23/07/2023
SEKILAS RANGKUMAN SEMINGGU
(16 Julai hingga 22 Julai 2023)
1. SANUSI DITAHAN POLIS
Pada 3 pagi pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 dan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman membuat serbuan di Mon't Kiara dan menahan Menteri Besar Kedah.
https://is.gd/NVxjJW
2. NGO PEGUAM KECAM ANWAR GUNA AKTA HASUTAN
Tindakan kerajaan mengguna Akta Hasutan 1948 bagi mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, disifatkan bertentangan dengan janji ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi pembangkang untuk melakukan pemansuhan dan pembaharuan terhadap undang-undang itu.
https://is.gd/WHhe1k
3. SPRM TAHAN PEGAWAI KANAN MBI KEDAH, PENGARAH SYARIKAT BERKAIT REE
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan seorang pengarah wanita sebuah syarikat bagi bantu siasatan kes dalam isu unsur nadir bumi (REE).
https://is.gd/CvUHpY
4. TUN M HARAP PN SAPU BERSIH DALAM PRN
"Kita semua orang Melayu, ramai yang berkata orang Melayu berpecah dan tak mungkin bersatu, tapi malam ini dapat lihat pemimpin parti-parti Melayu berkumpul di sini kerana nak memperjuangkan nasib dan masa depan negara". -Tun Dr. Mahathir
https://bit.ly/3rn043h
5. MUHYIDDIN AKAN SAMAN ANWAR ISU HUTANG FELDA
Tindakan itu menyusul selepas Anwar gagal mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat dan secara terbuka dalam tempoh 24 jam seperti terkandung dalam surat tuntutan peguam yang dihantarnya sebelum ini.
https://is.gd/tjnUOw
Sudah terang lagi bersuluh hipokrasi Pakatan Harapan dalam perjuangan politik mereka. Puluhan tahun melawan UMNO rupa-rupanya bukan kerana keadilan, tetapi kerana nafsu politik mereka.
Kini mereka p**a menggunakan kuasa yang ada untuk menekan musuh politik mereka.
Mari kita tolak kakistokrasi PHBN, ayuh bersama gelombang rakyat dan PN.
Sekian.
ZURK AHMAD
Timbalan Pengarah Komunikasi dan Penerangan Jabatan Pilihanraya Perikatan Nasional
Bertarikh: 23 Julai 2023