13/02/2023
LAWATAN OLEh PANEL PENILAI PERTANDINGAN ANUGERAH PENGURUSAN PERUMAHAN TERBAIK PDRM 2022 PERINGKAT ZON UTARA
➡️ Tarikh: 09/02/2023 (Rabu)
➡️ Masa : 1000hrs hingga selesai
➡️ Tempat : Perumah Polis Taman Tun Sardon
➡️ Panel Penilai:
▶️ Pengerusi: ACP Ruslan b. Ibrahim
▶️ Ahli I : SUPT Mat Rizal b. Mat Radzi
▶️ Ahli II : DSP Kamariah bt. Jamaludin
▶️ Setiausaha : INSP Lim Yet Tat
▶️ Kem Komandan IPK P/Pinang: ASP Natrah
Kedatangan rombongan Panel Penilai telah di sambut oleh Pengerusi Perumahan Polis Taman Tun Sardoon iaitu SM Azmi (T/KPB Balai Polis Lebuh Pantai) bersama Ajk- Ajk Perumahan Polis Taman Tun Sardon.
Rombongan Panel Penilai terlebih dahulu membuat lawatan di sekitar kawasan Perumahan Polis Taman Tun Sardon. Selesai lawatan sekitar kawasan, panel-panel penilai telah dibawa ke Dewan Perumahan untuk mendengar taklimat yang diberikan oleh Pengerusi Perumahan SM Azmi Mat Nor bersama Ajk-Ajk perumahan yang dilantik.
Panel-panel penilai jugah telah membuat lawatan di rumah L/Kpl Ashraf b. Tioh dan seterusnya rombongan panel penilai di jemput untuk makan tengahari yang disediakan oleh Perkep dan penghuni Perumahan Polis Taman Tun Sardon.