Perpustakaan Desa Kampung Paloh 2

Perpustakaan Desa Kampung Paloh 2 Menyediakan Prasarana Sumber Maklumat dan Ilmu Untuk Semua Lapisan Masyarakat

Program kolaborasi & penyertaan agensi  sempena Program “Healing Fest Kesedar : Santuni Jiwa,Gerak Bersama  Pejabat Oper...
13/05/2026

Program kolaborasi & penyertaan agensi sempena Program “Healing Fest Kesedar : Santuni Jiwa,Gerak Bersama Pejabat Operasi Paloh 2 2026”

Tarikh : 16 Mei 2026 | Sabtu
Masa : 8.00 am - 05.00 pm
Tempat : Astaka RKT Paloh 2,Gua Musang

Aktiviti PD yang diadakan seperti :
1.Silang Kata Sempena Hari Ibu
2.Roda Impian
3.Dam Ular
4.Teka Judul Buku
5.Bijak Matematik
6.Semarak Jawi
7.Kuiz Perpaduan
8.Geoboard Mini
9.Celik Ilmu Bersama PD
10.Mencari Benda Tersembunyi

🎁Hadiah Menarik Menanti Anda🎁

Jom Daftar u-pustaka secara percuma di booth kami📱

🌹Ayuh bersama-sama memeriahkan program sambil menimba ilmu & beriadah bersama komuniti🌹









Tarikh : 13 Mei 2026 | Sabtu

Pertandingan ruang bacaan keluarga peringkat negeri Kelantan 2026Terbuka kepada semua yang ingin mencipta suasana membac...
12/05/2026

Pertandingan ruang bacaan keluarga peringkat negeri Kelantan 2026

Terbuka kepada semua yang ingin mencipta suasana membaca yang inspiratif di rumah

Kategori penyertaan:
- Rumah bertanah
- Rumah bertingkat
- Rumah kampung

Tarikh tutup: 19 Mei 2026

Pautan borang pendaftaran: https://go.kelantan.gov.my/ruangbacaan2026

Pautan kategori dan syarat pertandingan
https://go.kelantan.gov.my/kategoridansyarat

Sumber : PPAK









Tarikh : 12 Mei 2026 | Selasa

Sebuah kisah penuh misteri di sebalik sebuah rumah lama… ✨Karya ini mengangkat pengalaman sebuah keluarga yang berdepan ...
11/05/2026

Sebuah kisah penuh misteri di sebalik sebuah rumah lama… ✨

Karya ini mengangkat pengalaman sebuah keluarga yang berdepan kejadian aneh dan perubahan emosi, sekali gus menyentuh tema kesunyian, kepercayaan dan kekuatan diri.

Ayuh ikuti perkongsian daripada penulisnya! 🎤
Sesi Dialog Dari Pena Penulis Siri 2:
🗓 11 Mei 2026 (Isnin)
⏰ 2.30 petang
📍 Ruang Imersif, Aras 1, Anjung Bestari, PNM
📺 Siaran langsung di YouTube PNM TV Channel



Sumber :PNM









Tarikh : 11 Mei 2026 | Isnin

📱AKTIVITI MAYA📱(11 Mei 2026)🌹Kuiz Hari Guru🌹Terima Kasih Cikgu atas segala ilmu,tunjuk ajar dan pengorbanan yang dicurah...
11/05/2026

📱AKTIVITI MAYA📱(11 Mei 2026)

🌹Kuiz Hari Guru🌹

Terima Kasih Cikgu atas segala ilmu,tunjuk ajar dan pengorbanan yang dicurahkan tanpa jemu.Jasa cikgu amat bermakna dalam membentuk masa depan kami.❤️📚







Ramai yang bertanya, jadi PHM sediakan jawapan berkenaan perbezaan Leptospirosis & Hantavirus.Dua-dua memang boleh berka...
09/05/2026

Ramai yang bertanya, jadi PHM sediakan jawapan berkenaan perbezaan Leptospirosis & Hantavirus.

Dua-dua memang boleh berkait dengan tikus, tetapi cara jangkitan dia sangat berbeza.

Leptospirosis biasanya dikaitkan dengan air atau tanah yang tercemar dengan kencing haiwan. Sebab itu risiko lebih tinggi bila terdedah kepada air banjir, longkang, lumpur, atau kawasan kotor, terutama kalau ada luka kecil pada kulit.

Hantavirus p**a lebih dikaitkan dengan habuk atau udara tercemar daripada najis, kencing atau air liur tikus yang sudah kering. Sebab itu najis tikus tak boleh terus disapu atau divakum, kerana partikel halus boleh berterbangan dan masuk ke saluran pernafasan.

Senang cerita, kalau leptospirosis, kita lebih risau tentang air tercemar. Kalau hantavirus, kita lebih risau tentang habuk tercemar. Nampak macam sama, tapi bahayanya datang melalui jalan yang berbeza.

Kalau ikut Malaysia, leptospirosis jauh lebih common.

Ia memang penyakit yang kita lebih biasa jumpa, terutama selepas banjir, aktiviti air terjun, sungai, longkang, lumpur, kawasan kebun atau tempat yang ada air/tanah tercemar. Leptospirosis juga memang penyakit yang dipantau dan dilaporkan di Malaysia.

Hantavirus p**a jauh lebih jarang di Malaysia.
KKM memaklumkan risiko jangkitan hantavirus di Malaysia ketika ini rendah, walaupun orang ramai tetap dinasihatkan berhati-hati dengan tikus, najis dan air kencingnya.

Rawatan pun berbeza.

Leptospirosis disebabkan bakteria, jadi ia boleh dirawat dengan antibiotik. CDC menyatakan antibiotik seperti doxycycline atau penicillin digunakan, dan rawatan awal boleh membantu mengurangkan risiko penyakit menjadi teruk. Kes yang serius mungkin perlukan antibiotik melalui IV di hospital.

Hantavirus p**a disebabkan virus. Antibiotik tidak membunuh virus ini. Rawatan utama ialah sokongan badan sementara badan melawan jangkitan, terutama menjaga pernafasan, tekanan darah, cecair badan, buah pinggang dan komplikasi lain.

Jadi kalau jumpa tanda-tanda kehadiran tikus di rumah atau tempat kerja, jangan ambil mudah. Jaga kebersihan, kawal tikus, elak sentuhan dengan air tercemar, dan bersihkan najis tikus dengan cara yang betul. Ilmu kecil macam ini kadang-kadang boleh melindungi nyawa.



Sumber : Public Health Malaysia









Tarikh : 9 Mei 2026 | Sabtu

09/05/2026

MASUK PERCUMA! JOM KUNJUNGI MEMORIAL TUN HUSSEIN ONN

Kepada semua pelawat di luar sana... Jika anda mencari destinasi yang sarat dengan nilai sejarah dan inspirasi, tempat ini sememangnya wajib dikunjungi 👇

📍 Memorial Tun Hussein Onn 🏛️✨
💡 Masuk 100% Percuma
💡 Sesuai untuk keluarga, pelajar dan semua peringkat umur
💡 Persekitaran yang tenang, selesa dan kaya dengan ilmu.

Siapakah Tun Hussein Onn? Beliau ialah Perdana Menteri Malaysia ke-3, yang telah dilantik secara rasmi pada 14 Januari 1976 hingga 15 Mei 1981 dan dikenali sebagai “Bapa Perpaduan”. Beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat menitikberatkan keamanan, keharmonian kaum dan kestabilan negara.

Di sinilah tersimpan kisah perjuangan, jasa dan pengorbanan beliau demi Malaysia yang kita nikmati hari ini. Ketegasan Tun Hussein Onn dapat dilihat melalui keratan akhbar The Star bertarikh 27 November 1978, yang jelas membuktikan bahawa memupuk semangat perpaduan antara kaum merupakan tanggungjawab semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

Tun Hussein Onn mengingatkan semua untuk menggalas tanggungjawab bagi memastikan ekstremis kaum tidak memecahbelahkan kerjasama dan semangat perpaduan yang telah terbina.

Bagi menghargai jasa dan tanda penghargaan negara kepada Allahyarham, maka tertubuhnya Memorial Tun Hussein Onn di Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur. Di memorial ini, kita bukan sekadar meninjau sejarah, tetapi dapat merasai sendiri perjalanan hidup seorang pemimpin negara. Jumpa anda di sana!





Ada anak yang keluar pagar sekolah dengan beg masih di bahu.Dalam kepala dia mungkin cuma fikir nak balik rumah. Nak mak...
06/05/2026

Ada anak yang keluar pagar sekolah dengan beg masih di bahu.

Dalam kepala dia mungkin cuma fikir nak balik rumah. Nak makan. Nak buka kasut. Nak cerita apa yang berlaku di sekolah hari itu.

Tapi di zon sekolah, satu saat leka boleh jadi penamat kepada satu nyawa.

Kita selalu anggap depan sekolah itu tempat biasa. Tempat berhenti sekejap. Tempat reverse sekejap. Tempat turunkan anak cepat-cepat sebab lambat kerja.

Sebenarnya, depan sekolah ialah kawasan paling rapuh.

Anak kecil rendah. Kadang-kadang mereka berada di blind spot kenderaan. Mereka belum cukup matang untuk menilai kelajuan, jarak dan bahaya. Bila loceng balik berbunyi, kawasan sekolah jadi penuh dengan van, kereta, motosikal, ibu bapa, pengawal, penjaja dan murid yang bergerak serentak.

Sebab itu zon sekolah bukan tempat untuk berebut jalan.

Bukan tempat untuk marah-marah sebab kereta depan lambat.

Bukan tempat untuk “kejap je”.

Bukan tempat untuk tekan minyak sebab mahu cepat keluar.

Kalau bawa van, kereta atau motosikal di kawasan sekolah, perlahanlah walaupun tiada orang nampak. Berhenti betul-betul. Pandang kiri kanan. Periksa depan, belakang dan sisi kenderaan. Jangan bergantung pada cermin sahaja.

Anak orang bukan kon, bukan halangan jalan, bukan bayang-bayang kecil yang boleh kita abaikan.

Mereka adalah dunia seseorang.

Hari ini mungkin kita cuma terlambat 5 minit.

Tapi ada keluarga yang mungkin kehilangan sepanjang hayat.



Sumber : Public Health Malaysia









Tarikh : 6 Mei 2026

📱AKTIVITI MAYA📱(6 Mei 2026)🌸Kuiz Istimewa Hari Ibu🌸“Terima kasih ibu,kerana sentiasa ada saat kita perlukan.Kasih Ibu ta...
06/05/2026

📱AKTIVITI MAYA📱(6 Mei 2026)

🌸Kuiz Istimewa Hari Ibu🌸

“Terima kasih ibu,kerana sentiasa ada saat kita perlukan.Kasih Ibu tak ternilai,dan kita sayang ibu sepenuh hati”❤️







Berminat nak dengar perkongsian santai tapi penuh inspirasi daripada Nancy Lee Hwei Hsing? ✨Penulis komik berbahasa Cina...
06/05/2026

Berminat nak dengar perkongsian santai tapi penuh inspirasi daripada Nancy Lee Hwei Hsing? ✨

Penulis komik berbahasa Cina ini terkenal dengan gaya penceritaan yang mencuit hati, sambil menyampaikan nilai semangat dan motivasi melalui karya beliau. Antara koleksi yang ditampilkan ialah I Am Super! (我是超人!), yang mengetengahkan nilai keselamatan dan tanggungjawab secara santai dan menghiburkan. 📚

Ayuh sertai sesi perkongsian bersama penulis dan hayati sendiri kisah di sebalik penghasilan karya beliau! 🎤

Sesi Dialog Dari Pena Penulis Siri 2:
🗓 11 Mei 2026 (Isnin)
⏰ 2.30 petang
📍 Ruang Imersif, Aras 1, Anjung Bestari, PNM
📺 Siaran langsung di YouTube PNM TV Channel

Jangan lepaskan peluang untuk mengenali karya dan penulisnya dengan lebih dekat!



Sumber : PNM









Tarikh : 6 Mei 2026 | Rabu

KENAPA PERLU MENILAI MAKLUMAT?Bayangkan anda sedang menyiapkan tugasan, kajian atau laporan penyelidikan. Anda menemui b...
05/05/2026

KENAPA PERLU MENILAI MAKLUMAT?

Bayangkan anda sedang menyiapkan tugasan, kajian atau laporan penyelidikan. Anda menemui banyak maklumat di internet yang kelihatan berguna, tetapi sumbernya tidak jelas, tarikh penerbitannya sudah lama dan fakta yang diberikan tidak disokong dengan bukti yang kukuh.

Jika maklumat tersebut terus digunakan tanpa dinilai, hasil kajian boleh menjadi kurang tepat, mengelirukan dan tidak boleh dipercayai.

Sebab itu, setiap maklumat perlu dinilai terlebih dahulu sebelum digunakan dalam penyelidikan.

Sebelum menggunakan sesuatu sumber, pastikan anda:
✅ Menyemak kesahihan sumber
✅ Mengenal pasti penulis dan penerbit
✅ Menilai tarikh dan kerelevanan maklumat
✅ Membandingkan maklumat dengan sumber lain yang dipercayai
✅ Membezakan fakta, pendapat dan andaian
✅ Menggunakan bukti yang sahih untuk menyokong hujah

Penilaian maklumat membantu menghasilkan kajian yang lebih berkualiti, berfakta dan boleh dipercayai.

📌 Nilai maklumat sebelum menggunakannya.
Maklumat yang sahih membawa kepada keputusan yang tepat.

📚 Ingin menganjurkan Bengkel Literasi Maklumat di organisasi, institusi atau komuniti anda?
Jemput Perpustakaan Negara Malaysia untuk berkongsi ilmu dan melaksanakan Bengkel Literasi Maklumat di tempat anda.

📌 Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
Bahagian Gerakan Literasi Maklumat
Perpustakaan Negara Malaysia
232, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur
Tel: 03-2687 4395 / 4336
E-mel: [email protected]

Sumber : PNM









Tarikh : 5 Mei 2026 | Selasa

Jangan Pendam Sendiri: Kesihatan Mental dalam Perspektif IslamKesihatan mental penting, dan Islam menekankan penjagaan j...
04/05/2026

Jangan Pendam Sendiri: Kesihatan Mental dalam Perspektif Islam

Kesihatan mental penting, dan Islam menekankan penjagaan jiwa selain ibadah zahir. Dalam menghadapi tekanan, jangan pendam bersendirian.

Amalan yang boleh diamalkan:

👉 Perbanyakkan doa & zikir
Seperti istighfar, tasbih dan selawat untuk menenangkan hati.

👉 Solat dengan khusyuk
Jadikan solat tempat “rehat” jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

👉 Baca & tadabbur Al-Quran
Ayat-ayat Allah memberi ketenangan dan panduan dalam menghadapi ujian.

👉 Rehat & jaga kesihatan fizikal
Tidur cukup, makan seimbang dan kurangkan keletihan.

👉 Luahkan perasaan
Berkongsi dengan orang dipercayai atau dapatkan bantuan pakar jika perlu.

👉 Amalkan husnuzon
Yakin setiap ujian ada hikmah dan bukan sia-sia.

Mendapatkan bantuan bukan kelemahan, tetapi usaha bijak menjaga amanah diri.

Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT.






Sumber : JAKIM









Tarikh : 4 Mei 2026 | Isnin

Address

Gua Musang
18300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:15
Tuesday 09:00 - 17:15
Wednesday 09:00 - 17:15
Saturday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kampung Paloh 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Desa Kampung Paloh 2:

Share

Category