10/04/2026
π’π£ π₯ππ‘π§ππ¨ ππ’π‘ππ¦π : ππ π’π₯ππ‘π πͺππ₯ππ ππ¦ππ‘π πππ₯ππ ππ‘.
πππππ§ππ£π πππ§ππ πππ‘ππ©ππ£, 10 April 2026 β Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian D9, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang bersama Bahagian D9, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah melancarkan satu operasi khas, iaitu Op Rantau Kongsi, bagi mengesan dan menangkap saspek yang terlibat dalam kegiatan jenayah samun di sekitar Seberang Perai, Pulau Pinang. Hasil risikan dan maklumat yang diperoleh mendapati beberapa orang saspek telah melarikan diri ke Chemor, Perak. Operasi yang dijalankan berjaya menahan sebelas (11) orang warga asing yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun di sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan Sungai Bakap, Seberang Perai, dengan nilai kerugian dianggarkan sekitar RM35,000.00. Kejadian tersebut berlaku pada jam 1.30 pagi, 9 April yang lalu.
Kesemua saspek terdiri daripada sembilan (9) lelaki dan dua (2) wanita warga asing telah dibawa ke Mahkamah Majistret Jawi bagi permohonan tahanan reman. Majistret Puan Nurul Ainna binti Ahmad telah membenarkan perintah tahanan reman selama tujuh (7) hari bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
"π
πΌπππ ππππΌππΌ π
πππΌππΌπ"