Pejabat RISDA Jajahan Gua Musang

Pejabat RISDA Jajahan Gua Musang PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (RISDA)

22/05/2026
21/05/2026

𝑺𝑰𝑴𝑼𝑳𝑨𝑺𝑰 𝑷𝑬𝑡𝑫𝑨𝑷𝑨𝑻𝑨𝑡 𝑴𝑬𝑡𝑢𝑹𝑬𝑯

Perkiraan di bawah ini admin dapat dari seorang sahabat yang jauh di sebelah utara sana. Sahabat admin ni orang Perlis.

Pokok sahabat ni berjumlah 228 batang. Dia toreh 3 kali, dapatlah lebih kurang 77Kg yang berjaya dijual dengan harga RM4.52/Kg.

Maka hasil 3 kali torehannya, beliau peroleh pendapatan sekitar RM384.04 bagi 228 batang pokok getah matang miliknya. Resit jualan dia pon ada disertakan sekali.

Alhamdulillah, dengan harga sekarang yang semakin "Bermaruah", admin rasa pendapatan ini agak membantu beliau yang merupakan seorang pekebun kecil getah.

Jika disimulasikan kepada pendapatan sebulan, mengambil kira sahabat ini menoreh sebanyak 13 kali (Tolak hari hujan, giliran hari menoreh), boleh dapat sekitar RM1,508.13 bagi 228 batang pokok getah.

Pada sesetengah orang jumlah ini mungkin kecil, tetapi bagi sesetengah yang lain, inilah penerus kehidupan.

Admin petik kembali sedikit kata-kata sahabat ini;

"Ayuh anak muda yang mana mempunyai kebun jangan biar kosong dan pergilah usaha. Cara saya yang masih bekerja serta masih belajar ni boleh lagi usahakan kebun. Yang penting hidup kena rajin, tu ja nak habaq."

Usaha Tangga Kejayaan.

21/05/2026
21/05/2026

πŠπ„π€πƒπ€π€π π’π„πŒπ€π’π€ ππ”πŠπ€ 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐀𝐓 πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ ππ„πŠπ„ππ”π πŠπ„π‚πˆπ‹

Dunia sedang berubah. Landskap ekonomi global hari ini semakin dinamik dan mencabar. Ketidaktentuan geopolitik, gangguan rantaian bekalan serta perubahan pasaran dunia bukan lagi sekadar cabaran β€” tetapi turut membuka peluang baharu kepada industri getah negara.

Memetik kata-kata YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA di Mesyuarat Jawatankuasa Estet Kali Ke-33 pada 18 Mei 2026, RISDA melihat perubahan ini sebagai ruang untuk bergerak lebih pantas dan lebih strategik.

Ketika kos penghasilan getah sintetik semakin meningkat di peringkat global, permintaan terhadap getah asli kembali mendapat perhatian. Inilah masanya untuk sektor pekebun kecil diperkasa dan diposisikan sebagai pemain penting dalam rantaian ekonomi negara.

Justeru, RISDA hari ini sedang mempergiat pelbagai usaha transformasi melalui pemodenan sektor getah, pengukuhan ekosistem pemasaran, pendigitalan perkhidmatan, pembangunan usahawan serta penerokaan peluang ekonomi baharu demi memastikan manfaatnya terus sampai kepada komuniti pekebun kecil.

Cabaran mungkin berubah. Tetapi komitmen RISDA kekal sama β€” memperjuangkan masa depan pekebun kecil agar terus relevan, berdaya saing dan makmur.

12/05/2026
11/05/2026
01/02/2026

Address

Bandar Baru
Gua Musang
18300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

099122124

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat RISDA Jajahan Gua Musang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat RISDA Jajahan Gua Musang:

Share