09/04/2026
β¨ Hari Terbuka Prihatin Komuniti & Program Attachment Penjawat Baharu KESEDAR 2026 β¨
π
Tarikh: 8 β 9 April 2026 (Rabu & Khamis)
π Tempat: Kampung Kuala Sungai, Gua Musang
Program ini menghimpunkan komuniti setempat bersama penjawat baharu dalam suasana penuh kemesraan, kerjasama dan semangat kekitaan.
Inisiatif ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada penjawat baharu mengenai peranan dan tanggungjawab mereka di lapangan, di samping memahami keperluan serta kehidupan masyarakat setempat. Melalui pendekatan turun padang, program ini menjadi platform terbaik untuk membina hubungan yang lebih dekat antara agensi dan komuniti, selaras dengan aspirasi pembangunan wilayah yang inklusif dan mampan.
Sepanjang dua hari program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya Sukan Rakyat, Gotong-royong Komuniti, Pertandingan Memasak bersama Suri dan aktiviti keagamaan.
Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara penjawat baharu dan masyarakat, malah memupuk nilai kerjasama, kepimpinan serta semangat sukarelawan dalam kalangan peserta.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Anjuran: Pejabat Wilayah Gua Musang KESEDAR dan Pejabat Operasi Limau Kasturi