™π™†π™€π˜½π˜Όπ™’π˜Όπ™ƒ π˜Ώπ™π™‡π™„ π™”π˜Όπ™‰π™‚ π™ˆπ˜Όπ™ƒπ˜Ό π™ˆπ™π™‡π™„π˜Ό π™Žπ™€π™π™„ π™‹π˜Όπ˜Ώπ™π™†...
01/06/2026

π——π—”π—¨π—Ÿπ—”π—§ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨

*******************

π™ˆπ™šπ™§π™–π™›π™–π™  π™Žπ™šπ™’π™—π™–π™ 𝙙𝙖𝙣 π™Žπ™šπ™©π™žπ™£π™œπ™œπ™ž-π™π™žπ™£π™œπ™œπ™ž π™π™˜π™–π™₯𝙖𝙣 π™π™–π™π™£π™žπ™–π™

π™†π™€π˜½π˜Όπ™’π˜Όπ™ƒ π˜Ώπ™π™‡π™„ π™”π˜Όπ™‰π™‚ π™ˆπ˜Όπ™ƒπ˜Ό π™ˆπ™π™‡π™„π˜Ό π™Žπ™€π™π™„ π™‹π˜Όπ˜Ώπ™π™†π˜Ό π˜½π˜Όπ™‚π™„π™‰π˜Ώπ˜Ό π™”π˜Όπ™‰π™‚ π˜Ώπ™„-π™‹π™€π™π™π™π˜Όπ™‰ π˜Όπ™‚π™Šπ™‰π™‚ π™Žπ™π™‡π™π˜Όπ™‰ π™„π˜½π™π˜Όπ™ƒπ™„π™ˆ

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijah 1447H.

Sembah takzim daripada:
Ketua Jajahan dan seluruh warga Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing

Kerajaan Negeri Kelantan
Following

*Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026*Semoga Raya Korban ini membawa pengertian pengorbanan amat bermakna untuk kita s...
27/05/2026

*Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026*

Semoga Raya Korban ini membawa pengertian pengorbanan amat bermakna untuk kita semua serta dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaan oleh Allah SWT.

Ingatan Tulus Ikhlas.
Ketua Jajahan Kecil Lojing

Salam Hari Arafah 9 Zulhijjah 1447H.Sempena Hari Arafah yang penuh kemuliaan ini, marilah kita bersama-sama memperbanyak...
26/05/2026

Salam Hari Arafah 9 Zulhijjah 1447H.

Sempena Hari Arafah yang penuh kemuliaan ini, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amal ibadah, doa, zikir serta memohon keampunan dan rahmat daripada Allah SWT.

Doa Pada Hari Arafah

Amalan terbaik pada hari wukuf di Arafah adalah berdoa kepada Allah SWT. Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

β€œSebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

β€œΩ„Ψ§ΩŽ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩ‡ΩŽ Ψ₯ΩΩ„Ψ§Ω‘ΩŽ Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω ΩˆΩŽΨ­Ω’Ψ―ΩŽΩ‡Ω Ω„Ψ§ΩŽ Ψ΄ΩŽΨ±ΩΩŠΩƒΩŽ Ω„ΩŽΩ‡Ω Ω„ΩŽΩ‡Ω الْمُلْكُ ΩˆΩŽΩ„ΩŽΩ‡Ω Ψ§Ω„Ω’Ψ­ΩŽΩ…Ω’Ψ―Ω ΩˆΩŽΩ‡ΩΩˆΩŽ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ كُلِّ Ψ΄ΩŽΩ‰Ω’Ψ‘Ω Ω‚ΩŽΨ―ΩΩŠΨ±β€.


(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu)." (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

β€œSebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (Hadis diriwayatkan oleh Malik)

Wukuf pada hari Arafah dan doa mustajab ini adalah khusus kepada jemaah haji yang berada di sana di mana amalan ini bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari waktu maghrib.

Walaupun wukuf dan doa mustajab adalah khususiyyat (perkara yang dikhususkan) untuk jemaah haji yang berada di Arafah.

Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, mereka boleh mengambil peluang dan kelebihan hari wukuf di Arafah ini untuk berdoa di tempat masing-masing sepanjang tempoh tersebut, berdasarkan zon waktu di tempat masing-masing, tanpa menghadkan tempoh berdoa kepada jam atau masa yang tertentu, bahkan digalakkan berdoa sepanjang tempoh berwukuf itu. Ini kerana tiada dalil khusus yang menghadkannya.

Selain itu, umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah sepertimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadith:

β€œSesungguhnya Nabi SAW bersabda, berpuasa pada hari Arafah dihitung oleh Allah dengan meluputkan dosa setahun yang telah lalu dan dosa pada tahun akan datang.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Sumber: JAKIM

Dimaklumkan bahawa operasi pejabat akan ditutup pada tarikh-tarikh hari kelepasan am seperti berikut:πŸ“… 26 Mei 2026 (Sela...
23/05/2026

Dimaklumkan bahawa operasi pejabat akan ditutup pada tarikh-tarikh hari kelepasan am seperti berikut:

πŸ“… 26 Mei 2026 (Selasa) - Hari Wukuf

πŸ“… 27 Mei 2026 (Rabu) - Hari Raya Qurban

πŸ“… 28 Mei 2026 (Khamis) - Hari Raya Qurban (Hari Kedua)

πŸ“… 31 Mei 2026 (Ahad) - Hari Wesak

πŸ“… 1 Jun 2026 (Isnin) - Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Sekian, terima kasih.

kredit: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

πŸ“NOTIS PEMBERITAHUANMAKLUMAN PEMBUKAAN JALAN LENCONGAN SEMENTARA LALUAN FT185 SEKSYEN 107.60 JALAN LOJING - GUA MUSANGDi...
21/05/2026

πŸ“NOTIS PEMBERITAHUAN

MAKLUMAN PEMBUKAAN JALAN LENCONGAN SEMENTARA LALUAN FT185 SEKSYEN 107.60 JALAN LOJING - GUA MUSANG

Dimaklumkan bahawa laluan FT185 Seksyen 107.60 akan DIBUKA SEPENUHNYA KEPADA SEMUA KENDERAAN.

πŸ“† Bermula 21 Mei 2026 Jam 05.00 Petang

PERINGATAN ❗
KERJA - KERJA PEMBAIKAN CERUN SEDANG GIAT DIJALANKAN.

πŸš— Para Pengguna Dinasihatkan Patuhi Papan Tanda Yang Telah Disediakan dan Berhati - Hati di Jalan Raya

kredit : JKR Gua Musang

πŸ“… 18 Mei 2026 (Isnin)MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN TANAH TINGGI LOJING KALI KE-1/2026Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pe...
18/05/2026

πŸ“… 18 Mei 2026 (Isnin)

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN TANAH TINGGI LOJING KALI KE-1/2026

Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tanah Tinggi Lojing Kali Ke-1/2026 telah diadakan dan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan dan perancangan kawasan Tanah Tinggi Lojing.

Mesyuarat ini memberi fokus kepada pelaksanaan projek-projek pembangunan semasa, perancangan pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan, serta status kemajuan projek di kawasan berkenaan bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan secara terancang, tersusun dan mampan.

Turut dibentangkan laporan berkaitan aspek penguatkuasaan termasuk kawalan pembangunan, pematuhan syarat serta tindakan pemantauan oleh agensi-agensi berkaitan. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan hala tuju pembangunan masa hadapan ke arah memperkukuhkan pembangunan ekonomi, memelihara kelestarian alam sekitar serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat di kawasan Tanah Tinggi Lojing.

Semoga segala perancangan dan tindakan yang dilaksanakan akan terus memberi manfaat kepada pembangunan serta kemajuan Tanah Tinggi Lojing secara menyeluruh.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas komitmen, sokongan serta perhatian berterusan dalam memastikan pembangunan kawasan Tanah Tinggi Lojing dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan berdaya maju.

Mesyuarat turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri serta pegawai-pegawai kanan jabatan dan agensi berkaitan, antaranya YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan; YB Dato’ Rosnazli bin Haji Amin, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan; YBhg. Dato’ Haji Ab Pattah bin Hasbullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan); YBhg. Dato’ Haji Azi Rahimee bin Haji Mohamed, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan); YABrs. Dato’ Haji Nik Raisnan bin Haji Daud, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan; YB Zamakhshari bin Muhamad, Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat; YB Datuk Kamarudin bin Md Nor, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan; serta YB Hilmi bin Abdullah, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.

πˆπŠπ‹π€π 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 π—šπ—₯π—˜π—— π—š2 Kategori KEJURUTERAAN AWAM (CE) DAN BANGUNAN (B) Pengkhususan CE21(PEMBINAAN KEJ...
14/05/2026

πˆπŠπ‹π€π 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀

π—šπ—₯π—˜π—— π—š2 Kategori KEJURUTERAAN AWAM (CE) DAN BANGUNAN (B) Pengkhususan CE21
(PEMBINAAN KEJURUTERAAN AWAM), CE33 (TELAGA TIUB) dan B04 (KERJA-KERJA PEMBINAAN BANGUNAN).

Following

14.5.2026 (Khamis) MESYUARAT KHAS TINDAKAN PEMBANGUNAN JAJAHAN KECIL LOJINGSatu Mesyuarat Khas Tindakan Pembangunan Jaja...
14/05/2026

14.5.2026 (Khamis)

MESYUARAT KHAS TINDAKAN PEMBANGUNAN JAJAHAN KECIL LOJING

Satu Mesyuarat Khas Tindakan Pembangunan Jajahan Kecil Lojing telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan, pemantauan serta penyelarasan projek-projek pembangunan di kawasan Jajahan Kecil Lojing. Mesyuarat tersebut turut memberi penekanan terhadap isu-isu berkaitan pembangunan infrastruktur, penyediaan kemudahan awam, kesejahteraan masyarakat serta tindakan susulan yang melibatkan pelbagai agensi berkaitan.

Antara agensi yang terlibat ialah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, Jabatan Kerja Raya Jajahan Gua Musang, Majlis Daerah Gua Musang, Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Masjid Jamek Long Tan serta wakil syarikat berkaitan.

Selain itu, perbincangan turut tertumpu kepada usaha memperkukuhkan kerjasama strategik antara jabatan dan agensi terlibat bagi memastikan setiap projek pembangunan dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Pendekatan yang lebih tersusun dan bersepadu amat penting dalam memastikan pembangunan di kawasan Lojing dapat dilaksanakan secara terancang, sistematik, berkesan serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Kerajaan Negeri Kelantan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Ipd Gua Musang
Jakoa Negeri Kelantan & Terengganu
Majlis Daerah Gua Musang
JKRKelantan
Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
Masjid Jamek Long Tan, Lojing
Following

Suara anda, keutamaan kami!Tahukah anda bahawa Sistem Saluran Aduan Awam Di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Kelan...
11/05/2026

Suara anda, keutamaan kami!
Tahukah anda bahawa Sistem Saluran Aduan Awam Di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan disediakan sebagai saluran rasmi untuk orang ramai menyalurkan aduan, cadangan, komen, teguran serta pertanyaan berkaitan perkhidmatan Kerajaan Negeri Kelantan?
Gunakan saluran berikut untuk menyampaikan maklum balas anda dengan lebih mudah dan pantas:
πŸ”Ή e-Aduan
πŸ”Ή SISPAA
πŸ”Ή Aplikasi Respons Rakyat
Setiap pandangan anda amat penting dalam usaha memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Hantar aduan anda sekarang dan bersama-sama kita membina perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan responsif.

SELAMAT HARI BOMBA 2026Selamat Menyambut Hari Bomba Sedunia 2026 kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malay...
04/05/2026

SELAMAT HARI BOMBA 2026

Selamat Menyambut Hari Bomba Sedunia 2026 kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), khususnya anggota bomba di Gua Musang dan Kelantan.

Sesungguhnya pengorbanan, keberanian dan kecekalan para anggota bomba dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan amat dihargai dan disanjung tinggi.

Terima kasih atas jasa, bakti dan pengorbanan yang dicurahkan.

Semoga seluruh anggota bomba sentiasa diberikan kekuatan, keselamatan dan dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan tugas.

Selamat Hari Bomba Sedunia 2026.

Following
Kerajaan Negeri Kelantan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Address

PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN KECIL LOJING
Gua Musang
18350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6099221963

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing:

Share