Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Gua Musang

Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Gua Musang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Gua Musang, Social service, Gua Musang.

Perkongsian ilmu...
30/04/2025

Perkongsian ilmu...

Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Gua Musang dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jajahan Gua Musang t...
22/09/2024

Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Gua Musang dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jajahan Gua Musang telah menganjurkan Program Kem Remaja Unggul pada 17-18 September 2024 di Taman Etnobotani KESEDAR Gua Musang. Program ini telah disertai 15 orang kanak-kanak.

Program ni bertujuan untuk mengisi masa lapang kanak-kanak yang sedang bercuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat dan menerapkan ilmu-ilmu yang berfaedah kepada para peserta.

Terima kasih diucapkan kepada Inspektor Muhammad Safiq bin Masuan & Sarjan Major Amir dari IPD Gua Musang, En. Asrul Muzamil @ Amiruddin, & Ustaz Hassan bin Che Bedollah yang terlibat sama sebagai penceramah sepanjang program. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Kesedar Hotel atas kebenaran menggunakan tempat pelaksanaan program.

Akhir kalam, tahniah kepada staf JKM Gua Musang dan ahli PKKK Gua Musang yang telah terlibat dalam penganjuran program ini.

Sampai berjumpa lagi 👋

Pejabat Kebajikan Masyarkat Jajahan Gua Musang
Jkm Gua Musang
Kesedar Hotel Travel & Tours Sdn Bhd
IPD Gua Musang

Mesyuarat Penyelarasan Kem Remaja Unggul telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Kebajikan Masyarakat Gua Musang yang ...
12/09/2024

Mesyuarat Penyelarasan Kem Remaja Unggul telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Kebajikan Masyarakat Gua Musang yang mana penganjuran ini adalah daripada Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Gua Musang bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gua Musang yang akan diadakan pada 17 hingga 18 September 2024.

Tahniah kepada PKKK Gua Musang di atas penganjuran program ini dan komited daripada ahli-ahli pasukan bagi menjayakan program ini.


Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Jajahan Gua Musang telah mengadakan program Ziarah Kasih kepada keluarga kanak-kana...
16/10/2023

Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Jajahan Gua Musang telah mengadakan program Ziarah Kasih kepada keluarga kanak-kanak di bawah seliaan JKM di sekitar Gua Musang.

Team PKKK diketuai oleh En. Amiruddin Ismail, Setiausaha PKKK Gua Musang dan juga beberapa orang ahli yang lain. Turut hadir bersama adalah En. O’Nell, Pen.Pegawai Kebajikan Masyarakat JKM Gua Musang.

Sedikit sumbangan daripada pihak PKKK disampaikan kepada keluarga kanak-kanak berkenaan. Alhamdulillah banyak perubahan positif yang dapat dilihat dan ini menunjukkan sokongan ahli keluarga amatlah tinggi.

Tahniah kepada sukarelawan PKKK kerana dapat turun padang bersama-sama hari ini demi melengkapi program yang dirancang.

-Kanak

10 Oktober 2023 (Selasa)Alhamdulillah selesai Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Gua Musang Bil...
10/10/2023

10 Oktober 2023 (Selasa)

Alhamdulillah selesai Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Gua Musang Bil. 3/2023 bagi membincangkan beberapa perkara dan agenda penting berkaitan program serta aktiviti untuk kanak-kanak seliaan JKM dalam masa yang terdekat.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ustaz Fakri Mohamed. Jutaan terima kasih kepada ahli-ahli PKKK yang sentiasa memberikan komitmen yang jitu dan padu bagi membantu kanak-kanak seliaan supaya dapat menjalani kehidupan dengan sejahtera dan harmoni dalam komuniti.

In shaa Allah PKKK Gua Musang sentiasa bergerak aktif dalam masyarakat seiring dengan hasrat kerajaan untuk melihat sebuah masyarakat yang hidup harmoni sebagaimana acuan Malaysia Madani.



-7 Jun 2023 - Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Jajahan Gua Musang Bil. 2/2023 yang dipengerusikan ol...
07/06/2023

-7 Jun 2023 -

Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Jajahan Gua Musang Bil. 2/2023 yang dipengerusikan oleh YBrs. Ustaz Fakri bin Mohamed yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat JKM Jajahan Gua Musang.

Terima kasih kepada ahli PKKK yang sentiasa memberikan komitmen dalam merancang aktiviti kanak-kanak di bawah seliaan JKM.


16 April 2023 - AhadPasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Jajahan Gua Musang bersama dengan kerjasama Pejabat Jabatan Keb...
16/04/2023

16 April 2023 - Ahad

Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Jajahan Gua Musang bersama dengan kerjasama Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Gua Musang telah menganjurkan Program Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada Kanak-Kanak di bawah seliaan JKM.

Program dimulakan dengan sesi perkenalan diri Pegawai JKM dan juga ahli PKKK. Kemudian disusuli dengan penyampaian Tazkirah Ramadhan daripada Pengerusi PKKK, Ustaz Fakri bin Mohamed.

Kemudian beliau menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada kanak-kanak seliaan JKM sebagai tanda keprihatinan bersempena dengan sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dalam menjayakan program berbuka puasa hari ini.


2 April 2023 (Ahad)Pelancaran Program Ihya' Ramadhan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Jajahan Gua Musang telah disem...
02/04/2023

2 April 2023 (Ahad)

Pelancaran Program Ihya' Ramadhan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Jajahan Gua Musang telah disempurnakan dengan jayanya oleh YBrs. Ustaz Fakri bin Mohamed, Pengerusi PKKK disaksikan oleh En.Amiruddin Ismail, Setiausaha PKKK, En.Bun Tham, Pegawai JKM Gua Musang dan juga staf JKM.

Program ini berlangsung selama sebulan iaitu sepanjang bulan Ramadhan. Banyak aktiviti yang telah diatur oleh PKKK untuk kanak-kanak seliaan iaitu program ziarah Ramadhan, program Nuzul Al Quran, program berbuka puasa dan juga pembahagian sumbangan hari raya.

Mudah-mudahan program yang diatur ini mencapai matlamat dan objektif PKKK iaitu mendekati kanak-kanak seliaan dan memberi semangat dan motivasi kepada mereka dalam mendepani masyarakat.

-Kanak

31/03/2023
23/02/2023

Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Syaaban dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan

Address

Gua Musang
18300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Gua Musang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category