12/06/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Tuan Maznan bin Harron, Timbalan Pengarah Kastam Negeri, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang atas segala jasa, bakti, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau.
Sepanjang tempoh berkhidmat, beliau telah menunjukkan kepimpinan yang cemerlang, integriti yang tinggi serta komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memperkukuhkan fungsi penguatkuasaan dan memartabatkan perkhidmatan Jabatan.
Sempena persaraan beliau, seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Pulau Pinang merakamkan penghargaan yang tidak terhingga serta mendoakan agar YBrs. Tuan Maznan bin Harron sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga serta dipermudahkan segala urusan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu.
Jasa dikenang, budi disanjung. Selamat Bersara dan terima kasih atas segala khidmat bakti yang dicurahkan kepada agama, bangsa dan negara.