30/03/2026
MUZAKARAH PENOLONG PENDAFTAR NIKAH, CERAI DAN RUJUK JAJAHAN KECIL LOJING TAHUN 2026
30 Mac 2026/10 Syawal 1447H
Seksyen Agama Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing dengan kerjasama Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jaheaik telah mengadakan satu program Muzakarah Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jajahan Kecil Lojing Tahun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Rafflesia, Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing.
Ust. Mohammad Syafiq Bin Baderol Shaferi, Pegawai Dakwah Pejabat Agama Jajahan Gua Musang telah hadir menyampaikan taklimat dan mengetuai perbincangan berkaitan Fiqh Munakahat dan Prosedur Perkahwinan Negeri Kelantan.
Terima kasih kepada semua PPNCR, Muallim, Penggerak Masyarakat Orang Asli dan guru-guru agama yang hadir pada program kali ini.
Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing
Ptjk Lojing