23/04/2026
Jom Meriahkan Bazar Buku Perak 2026! 📚✨
Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Bazar Buku Perak 2026 yang akan berlangsung di Stadium Indera Mulia dari 23 hingga 26 April 2026!
Pelbagai pilihan buku menarik menanti anda daripada novel, buku ilmiah, bahan kanak-kanak, sehinggalah ke buku motivasi dan keagamaan. Bukan itu sahaja, turut disediakan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi perkongsian ilmu, demonstrasi, dan banyak lagi!
Hebahan edaran risalah promosi telah dijalankan di sekitar sekolah sekolah dan pejabat pejabat bersama sama Perpustakaan Desa Kerunai Perpustakaan Desa Felda Bersia dengan tujuan memaklumkan orang ramai tentang Bazar Buku Perak 2026 ini.
📍 Lokasi: Stadium Indera Mulia, Ipoh
Tarikh: 23 – 26 April 2026
Masuk adalah PERCUMA
Jom bawa keluarga dan rakan-rakan, manfaatkan masa dengan ilmu dan dapatkan buku kegemaran anda dengan harga yang berbaloi!