Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Penang Port Commission Official Facebook Account

SINGGAHAN PERTAMA KAPAL KRUIS MV ZHAO SHANG YI DUN / VIKING YI DUN DI PELABUHAN PULAU PINANGPelabuhan Pulau Pinang telah...
15/06/2026

SINGGAHAN PERTAMA KAPAL KRUIS MV ZHAO SHANG YI DUN / VIKING YI DUN DI PELABUHAN PULAU PINANG

Pelabuhan Pulau Pinang telah menerima singgahan pertama kapal kruis MV Zhao Shang Yi Dun / Viking Yi Dun pada 15 Jun 2026. Bagi menyambut ketibaan kapal tersebut, satu sesi lawatan dan sambutan rasmi telah diadakan yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Yeoh Soon Hin, Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), bersama pegawai-pegawai SPPP serta wakil daripada Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB).
Sepanjang lawatan tersebut delegasi SPPP dan PPSB telah diberikan taklimat mengenai operasi serta kemudahan kapal, selain dibawa meninjau pelbagai fasiliti dan ruang utama di atas kapal bagi mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai pengalaman yang ditawarkan kepada para penumpang.

Sebagai simbolik hubungan kerjasama yang baik serta tanda penghargaan, sesi pertukaran cenderamata turut diadakan antara pihak kapal, SPPP dan PPSB. Program ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memperkukuh kedudukan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai destinasi persinggahan utama kapal kruis di rantau ini serta menyokong pertumbuhan sektor pelancongan maritim negara
____________________________________

MAIDEN CALL OF MV ZHAO SHANG YI DUN / VIKING YI DUN AT PENANG PORT

Penang Port welcomed the maiden call of the cruise vessel MV Zhao Shang Yi Dun / Viking Yi Dun on 15 June 2026, marking another significant milestone for the state's maritime tourism industry. To commemorate the vessel's arrival, an official welcoming and ship visit programme was held led by YBhg. Dato’ Yeoh Soon Hin, Chairman of the Penang Port Commission (PPC) accompanied by officers from the Penang Port Commission (PPC) and representatives from Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB). During the visit, the PPC and PPSB delegation was briefed on the vessel’s operations and facilities, and was given a guided tour of the ship’s key areas and amenities to gain a better understanding of the onboard experience offered to passengers.

As a gesture of goodwill and appreciation, a plaque exchange ceremony was also held between the vessel’s representatives, PPC and PPSB. The programme reflects the continued commitment of all parties in strengthening Penang Port’s position as a premier cruise destination in the region while supporting the growth of Malaysia’s maritime tourism sector.


14/06/2026

BULETIN SPPP BIL.6/2026

PROGRAM EKSPLORASI WARISAN:LAWATAN MUZIUM FERI PULAU PINANG

Bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-70 Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Program Eksplorasi Warisan: Lawatan ke Muzium Feri Pulau Pinang telah diadakan pada 13 Jun 2026 dengan penyertaan seramai 90 orang pelajar daripada SMK Penanti dan SMK Permatang Pasir.

Program dimulakan dengan perjalanan menaiki Feri Pulau Pinang dari Pangkalan Sultan Abdul Halim ke Pangkalan Raja Tun Uda sebelum para pelajar dibawa melawat Muzium Feri Pulau Pinang bagi menelusuri sejarah dan warisan perkhidmatan feri yang menjadi ikon negeri Pulau Pinang.

Program ini turut dihadiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, YBhg Dato’ Yeoh Soon Hin, serta Ketua Pegawai Eksekutif Madani Research Centre , Encik Mohd Azmi. Para pelajar juga mengikuti taklimat mengenai peranan SPPP serta pendedahan awal berkaitan peluang kerjaya dalam sektor maritim.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan pengetahuan serta memupuk minat generasi muda terhadap sejarah, warisan dan industri maritim negara.

——————————————————————

PPC BULLETIN NO. 6/2026

HERITAGE EXPLORATION PROGRAMME: VISIT TO THE PENANG FERRY MUSEUM

In conjunction with the 70th Anniversary Celebration of the Penang Port Commission (PPC), the Heritage Exploration Programme: Visit to the Penang Ferry Museum was held on 13 June 2026, involving 90 students from SMK Penanti and SMK Permatang Pasir.

The programme began with a ferry ride from Sultan Abdul Halim Ferry Terminal to Raja Tun Uda Ferry Terminal before the students were taken on a visit to the Penang Ferry Museum to explore the history and heritage of the ferry service, which has long been an iconic symbol of Penang.

The programme was attended by the Chairman of the Penang Port Commission, YBhg. Dato’ Yeoh Soon Hin, as well as the Chief Executive Officer of Madani Research Centre, Mr. Mohd Azmi. The students also participated in a briefing on the role of SPPP and received early exposure to career opportunities in the maritime sector.

It is hoped that this programme will enhance knowledge and foster greater interest among the younger generation in the nation’s maritime history, heritage, and industry.


Eksplorasi Warisan: Lawatan Ke Muzium Feri Pulau Pinang Sempena sambutan ulang tahun ke-70 Suruhanjaya Pelabuhan Pulau P...
13/06/2026

Eksplorasi Warisan: Lawatan Ke Muzium Feri Pulau Pinang

Sempena sambutan ulang tahun ke-70 Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, SPPP dengan kerjasama Madani Research Center (MRC) telah menganjurkan Program Eksplorasi Warisan: Lawatan Muzium Feri Pulau Pinang pada 13 Jun 2026 yang dihadiri oleh para pelajar dan guru dari SMK Penanti serta SMK Permatang Pasir.

​Program ini bertujuan mendedahkan generasi muda kepada nilai sentimental dan sejarah perkhidmatan feri ikonik yang telah diubah suai menjadi Muzium Feri Terapung. Selain aspek sejarah, para pelajar turut diberi taklimat kerjaya dalam bidang maritim, logistik, dan pelabuhan bagi membuka wawasan masa depan mereka.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. SPPP yang kini menyambut ulang tahun ke-70 akan terus komited dalam memelihara warisan maritim dan memacu pembangunan pelabuhan demi ekonomi negeri.
________________________

​Heritage Exploration: A Visit to the Penang Ferry Museum

In conjunction with the 70th anniversary celebration of the Penang Port Commission (PPC), a Heritage Exploration Program: Visit to the Penang Ferry Museum was organized on June 13, 2026, in collaboration with the Madani Research Center (MRC). The event was attended by students and teachers from SMK Penanti and SMK Permatang Pasir.

The program aimed to expose the younger generation to the sentimental and historical value of the iconic ferry service, which has been repurposed into a Floating Ferry Museum. In addition to the historical aspects, students were provided with career briefings in the fields of maritime, logistics, and ports to broaden their future horizons.

Highest appreciation is extended to all parties involved in ensuring the success of this program. As PPC celebrates its 70th anniversary, it remains fully committed to preserving maritime heritage and driving port development to bolster the state's economy.



MAJLIS RAMAH MESRA PENGURUS BESAR SPPP BERSAMA PESARA SPPPSuruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah menganjurkan M...
12/06/2026

MAJLIS RAMAH MESRA PENGURUS BESAR SPPP BERSAMA PESARA SPPP

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Pengurus Besar SPPP Bersama Pesara SPPP pada 12 Jun 2026 di De Pauh Garden yang dihadiri oleh kira-kira 135 orang pesara SPPP.

Majlis ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada para pesara yang telah menabur bakti dan memberikan sumbangan besar kepada pembangunan serta kejayaan SPPP sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato' V. Vijayaindiaran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh pesara SPPP atas jasa, komitmen serta dedikasi yang telah dicurahkan demi kemajuan organisasi. Beliau turut menegaskan bahawa segala pengalaman, pengorbanan dan sumbangan para pesara merupakan legasi berharga yang menjadi asas kepada kecemerlangan SPPP pada hari ini.

Majlis berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni, sekali gus menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan dan para pesara SPPP.

SPPP merakamkan penghargaan kepada semua pesara yang hadir dan berharap hubungan yang terjalin akan terus diperkukuhkan demi manfaat bersama pada masa hadapan.
________________________________

GET-TOGETHER SESSION BETWEEN THE GENERAL MANAGER OF PPC AND PPC RETIREES

The Penang Port Commission (PPC) organised a Get-Together Session between the General Manager of PPC and PPC Retirees on 12 June 2026 at De Pauh Garden, attended by approximately 135 PPC retirees.

The event was held as a gesture of appreciation to the retirees for their invaluable contributions and dedicated service towards the growth and success of PPC throughout their years of service.

In his speech, YBhg. Dato’ V. Vijayaindiaran, General Manager of PPC, expressed his deepest appreciation and gratitude to all PPC retirees for their commitment, dedication, and contributions to the organisation. He emphasised that the retirees’ experience, sacrifices, and services constitute a valuable legacy that has laid the foundation for PPC’s achievements and excellence today.

The event was conducted in a warm and friendly atmosphere, providing an excellent platform to strengthen ties and foster closer relationships between the management and PPC retirees.

PPC extends its sincere appreciation to all retirees who attended and hopes that the strong bond established will continue to be nurtured for the mutual benefit of all in the future.



Inisiatif Kelestarian Warisan Pulau Pinang: Menelusuri Sejarah Feri Pulau Pinang11 Jun 2026 - Suruhanjaya Pelabuhan Pula...
12/06/2026

Inisiatif Kelestarian Warisan Pulau Pinang: Menelusuri Sejarah Feri Pulau Pinang

11 Jun 2026 - Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) menyambut baik inisiatif pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) menjalankan kajian ilmiah berkaitan Sejarah dan Warisan Perkhidmatan Feri Pulau Pinang. Kajian ini bertujuan menelusuri evolusi feri Pulau Pinang daripada fungsi sebagai sebuah pengangkutan air sehingga menjadi ikon pengangkutan yang sarat dengan nilai warisan. Usaha penyelidikan ini turut mendapat kerjasama dari pihak Penang Port Sdn. Bhd dan Penang Ferry Museum. SPPP yakin usaha ini mampu memberi manfaat kepada generasi akan datang agar terus menghargai dan memelihara warisan negeri."

Sebagai badan kawalselia, SPPP sentiasa komited memberikan kerjasama bagi memastikan khazanah berharga ini terus dipelihara. Usaha penyelidikan seumpama ini amat penting agar khazanah bernilai ini tidak luput ditelan zaman, sekali gus dapat diwarisi dan dihayati oleh generasi masa hadapan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak UUM atas inisiatif murni ini. Semoga jalinan kerjasama ini membuahkan hasil yang bermanfaat demi kelestarian warisan negeri Pulau Pinang.
------------------------------------------------------------------------

Penang Heritage Sustainability Initiative: Tracing the History of the Penang Ferry

11 June 2026 – The Penang Port Commission (PPC) welcomes the initiative by students from Universiti Utara Malaysia (UUM) to conduct an academic study on the History and Heritage of the Penang Ferry Service. This study aims to trace the evolution of the Penang ferry from its function as water transport into an iconic transport symbol with heritage value. This research effort also involves cooperation from Penang Port Sdn. Bhd. and the Penang Ferry Museum. PPC is confident that this effort will benefit future generations by ensuring they continue to appreciate and preserve the state's heritage.

As a regulatory body, PPC remains committed to providing cooperation to ensure this valuable treasure continues to be preserved. Research efforts like this are crucial so that this valuable heritage does not fade with time, allowing it to be inherited and appreciated by future generations. Deepest appreciation is extended to UUM for this noble initiative.

May this collaboration yield beneficial results for the sustainability of Penang's state heritage.




YBrs. Tuan Jeffrey Chew Gim Eam, Pengerusi SPPP (Teluk Ewa) telah dijemput sebagai salah seorang daripada 50 peserta dar...
12/06/2026

YBrs. Tuan Jeffrey Chew Gim Eam, Pengerusi SPPP (Teluk Ewa) telah dijemput sebagai salah seorang daripada 50 peserta dari Peru, Vietnam, UAE, Mesir, Afrika Selatan, Greece dan negara-negara Belt and Road Initiative (BRI) bagi menghadiri Seminar Silk Road Port Ke-2: Resilience Building and High-Quality Development di Yancheng, Wilayah Jiangsu, China pada 7 hingga 11 Jun 2026.

Seminar yang dianjurkan oleh International Cooperation Centre, National Development and Reform Commission (NDRC) China ini menjadi platform yang baik untuk bertukar pandangan dan pengalaman mengenai pembangunan pelabuhan, logistik maritim serta pembangunan mampan melalui sesi pembentangan, lawatan tapak dan perbincangan meja bulat.

Sepanjang program ini, YBrs. Tuan Jeffrey turut berpeluang berkongsi pengalaman Malaysia dalam pembangunan pelabuhan serta peranan Pelabuhan Pulau Pinang dalam menyokong perdagangan maritim di Selat Melaka. Pada masa yang sama juga dapat mempelajari pengalaman dan amalan terbaik daripada pelabuhan-pelabuhan utama di China serta peserta antarabangsa yang hadir.
_________________________________

YBrs. Mr. Jeffrey Chew Gim Eam, Chairman of PPC (Teluk Ewa) was honoured to be among 50 invited participants from Peru, Vietnam, the UAE, Egypt, South Africa, Greece and other Belt and Road Initiative (BRI) countries at the 2nd Seminar on Silk Road Port – Resilience Building and High-Quality Development, held in Yancheng, Jiangsu Province, China from 7–11 June 2026.

Organised by the International Cooperation Centre of China’s National Development and Reform Commission (NDRC), the seminar provided a valuable platform for knowledge exchange on port development, maritime logistics and sustainable growth through presentations, site visits and roundtable discussions.

During the programme, YBrs. Mr. Jeffrey had the opportunity to share Malaysia’s experience in port development and the role of Penang Port in supporting maritime trade along the Straits of Malacca, while learning from the experiences of leading Chinese ports and fellow international participants.



LAWAT TAPAK DI PREMIS JALAN CHAIN FERRY MILIK SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG (SPPP)Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinan...
12/06/2026

LAWAT TAPAK DI PREMIS JALAN CHAIN FERRY MILIK SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG (SPPP)

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah mengadakan lawat tapak ke premis milik SPPP di Jalan Chain Ferry bagi meninjau keadaan semasa premis serta mengenal pasti keperluan penyelenggaraan dan penambahbaikan aset.

Lawatan tersebut diketuai oleh YBhg. Dato’ V. Vijayaindiaran, Pengurus Besar SPPP dan turut disertai oleh Pengurus Kanan Korporat, Pengurus Khidmat Pengurusan & Kewangan serta wakil Unit Korporat SPPP.

Sepanjang lawatan, pihak pengurusan telah meneliti keadaan fizikal bangunan dan kawasan persekitaran premis serta membincangkan tindakan susulan yang bersesuaian bagi memastikan aset SPPP sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan terurus.

SPPP komited untuk terus memperkukuh pengurusan aset secara cekap dan berkesan demi menyokong kelancaran operasi organisasi.
………………………………………………………………………………………………….

SITE VISIT TO PPC'S PROPERTY AT JALAN CHAIN FERRY

The Penang Port Commission (PPC) conducted a site visit to its property at Jalan Chain Ferry to assess the current condition of the premises and identify maintenance and asset improvement requirements.

The visit was led by YBhg. Dato’ V. Vijayaindiaran, General Manager of PPC, and was attended by the Senior Manager (Corporate), the Manager of Management Services & Finance, as well as representatives from the Corporate Unit.

During the visit, the management team inspected the physical condition of the building and its surrounding areas, while also discussing appropriate follow-up actions to ensure that PPC's assets remain well-maintained, safe and properly managed.

PPC remains committed to strengthening efficient and effective asset management practices in support of the organisation's operational excellence.


Seminar Bilateral Conference:  Fostering an Inclusive Economic Corridor: Southern Thailand and Northern/East Coast Malay...
12/06/2026

Seminar Bilateral Conference: Fostering an Inclusive Economic Corridor: Southern Thailand and Northern/East Coast Malaysia

Seminar Bilateral Conference: Fostering an Inclusive Economic Corridor: Southern Thailand and Northern/East Coast Malaysia, telah diadakan pada 11 Jun 2026 bertempat di Hatyai, Thailand. Seminar ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan daripada sektor kerajaan, akademia, pemain industri dan organisasi pembangunan serantau yang menjadi platform penting untuk membincangkan potensi kerjasama rentas sempadan dalam memperkukuhkan pembangunan ekonomi yang lebih inklusif, mampan dan berdaya tahan di wilayah Selatan Thailand serta Utara dan Pantai Timur Malaysia. Kehadiran Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang yang diwakili Pen. Pengurus Zon Bebas Komersil mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong inisiatif yang mampu meningkatkan keterhubungan ekonomi, perdagangan dan logistik antara kedua-dua negara.

Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang mengikuti sesi perkongsian ilmu, perbincangan strategik serta pertukaran pandangan antara pakar dan pemegang taruh berkaitan pembangunan koridor ekonomi serantau. Penyertaan ini turut membuka ruang jaringan profesional yang lebih luas serta memperoleh input dan perspektif baharu mengenai peluang kerjasama, pembangunan infrastruktur, pemudahcaraan perdagangan dan pengukuhan rantaian logistik rentas sempadan. Secara tidak langsung, penglibatan ini dapat menyokong usaha memperkasakan peranan pelabuhan dan sektor maritim sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi serantau yang inklusif dan lestari.

____________________________________________________________________

Bilateral Conference: Fostering an Inclusive Economic Corridor: Southern Thailand and Northern/East Coast Malaysia

Bilateral Conference: Fostering an Inclusive Economic Corridor: Southern Thailand and Northern/East Coast Malaysia, was held on 11 June 2026 in Hat Yai, Thailand. The seminar brought together various stakeholders from government agencies, academia, industry players, and regional development organizations, serving as an important platform to discuss the potential for cross-border collaboration in strengthening more inclusive, sustainable, and resilient economic development in Southern Thailand as well as Northern and East Coast Malaysia. Penang Port Commission, represented by the Assistant Manager of the Free Commercial Zone, reflected the continuous commitment to supporting initiatives aimed at enhancing economic connectivity, trade, and logistics between the two countries.

Throughout the programme, participants had the opportunity to engage in knowledge-sharing sessions, strategic discussions, and exchanges of views with experts and stakeholders on regional economic corridor development. The seminar also provided valuable opportunities for professional networking and enabled participants to gain new insights and perspectives on collaboration opportunities, infrastructure development, trade facilitation, and the strengthening of cross-border logistics supply chains. Indirectly, such participation supports efforts to enhance the role of ports and the maritime sector as key drivers of inclusive and sustainable regional economic growth.

12/06/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, dan Salam 70 Tahun SPPP,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
Ingin dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) akan menganjurkan Wacana Ilmu Bil. 22/2026 bertajuk Maritime Search and Rescue (SAR) mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 12 Jun 2026 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Platform: Google Meet
Pautan : https://meet.google.com/toc-ccfv-jor

E-Sijil akan diberikan.
Tuan/Puan adalah dijemput untuk hadir. Pohon kerjasama tuan/puan untuk mendaftar di pautan ini : https://forms.gle/n1oSL5SqUA9DY26Q6

Address

Georgetown

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6042633211

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang:

Share