Penang HALAL International

  • Home
  • Penang HALAL International

Penang HALAL International Penang Halal International is an agency under Penang State Government. Go Halal Feel The Differences

ABOUT PENANG HALAL INTERNATIONAL

Realizing the vast economic potential of the halal industry, Penang State Government initiated the development of the Penang Halal International Sdn Bhd (PHI) to promote, coordinate and develop the halal industries and business in Penang besides providing the platform to diversify Penang’s economy. In support of Malaysia’s vision to be the world Halal leader, Penang capitalizes on its competitive advantages to promote Halal industries as the emerging engine of growth and generate sustainable economic values for the state. PHI provides a business-friendly environment for investors, an environment with world-class R&D, necessary support services, a fully-traceable Halal supply chain as well as excellent infrastructure and amenities to facilitate a world standard halal hub. Being a Global Halal Centre, PHI has developed the Halal industry in a holistic approach encompassing ten (10) clusters; manufacturing & industries, logistics, agro-based industry, research & development (R&D), life sciences, innovation, financial technology & services, K-workers, as well as tourism, and entrepreneur development.

KURSUS KE ARAH PENSIJILAN HOME BASED FOODPenang Halal International (PHI), selaku agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang ya...
15/09/2026

KURSUS KE ARAH PENSIJILAN HOME BASED FOOD

Penang Halal International (PHI), selaku agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berperanan mempromosikan dan memperkukuh pembangunan industri halal negeri, telah dijemput menyampaikan taklimat berkaitan Pensijilan Halal Kotej kepada usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang dalam Kursus Ke Arah Pensijilan Home-Based Food yang berlangsung di The Light Hotel, Seberang Jaya.

Program yang menghimpunkan seramai 100 orang usahawan yang mengusahakan perniagaan berasaskan kediaman ini merupakan antara usaha persediaan bagi memenuhi prasyarat permohonan Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah (Home-Based Food).

Turut hadir menyampaikan taklimat berkaitan Pensijilan Halal Kotej ialah Ketua Pegawai Eksekutif PHI, En. Mohd Azraie bin Ramli, yang menekankan kepentingan pensijilan halal sebagai satu nilai tambah strategik kepada pengusaha industri kotej, khususnya dalam meningkatkan keyakinan pengguna, memperluas akses pasaran serta menambah bilangan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, terutama dalam kalangan usahawan Bumiputera.

Inisiatif Pensijilan Halal Kotej ini merupakan antara manifestasi Teras Pembangunan Ekonomi di bawah Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030) yang digagaskan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

Agenda yang dibawa oleh YB Dato’ Dr. Mohamad ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan pembangunan ekonomi berteraskan nilai Islam bukan sekadar tertumpu kepada pemain industri berskala besar, malah turut membuka ruang kepada usahawan kecil dan mikro, termasuk pengusaha yang menjalankan perniagaan dari rumah, untuk berkembang dalam ekosistem halal yang lebih tersusun.

Melalui pendekatan ini, Pensijilan Halal Kotej dilihat mampu menjadi platform pemerkasaan sosioekonomi masyarakat, dengan membantu usahawan kecil meningkatkan tahap pematuhan, membina kredibiliti perniagaan dan seterusnya bersedia untuk menembusi pasaran yang lebih luas.

Seiring aspirasi APAI2030 yang dipelopori YB Dato’ Dr. Mohamad, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PHI akan terus memperkukuh usaha memperluas akses pensijilan halal kepada lebih ramai usahawan di peringkat akar umbi, sekali gus memperkasa industri halal sebagai pemangkin pembangunan ekonomi masyarakat dan memperkukuh ekosistem halal Pulau Pinang secara menyeluruh, inklusif dan berdaya saing.

Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid

TAKLIMAT PENSIJILAN HALAL KOTEJPada 9 September 2026, Penang Halal International telah melaksanakan taklimat terkini ber...
14/09/2026

TAKLIMAT PENSIJILAN HALAL KOTEJ

Pada 9 September 2026, Penang Halal International telah melaksanakan taklimat terkini berkaitan program pensijilan halal kotej kepada syarikat yang telah mendapat sijil halal dan beroperasi di Dapur Central Kitchen Daerah Timur Laut.

Taklimat yang disampaikan oleh pegawai PHI juga turut melibatkan tentang perancangan usahawan pasca pensijilan halal untuk mengembangkan pasaran produk ke tahap seterusnya.

LAWATAN KE SYARIKAT PEMBORONG AYAM AK(M) SDN BHDPada 8 September 2026, Penang Halal International telah menerima kehadir...
11/09/2026

LAWATAN KE SYARIKAT PEMBORONG AYAM AK(M) SDN BHD

Pada 8 September 2026, Penang Halal International telah menerima kehadiran daripada Syarikat Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), sebuah syarikat anak milikan penuh di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan Program Pembangunan Ekonomi untuk golongan asnaf fakir dan miskin di negeri Selangor bersempena kunjungan lawatan kerja ke Pulau Pinang.

Turut hadir mengiringi lawatan ini adalah En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI bersama para pegawai manakala TERAS p**a dihadiri En Mohd Hasnul Redza bin Abd Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai-pegawai TERAS.

Antara objektif lawatan kerja ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti produk-produk berpotensi di sekitar Pulau Pinang yang mempunyai nilai pasaran serta boleh membantu meningkatkan rantaian ekonomi tempatan.

Lawatan seterusnya diteruskan dengankunjungan ke Pemborong Ayam AK (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang terlibat dalam aktiviti pemborongan dan pembekalan ayam segar. Selain membekalkan ayam segar kepada pelanggan dan perniagaan, syarikat ini turut mengembangkan perniagaan melalui jenama Papa Din Fried Chicken yang menawarkan produk ayam goreng kepada pengguna.

Penglibatan dalam rantaian bekalan serta perniagaan makanan ini memperlihatkan kepelbagaian operasi syarikat dalam memenuhi permintaan pasaran terhadap produk berasaskan ayam. Syarikat ini juga merupakan pembekal ayam segar yang telah mendapat pensijilan halal daripada JAKIM, sekali gus memastikan aspek pematuhan halal diberi perhatian dalam operasi perniagaan.

Hadir sama dalam pertemuan ini ialah Encik Mohd Redzuan bin A Osman, Pengarah Pemborong Ayam AK (M) Sdn. Bhd.

LAWATAN KE SYARIKAT PAK ALI FOOD INDUSTRIES SDN BHDPada 8 September 2026, Penang Halal International telah menerima keha...
10/09/2026

LAWATAN KE SYARIKAT PAK ALI FOOD INDUSTRIES SDN BHD

Pada 8 September 2026, Penang Halal International telah menerima kehadiran daripada Syarikat Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), sebuah syarikat anak milikan penuh di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan Program Pembangunan Ekonomi untuk golongan asnaf fakir dan miskin di negeri Selangor bersempena kunjungan lawatan kerja ke Pulau Pinang.

Turut hadir mengiringi lawatan ini adalah En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI bersama para pegawai manakala TERAS p**a dihadiri En Mohd Hasnul Redza bin Abd Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai-pegawai TERAS.

Antara objektif lawatan kerja ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti produk-produk berpotensi di sekitar Pulau Pinang yang mempunyai nilai pasaran serta boleh membantu meningkatkan rantaian ekonomi tempatan.

Lawatan seterusnya diteruskan dengan kunjungan ke Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd., pengeluar jeruk buah-buahan terkemuka di Malaysia yang terkenal menerusi jenama Jeruk Madu Pak Ali. Syarikat ini menghasilkan pelbagai produk jeruk menggunakan buah-buahan segar berkualiti, melalui gabungan resipi tradisional dan teknologi pemprosesan moden. Produk Jeruk Madu Pak Ali turut mendapat pensijilan halal daripada JAKIM serta pengiktirafan MeSTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hadir sama dalam pertemuan ini ialah YBhg Dato Haji Alias bin Ali, Pengarah Urusan Pak Ali Food Industries Sdn Bhd.

LAWATAN KE SYARIKAT NASMIR FROZEN SDN BHDPada 8 September 2026, Penang Halal International telah menerima kehadiran dari...
09/09/2026

LAWATAN KE SYARIKAT NASMIR FROZEN SDN BHD

Pada 8 September 2026, Penang Halal International telah menerima kehadiran daripada Syarikat Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), sebuah syarikat anak milikan penuh di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan Program Pembangunan Ekonomi untuk golongan asnaf fakir dan miskin di negeri Selangor bersempena kunjungan lawatan kerja ke Pulau Pinang.

Turut hadir mengiringi lawatan ini adalah En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI bersama para pegawai manakala TERAS p**a dihadiri En Mohd Hasnul Redza bin Abd Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai-pegawai TERAS.

Antara objektif lawatan kerja ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti produk-produk berpotensi di sekitar Pulau Pinang yang mempunyai nilai pasaran serta boleh membantu meningkatkan rantaian ekonomi tempatan.

Lawatan ini telah dimulakan dengan melawat Nasmir Frozen Sdn Bhd, anak syarikat di bawah Nasmir Holding Sdn Bhd yang memfokuskan kepada pemborong barang runcit dan pembekal ayam segar. Syarikat ini juga merupakan pembekal & pusat penyembelihan ayam segar yang telah mendapat pensijilan halal oleh JAKIM.

BIMBINGAN PENSIJILAN HALAL KOTEJ PULAU PINANGUsaha memperkasa usahawan tempatan dalam mendapatkan Pensijilan Halal Malay...
04/09/2026

BIMBINGAN PENSIJILAN HALAL KOTEJ PULAU PINANG

Usaha memperkasa usahawan tempatan dalam mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia terus diperkukuhkan menerusi sesi lawatan dan bimbingan ke premis Easy Cook Great Taste Enterprise di Rosmawar Central Kitchen, Georgetown pada 3 September 2026.

Dalam sesi tersebut, Penang Halal International (PHI) memberikan khidmat nasihat dan panduan secara langsung kepada pengusaha bagi memastikan keperluan Pensijilan Halal Malaysia dapat dipenuhi dengan baik. Bimbingan meliputi pengurusan bahan mentah, kawalan proses pengeluaran, penyediaan dokumentasi serta pengurusan dan kebersihan premis.

Inisiatif ini turut menyokong Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (API 2030) melalui Teras Sosioekonomi yang menekankan pemerkasaan ekonomi umat Islam, pengembangan keusahawanan dan pengukuhan ekosistem halal negeri.

Melalui pematuhan halal yang lebih sistematik, para usahawan bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk yang dihasilkan, malah mampu memperkukuh imej perniagaan serta membuka peluang untuk menembusi pasaran yang lebih luas dan berdaya saing.

BIMBINGAN PENSIJILAN HALALPada 1 September 2026, Penang Halal International telah  melaksanakan lawatan serta bimbingan ...
02/09/2026

BIMBINGAN PENSIJILAN HALAL

Pada 1 September 2026, Penang Halal International telah melaksanakan lawatan serta bimbingan pensijilan halal Malaysia kepada syarikat Al Aafiyah Group Sdn Bhd yang mengendalikan penghasilan serta pemprosesan barangan peranti perubatan dan beroperasi di Bandar Cassia, Seberang Perai Selatan.

Sesi bimbingan ini turut meninjau fasiliti pengeluaran serta proses penghasilan yang dikendalikan oleh syarikat berkenaan. Pada masa yang sama, kakitangan PHI juga turut melaksanakan sesi bimbingan pensijilan halal merangkumi proses penerangan berkaitan sistem MyEHalal serta tatacara proses permohonan.

Untuk makluman, Pulau Pinang juga merupakan negeri pertama melaksanakan pengauditan peranti perubatan berdasarkan kesemua sembilan Skim Pensijilan Halal Malaysia (SPHM).

Selaras dengan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (API 2030) menerusi Teras Sosioekonomi, yang memberi fokus kepada pemerkasaan ekonomi umat Islam, pembangunan keusahawanan serta pengukuhan sektor halal sebagai salah satu pemacu pertumbuhan ekonomi para usahawan bukan sahaja dapat meningkatkan tahap pematuhan halal, malah berpeluang meningkatkan kredibiliti, keyakinan pengguna dan daya saing produk di pasaran yang lebih luas.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾31 Ogos 2026Penang Halal International (PHI) mengucapkan Selamat Menyambut ...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾
31 Ogos 2026

Penang Halal International (PHI) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan, menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuh perpaduan demi membina Malaysia yang lebih maju, harmoni dan sejahtera.

PENYERAHAN SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA KEPADA PEMEGANG PROGRAM PENSIJILAN HALAL KOTEJ BAGI DAERAH BARAT DAYAPada 22 ...
26/08/2026

PENYERAHAN SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA KEPADA PEMEGANG PROGRAM PENSIJILAN HALAL KOTEJ BAGI DAERAH BARAT DAYA

Pada 22 Ogos 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi SPHM telah melaksanakan majlis simbolik penyerahan SPHM kepada dua penerima di daerah Barat Daya bersempena Program Bicara M***i di Masjid Daerah Barat Daya. Majlis ini juga diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen dan usaha para usahawan dalam memenuhi keperluan pensijilan halal

Penyerahan sijil ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Hj Rosidi bin Hussain, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan turut hadir sama adalah En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI. Penyerahan sijil SPHM ini telah diterima sepenuhnya oleh Syarikat Stylo Heaven Resources dan Syarikat DKV Global Empire.

Skim Pensijilan Halal Kotej Pulau Pinang merupakan satu inisiatif khas Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi membantu peniaga kecil dan pengusaha industri mikro berstatus Bumiputera, khususnya yang menjalankan perniagaan dari rumah (home-based), untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Bermula Januari 2026, Penang Halal International (PHI) telah dilantik sebagai agensi tunggal yang bertanggungjawab untuk mengurus, menyelaras serta membimbing usahawan mikro sehingga berjaya mendapatkan pensijilan halal Malaysia bagi tempoh dua(2) tahun.

Di bawah skim ini, hanya empat kategori pensijilan yang diberikan keutamaan iaitu:
a) Produk Makanan dan Minuman
b) Premis Makanan
c) Rumah Sembelihan (Unggas/Arnab)
d) Bahan Gunaan

Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 1448H / 2026“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-oran...
25/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 1448H / 2026

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penuh penghormatan.”
— Surah al-Ahzab, 33:56

Penang Halal International (PHI) mengucapkan Salam Maulidur Rasul ﷺ kepada seluruh umat Islam.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita menghayati kembali akhlak, perjuangan dan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ sebagai panduan dalam kehidupan.

Address


Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60182712544

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penang HALAL International posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Penang HALAL International:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share