DAP Taman Bunga 民主行动党吾花支部

DAP Taman Bunga 民主行动党吾花支部 DAP Taman Bunga
(KADUN Tanjung Bunga-N22)
(Parlimen Bukit Bendera-P48)

19/04/2026
19/04/2026
02/04/2026

Jemputan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya DAP Pulau Pinang 2026

Syawal adalah waktu untuk saling memaafkan, bertemu semula, dan mengeratkan hubungan sesama kita. Tahun ini, kami dengan penuh rasa gembira menjemput anda semua untuk datang bersama keluarga dan rakan-rakan ke Rumah Terbuka Hari Raya DAP Pulau Pinang.

Datanglah santai-santai, berjumpa sahabat lama, berkenalan dengan yang baharu, dan sama-sama menikmati hidangan raya dalam suasana yang mesra dan penuh kemeriahan. Raya bukan sekadar tentang juadah tetapi tentang kebersamaan dan silaturahim.

📅 Tarikh: 11 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8:00 malam
📍 Lokasi: Hadapan Pangsapuri Warisan Tanjung, Tanjung Tokong
(Tapak Bazar Ramadan Tanjung Tokong)
https://maps.app.goo.gl/m1HgdkeekQ6GDmtN9

Bawalah keluarga, ajaklah kawan-kawan.
Kehadiran anda akan benar-benar memeriahkan majlis ini.

Jumpa anda di sana. Selamat Hari Raya Aidilfitri!

27/03/2026

Majlis Aidilfitri PH Pulau Pinang🌙

Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua penduduk beragama Islam di seluruh Pulau Pinang. PH Pulau Pinang menyeru semua umat Islam di Pulau Pinang untuk mengambil peluang hari raya ini untuk bermaaf-maafan dan seterusnya membina perpaduan dalam kalangan penduduk sesama Islam.

Sebagai agama yang menganjurkan perpaduan, sudah pasti perpaduan dalam kalangan penduduk Pulau Pinang perlu diperkukuhkan melangkaui perbezaan agama, kaum dan ideologi politik.

Selaras dengan objektif perpaduan yang ingin dibina di Pulau Pinang, PH Pulau Pinang akan menganjurkan majlis hari raya Aidilfitri yang akan berlangsung di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir pada hari Ahad 29 Mac, 2026 jam 8 malam sehingga 10.30 malam.

Dalam kemeriahan meraikan rumah terbuka , pimpinan Pakatan Harapan tetap menyahut seruan PM agar bersederhana dalam meraikannya, Maaf jika ada serba kekurangan semasa penganjuran kali ini.

Kami menjemput semua yang berkelapangan untuk hadir memeriahkan majlis ini agar hubungan baik sesama insan di negeri Pulau Pinang ini dapat dieratkan.

18/03/2026

60 tahun yang lalu, perjuangan ini bermula dengan satu keberanian, iaitu berani menyebut bahawa Malaysia mesti milik semua rakyatnya.

Hari ini, prinsip itu kekal utuh: Malaysia untuk rakyat Malaysia🇲🇾

Dalam tempoh enam dekad, kita telah melalui tekanan, fitnah dan cabaran kuasa.

Namun satu perkara tidak pernah berubah - komitmen untuk mempertahankan keadilan, memperkukuh perpaduan dan memastikan setiap rakyat mempunyai tempat dalam negara ini.

Kita tidak membina politik berasaskan ketakutan atau perpecahan.
Kita membina politik yang memberi harapan, membuka peluang dan mengangkat martabat rakyat.

Ulang tahun ke-60 ini bukan sekadar peringatan sejarah,
tetapi satu peringatan bahawa perjuangan ini masih berjalan dan mesti diteruskan dengan lebih berani dan bertanggungjawab.

Kerana akhirnya, negara ini adalah milik rakyat Malaysia.

05/03/2026

民政党署理主席胡栋强与其在媒体上不断指责团结政府,不如先回去说服其国盟盟友支持这项限制首相任期的修宪案,这才是负责任的态度。否则,外界难免质疑民政党是否实际上也反对这项改革。
内文: https://www.orientaldaily.com.my/news/north/2026/03/05/801750
#首相限任制 #希盟 #民主行动党
槟州民主行动党 🚀🚀🔺️🔺️

05/03/2026

KENYATAAN MEDIA JAWATANKUASA TERTINGGI PUSAT (CEC) DAP

Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP telah mengadakan mesyuarat bulanan pada malam tadi (4 Mac 2026) dan memutuskan beberapa pendirian seperti berikut;

1) Mengambil perhatian serius terhadap dakwaan sebuah media asing berkenaan kewujudan gejala "mafia korporat" dan institusi SPRM digunakan oleh syarikat tertentu sebagai alat untuk mencapai matlamat kepentingan peribadi. Kerajaan perlu menangani isu ini dengan berkesan untuk mempertahankan kewibawaan institusi SPRM melalui penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat secara meyeluruh dakwaan tersebut dan mencadangkan langkah-langkah untuk mencegah penyalahgunaan kuasa dalam institusi tersebut.

2) Menyatakan kekecewaan terhadap kegagalan Dewan Rakyat meluluskan RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh Perdana Menteri kepada 10 tahun dan menyeru kerajaan untuk membentangkan semula RUU tersebut dalam Sidang Parlimen yang akan datang untuk merealiisasikan agenda reformasi yang penting ini.

3) Menyokong keputusan kerajaan untuk merujuk RUU Pengasingan Peguam Negara dan Pendakwa Raya ke Jawatankuasa Pilihan Khas dan menyatakan komitmen untuk menambahbaik aspek akauntabiliti dan ketelusan proses pelantikan jawatan tersebut melalui wakil DAP dalam jawatankuasa tersebut iaitu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.

DAP terus komited untuk mendokong agenda reformasi institusi dalam kerajaan dan tidak berkompromi dalam sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa serta menyokong penuh agenda memerangi rasuah.

LOKE SIEW F**K
SETIAUSAHA AGUNG DAP

5 MAC 2026

02/03/2026

🧧 Gong Xi Fa Cai! 🧧

Dijemput semua warga Kadun Tanjong Bunga untuk hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Kadun Tanjong Bunga!

📅 8 Macw 2026 (Ahad)
⏰ 7.30 malam
📍 Dewan Serbaguna MBPP, Pasar Tanjong Bungah

Bawa sekali keluarga dan rakan-rakan, kita makan bersama, sembang santai dan raikan Tahun Baru Cina dalam suasana penuh kemeriahan 🎉🍊

Jumpa anda di sana! ✨

27/02/2026

他举例,槟州政府早已落实首席部长两届任期限制的政治承诺,并逐步推向制度化。

25/02/2026

反贪污委员会争议持续发酵。民主行动党秘书长兼交通部长陆兆福在接受《当今大马》专访时表示,行动党将在来临周五的内阁会议上建议政府成立皇家调查委员会(RCI),全面彻查所谓“企业黑帮”勾结指控,以捍卫国家反贪...

Address

Tanjung Bungah
George Town
11200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DAP Taman Bunga 民主行动党吾花支部 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share