Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Pulau Pinang

Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Pulau Pinang Lestari Seni Budaya, Semarak Budaya Warisan, Bantuan Khidmat Nasihat & Kepakaran Seni Budaya Warisan

GELUGOR, 13 Mei 2026 - Telah berlangsung Program Bimbingan Seni Budaya Pra Sekolah di Sekolah Kebangsaan Minden Height. ...
13/05/2026

GELUGOR, 13 Mei 2026 - Telah berlangsung Program Bimbingan Seni Budaya Pra Sekolah di Sekolah Kebangsaan Minden Height. Program ini merupakan kerjasama bersama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan dilaksanakan selama 6 bulan pada setiap hari Selasa, bermula jam 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari di Sekolah Kebangsaan Minden Height.
Dikendalikan oleh Puan Hazida Hashim, Artis Budaya (Kejurulatihan Tari) JKKN Pulau Pinang selaku tenaga pengajar.

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid pra sekolah dalam bidang seni dan budaya melalui aktiviti tarian.

Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan pihak yang sentiasa memberikan sokongan dalam menjayakan program ini.

Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1CddzXnkwb/?mibextid=wwXIfr






pbsb

BULETIN UNIT INTEGRITI JKKN📌“Tempat kerja selamat, maruah terjaga.”Gangguan seksual bukan gurauan dan bukan perkara keci...
13/05/2026

BULETIN UNIT INTEGRITI JKKN📌

“Tempat kerja selamat, maruah terjaga.”

Gangguan seksual bukan gurauan dan bukan perkara kecil. Hormati batas, jaga tingkah laku, dan bersama wujudkan budaya kerja yang profesional, selamat serta berintegriti.





GEORGE TOWN, 12 Mei 2026 – Kelas Dram anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang telah berlangsu...
12/05/2026

GEORGE TOWN, 12 Mei 2026 – Kelas Dram anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang telah berlangsung di Studio Muzik JKKN Pulau Pinang.

Kelas ini dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman iaitu Encik Johari bin Rozan, Artis Budaya (Muzik) JKKN Pulau Pinang yang berkongsi ilmu serta pengalaman beliau.

Kelas dram diteruskan dengan latihan asas dan teknik yang konsisten. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dan diperkembangkan dari semasa ke semasa. Terima kasih kepada semua hadir.






KelasDrum

GEORGE TOWN, 11 Mei 2026 – Kelas Gitar Akustik anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang telah ...
11/05/2026

GEORGE TOWN, 11 Mei 2026 – Kelas Gitar Akustik anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang telah berlangsung di Studio Muzik JKKN Pulau Pinang.

Kelas ini dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman iaitu Encik Mohammad Syamin bin Ahmad, Artis Budaya (Muzik) JKKN Pulau Pinang yang berkongsi ilmu serta pengalaman beliau.

Peserta akan mempelajari asas teknik petikan, chord, strumming serta bermain lagu secara praktikal. Semoga kelas gitar akustik ini dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran, berkeyakinan dan terus meminati dunia muzik.






kelasorkestrajkknpp

11/05/2026
GEORGE TOWN, 7 Mei 2026 – Kelas Orkestra Muzik Tradisional anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau P...
07/05/2026

GEORGE TOWN, 7 Mei 2026 – Kelas Orkestra Muzik Tradisional anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang telah berlangsung di Studio Muzik JKKN Pulau Pinang.

Kelas ini dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman iaitu Encik Ahmad Mahyuddin bin Othman, Artis Budaya (Muzik) JKKN Pulau Pinang yang berkongsi ilmu serta pengalaman beliau.

Kelas ini membuka ruang bakat berkembang, belajar bermain sebagai satu pasukan dan mencipta muzik bersama. Terima kasih kepada semua peserta yang hadir.






kelasorkestrajkknpp

PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026 (PESANTUN) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang me...
29/04/2026

PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026 (PESANTUN)

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang mempelawa semua peminat dan penggiat seni pantun untuk menyertai Pesta Pantun Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026 sebuah pertandingan pantun dengan tujuan untuk menyemarakan seni berpantun serta mengetengahkan warisan seni budaya dan tradisi negara yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

📍 Auditorium P. Ramlee, JKKN Pulau Pinang
🗓 15 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam

Jika anda penggiat seni pantun, inilah peluang untuk menyerlahkan bakat serta identiti budaya anda! Hadiah menarik menanti anda!
Hantar penyertaan dan maklumat lengkap melalui pautan seperti di bawah:

https://drive.google.com/drive/folders/1ZIFYSlC96CBaNu9JHtKn3HMbPu5Sr603?usp=drive_link

⏰ Tarikh tutup permohonan: 1 Julai 2026 (Rabu)

Maklumat lanjut boleh hubungi pegawai urusetia atau boleh didapati melalui kod QR di dalam poster.
Encik Ahmad Fitri Bin Nordin
📧 [[email protected]] 📞 018-3558704




TAKLIMAT PENYELARASAN PROGRAM BIMBINGAN SENI BUDAYA 2026/2027GEORGE TOWN, 28 April 2026- Telah berlangsung Taklimat Peny...
28/04/2026

TAKLIMAT PENYELARASAN PROGRAM BIMBINGAN SENI BUDAYA 2026/2027

GEORGE TOWN, 28 April 2026- Telah berlangsung Taklimat Penyelarasan Program Bimbingan Seni Budaya 2026/2027 yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Zurairi bin Hanip, Penolong Pengarah Kanan JKKN Pulau Pinang bertempat di Bilik Mesyuarat JKKN Pulau Pinang.

Taklimat ini bertujuan memberi penerangan awal kepada guru dan jurulatih mengenai pelaksanaan Program Bimbingan Seni Budaya 2026/2027 yang akan dilaksanakan bermula Mei 2026 yang merangkumi objektif program, pengisian aktiviti, jadual pelaksanaan, peraturan serta peranan peserta sepanjang program berlangsung. Melalui taklimat ini, diharapkan semua guru dan jurulatih dapat memahami perjalanan program dengan jelas dan bersedia untuk menyertai aktiviti yang dirancang dengan lebih teratur dan berkesan.

Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta serta menjadi platform untuk melahirkan bakat baharu dalam bidang seni budaya. Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan kelancaran program.






MADANIBekerja

23/04/2026

Sorotan video sekitar Program Cakna Pusat Sumber Seni Budaya (PSSB) JKKN 2026 yang telah berlangsung pada hari ini 📚✨





Address

Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Pulau Pinang, Taman Budaya Negeri, Lintang P. Ramlee Off Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang
George Town
10460

Telephone

+6042817791

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Pulau Pinang:

Share