Yayasan Islam Pulau Pinang

Yayasan Islam Pulau Pinang Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) adalah Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah MAINPP.

05/06/2026

PROGRAM ILTIZAM HUFFAZ – FAST TRACK SPM

Menghafaz al-Quran dan cemerlang dalam akademik bukanlah sesuatu yang mustahil.
Melalui Program Iltizam Huffaz, Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) membantu pelajar tahfiz di Pulau Pinang mengikuti kelas Fast Track SPM yang diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad di Pusat Latihan Yayasan Islam Pulau Pinang, Wakaf Seetee Aisah.

Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang dan dibimbing oleh tenaga pengajar yang terdiri daripada Jurulatih Utama Negeri dalam bidang masing-masing. Lebih membanggakan, para pelajar mengikuti program ini dengan tajaan penuh daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melalui Zakat MAINPP.

Program ini memberi peluang kepada pelajar tahfiz untuk memperkukuh pencapaian akademik sebagai persediaan menghadapi SPM, sekali gus membuka lebih banyak ruang pendidikan dan kerjaya pada masa hadapan.

Inisiatif ini selari dengan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030) dalam melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan ummah.











KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN ISLAM PULAU PINANG KEPADA PEGAWAI KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG4 Jun 2026 – Yayasan Islam Pulau ...
05/06/2026

KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN ISLAM PULAU PINANG KEPADA PEGAWAI KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG

4 Jun 2026 – Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta membincangkan pelbagai perkara yang melibatkan pembangunan institusi dan kesejahteraan ummah di negeri ini.

Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Dr. Mohd Sofee bin Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Pulau Pinang dan telah disambut oleh YB Dato' Haji Zairi bin Haji Mat Ali, Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang.

Pertemuan ini menjadi platform bagi bertukar pandangan serta berkongsi aspirasi dalam memperkasakan pelaksanaan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat, selaras dengan agenda pembangunan negeri dan keperluan semasa ummah.

Inisiatif ini turut mendukung aspirasi Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030) yang menekankan pembangunan modal insan, pendidikan serta pengukuhan kesejahteraan masyarakat secara holistik dan mampan.

Yayasan Islam Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato' Haji Zairi bin Haji Mat Ali dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang atas kesediaan menerima kunjungan ini serta berharap hubungan baik yang terjalin akan terus diperkukuhkan demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.





04/06/2026

PULAU PINANG MENGAJAR: MENANGANI CABARAN 3M

Setiap anak berhak mendapat peluang untuk membaca, menulis dan mengira dengan baik. Namun, masih terdapat murid yang berdepan cabaran dalam menguasai kemahiran asas 3M yang menjadi kunci kepada kejayaan pembelajaran mereka.

Melalui inisiatif Pulau Pinang Mengajar, Yayasan Islam Pulau Pinang bersama para sukarelawan komited membantu murid-murid yang memerlukan bimbingan tambahan agar mereka tidak tercicir dalam pendidikan. Dengan pendekatan yang lebih dekat dan berfokus, program ini berusaha meningkatkan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira demi masa depan yang lebih cerah.

Usaha ini selari dengan aspirasi Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030) yang memberi penekanan kepada pembangunan modal insan dan kecemerlangan pendidikan sebagai asas pembentukan generasi yang berilmu, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada masyarakat.

Ayuh bersama kami menjadi sebahagian daripada perubahan. Sertai Pulau Pinang Mengajar sebagai sukarelawan dan hulurkan masa serta tenaga untuk membantu anak-anak yang memerlukan.

Ikuti media sosial rasmi Yayasan Islam Pulau Pinang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program-program pendidikan yang dilaksanakan.










03/06/2026

📚 PROGRAM ILTIZAM HUFFAZ – FAST TRACK SPM 📚

Dalam era yang semakin mencabar, para pelajar tahfiz bukan sahaja perlu menguasai ilmu al-Quran, malah turut memerlukan kecemerlangan akademik sebagai persediaan menghadapi masa hadapan.

Menyedari keperluan tersebut, Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) meneruskan pelaksanaan Program Iltizam Huffaz – Fast Track SPM sebagai satu inisiatif bagi membantu pelajar tahfiz di Pulau Pinang memperoleh peluang pendidikan yang lebih luas tanpa mengabaikan hafazan al-Quran yang menjadi asas pembentukan diri mereka.

Melalui program ini, para pelajar mengikuti kelas akademik SPM yang dijalankan pada setiap hari Sabtu dan Ahad di Pusat Latihan Yayasan Islam Pulau Pinang, Wakaf Seetee Aisah. Program ini bertujuan melengkapkan pelajar dengan ilmu dan kemahiran akademik sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan SPM, sekali gus membuka lebih banyak ruang untuk melanjutkan pengajian dan membina kerjaya pada masa hadapan.

Inisiatif ini selari dengan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030) yang memberi penekanan kepada pembangunan modal insan dan kecemerlangan anak muda melalui pengukuhan pendidikan yang holistik serta berdaya saing.

Semoga usaha ini terus melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja cemerlang dalam hafazan al-Quran, malah mampu menjadi pemimpin, profesional dan penyumbang kepada agama, bangsa serta negara.

Ikuti pelbagai program dan perkembangan terkini Yayasan Islam Pulau Pinang di platform media sosial rasmi YIPP.










02/06/2026

🕋✨ PERANAN YIPP DALAM KESEDARAN HAJI ✨🕋

Sebagai usaha memperkukuh kefahaman masyarakat berkaitan ibadah haji dan sejarah perjalanan jemaah haji terdahulu, Yayasan Islam Pulau Pinang telah mewujudkan Galeri Haji Pulau Pinang yang dibuka kepada orang ramai sejak tahun 2015 🤍

Terletak di kawasan bersejarah Lebuh Acheh, galeri ini menjadi medium pendidikan dan penghayatan buat masyarakat untuk lebih memahami pengorbanan, perjalanan serta pengalaman ibadah haji dari dahulu hingga kini.

Galeri Haji Pulau Pinang dibuka pada:
📍 Lebuh Acheh, Pulau Pinang
🕘 Isnin – Jumaat | 9.30 pagi – 4.30 petang
🎟 Kemasukan adalah PERCUMA!

Jom luangkan masa bersama keluarg
a dan rakan-rakan untuk datang melawat serta menambah ilmu berkaitan ibadah haji dan sejarah Islam di Pulau Pinang ✨



Dirgahayu TuankuMerafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi TahniahKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pe...
01/06/2026

Dirgahayu Tuanku

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi

Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku dengan penuh keberkatan, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan serta terus menaungi negara dan rakyat dengan penuh hikmah, keadilan dan kesejahteraan.

Daulat Tuanku.

Sembah Takzim daripada:
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah & Warga Kerja
Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP)








31/05/2026

🕋✨ KISAH NABI IBRAHIM AS & NABI ISMAIL AS ✨🕋

Di sebalik sambutan Aidiladha dan ibadah korban, tersimpan kisah agung tentang ketaatan dan pengorbanan Nabi Ibrahim AS serta anaknya Nabi Ismail AS.

Nabi Ibrahim AS diuji oleh Allah SWT untuk mengorbankan anak yang sangat disayanginya, Nabi Ismail AS. Walaupun ujian itu sangat berat, kedua-duanya tetap taat dan reda dengan perintah Allah SWT.

Dengan penuh keikhlasan, Nabi Ismail AS juga menerima perintah tersebut tanpa ragu-ragu kerana yakin setiap ketetapan Allah pasti mempunyai hikmah yang besar. Namun, atas rahmat Allah SWT, Nabi Ismail AS telah digantikan dengan seekor kibas sebagai korban.
Kisah ini mengajar umat Islam tentang erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT walaupun diuji dengan perkara yang paling kita sayangi.

Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS terus menjadi inspirasi buat kita dalam mendidik hati agar sentiasa taat kepada Allah SWT 🤲🏻

Follow Yayasan Islam Pulau Pinang untuk lebih banyak perkongsian berkaitan ibadah haji dan penghayatan Islam ✨



30/05/2026

🕋✨ TERTIB DALAM IBADAH HAJI ✨🕋

Dalam ibadah haji, setiap rukun dan wajib haji perlu dilaksanakan mengikut susunan yang telah ditetapkan.

Inilah yang disebut sebagai tertib melakukan ibadah mengikut aturan dan turutan yang betul sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Ia mengajar umat Islam tentang kepentingan disiplin, kesabaran dan ketaatan dalam melaksanakan perintah Allah SWT.

Walaupun perjalanan haji penuh dengan cabaran dan memerlukan pengorbanan, setiap langkah yang dilakukan dengan tertib dan ikhlas membawa makna penghambaan yang sebenar kepada Allah SWT.

Semoga seluruh jemaah haji Malaysia dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan haji yang mabrur 🤲🏻

Follow Yayasan Islam Pulau Pinang untuk lebih banyak perkongsian berkaitan ibadah haji dan penghayatan Islam ✨



Address

D/A SIRIM Wilayah Utara
George Town
13500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045390589

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Islam Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Islam Pulau Pinang:

Share