Pertubuhan Amanah Warisan Melayu Pulau Pinang

Pertubuhan Amanah Warisan Melayu Pulau Pinang Page Facebook Rasmi Pertubuhan Amanah Warisan Melayu Pulau Pinang (PEWARIS) PEWARIS telah didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan 1966 pada 8 April 2014.

Pertubuhan Amanah Warisan Melayu Pulau Pinang (PEWARIS) diasaskan penubuhannya oleh PEMENANG sebagai penaja. Melayu Pulau Pinang amat prihatin dan sangat-sangat menghargai serta memperjuangkan kelestarian warisan Melayu di Pulau Pinang. Warisan budaya Melayu dalam bentuk nampak (tangible) dan tidak nampak (intangible) adalah menjadi wadah bagi menyatupadukan seluruh lapisan masyarakat Melayu untuk

merasakan bahawa kewujudan mereka dalam konteks bangunan, monumen, lanskap, seni, budaya, pengetahuan, kemahiran, ekspresi, amatan dan representasi. Dengan penuh kesedaran dan kepercayaan serta yakin akan kekuatan dan keistimewaan warisan Melayu yang diwarisi dari datuk nenek moyang mereka menjadi suatu tanggungjawab dan amanah untuk dijaga, dipulihara, dipelihara dan diwariskan bagi generasi masa depan. Maka setiap individu Melayu di negeri Pulau Pinang perlu menggalas tanggungjawab untuk menyempurnakan peranan mereka sebagai pewaris dan penjaga warisan Melayu yang dimiliki untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. Menyedari akan aspek-aspek di atas Jawatankuasa Protem telah ditubuhkan pada 8 Februari 2013 dan pada 11 Jun 2013, Mesyuarat telah diadakan lagi bagi membincangkan deraf Rang Perlembagaan yang telah dirangka untuk semakan Jawatankuasa Penaja, yang mana, nama Pertubuhan Amanah Warisan Melayu Pulau Pinang telah dituluskan oleh Pendaftar Pertubuhan dan singkatan Pertubuhan ini ialah PEWARIS. Nombor pendaftaran pertubuhan: PPM-010-07-08042014

Laman sesawang: www.pewaris.org.my
Facebook: www.facebook.com/PEWARISPP
Twitter: www.twitter.com/PEWARISPP
YouTube: www.youtube.com/PEWARISPP
Instagram: www.instagram.com/PEWARISPP

Emel: [email protected]

Address

60 Jalan PEMENANG
George Town
10250

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

04-2273092

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Amanah Warisan Melayu Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Amanah Warisan Melayu Pulau Pinang:

Share