Pusat Transit Harapan Pulau Pinang

Pusat Transit Harapan Pulau Pinang Pusat Transit Harapan telah dibangunkan sebagai inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang fokus untuk membantu mendayaupayakan golongan gelandangan.

 setiap orang pasti akan menghadapi kegagalan, kesusahan, atau cabaran yang menyebabkan kita "terjatuh". Namun, kegagala...
01/06/2026


setiap orang pasti akan menghadapi kegagalan, kesusahan, atau cabaran yang menyebabkan kita "terjatuh". Namun, kegagalan bukanlah penamat kepada perjalanan hidup.



๐๐‹๐€๐˜๐‚๐€๐‘๐„ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐‚๐“ : ๐€๐‚๐“๐ˆ๐•๐„ ๐๐Ž๐ƒ๐ˆ๐„๐’ ๐‡๐Ž๐๐„๐…๐”๐‹ ๐‡๐„๐€๐‘๐“๐’23 Mei 2026 - Pengurusan Pusat Transit Harapan Pulau Pinang merakamkan se...
29/05/2026

๐๐‹๐€๐˜๐‚๐€๐‘๐„ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐‚๐“ : ๐€๐‚๐“๐ˆ๐•๐„ ๐๐Ž๐ƒ๐ˆ๐„๐’ ๐‡๐Ž๐๐„๐…๐”๐‹ ๐‡๐„๐€๐‘๐“๐’

23 Mei 2026 - Pengurusan Pusat Transit Harapan Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (SEE) USM Kampus Kejuruteraan yang telah menjayakan Program Playcare Project: Active Bodies Hopeful Hearts.

Program yang melibatkan seramai 21 orang pelajar dan tiga orang pensyarah ini bukan sahaja mewujudkan suasana interaksi bersama penghuni dan komuniti, malah turut memberi manfaat dari segi sokongan sosial, semangat positif serta pengalaman bermakna kepada penghuni Pusat Transit Harapan Pulau Pinang.

Semoga keprihatinan dan penglibatan yang diberikan menjadi inspirasi dalam menyemai nilai empati serta semangat kesukarelawanan dalam masyarakat sekaligus merealisasikan visi kami sebagai Pusat Sosial Komuniti menjelang tahun 2030.

29/05/2026
 Kadang-kadang hidup diuji dengan pelbagai kesusahan dan kepayahan. Namun, apabila ditempuhi dengan hati yang ikhlas, sa...
29/05/2026


Kadang-kadang hidup diuji dengan pelbagai kesusahan dan kepayahan. Namun, apabila ditempuhi dengan hati yang ikhlas, sabar dan penuh harapan, setiap pengorbanan itu akhirnya akan membawa kemanisan serta hikmah yang tidak disangka.

๐–๐Ž๐‘๐Š๐’๐‡๐Ž๐ ๐’๐„๐‘๐ˆ๐„๐’ : ๐”๐‘๐๐€๐ ๐…๐€๐‘๐Œ๐ˆ๐๐†Melalui pelaksanaan Program COMM@Love In Transit 2026 anjuran Pusat Pengajian Komunikasi ...
22/05/2026

๐–๐Ž๐‘๐Š๐’๐‡๐Ž๐ ๐’๐„๐‘๐ˆ๐„๐’ : ๐”๐‘๐๐€๐ ๐…๐€๐‘๐Œ๐ˆ๐๐†

Melalui pelaksanaan Program COMM@Love In Transit 2026 anjuran Pusat Pengajian Komunikasi USM, telah diadakan satu sesi bengkel "Urban farming" yang dikendalikan oleh Dr. Dayang Haszelina binti Abang Ali.

Para peserta yang terdiri daripada penghuni dan pengunjung Pusat Transit Harapan berpeluang mempelajari kaedah pertanian bandar moden yang mudah dilaksanakan dengan kos yang rendah, termasuk penggunaan barangan terpakai seperti botol air mineral sebagai medium penanaman.

Modul ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi membantu penghuni mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan mereka selepas ini termasuk meningkatkan keupayaan berdikari dan menjana pendapatan.



๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐ˆ๐๐“๐€ ๐’๐„๐๐ƒ๐ˆ๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐Š๐๐‹๐Ž๐“(๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐„๐ฆ๐จ๐ฌ๐ข ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ง๐๐ข๐ซ๐ข)15 Mei 2026 โ€“ Usaha untuk meningkatkan kesedaran penghuni PTH...
19/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐ˆ๐๐“๐€ ๐’๐„๐๐ƒ๐ˆ๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐Š๐๐‹๐Ž๐“
(๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐„๐ฆ๐จ๐ฌ๐ข ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ง๐๐ข๐ซ๐ข)

15 Mei 2026 โ€“ Usaha untuk meningkatkan kesedaran penghuni PTHPP terhadap kepentingan pengurusan emosi dan kendiri diteruskan melalui penganjuran Program Cipta Sendiri Inkblot yang dikendalikan oleh Puan Durga a/p Pubalan, Kaunselor Pelatih Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.

Seramai 10 orang penghuni telah menyertai program ini. Antara objektif utama pelaksanaan program adalah untuk memberi pendedahan serta kesedaran mengenai pengurusan emosi melalui teknik inkblot di samping membentuk sokongan psikologi ke arah pengurusan emosi yang lebih stabil dan positif.

Turut hadir dalam program ini ialah Cik Farah Rusilah binti Muhamad Darus, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.

Baru-baru ini, pihak pengurusan Pusat Transit Harapan dan Unit Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO Negeri Pulau Pinang sekali...
18/05/2026

Baru-baru ini, pihak pengurusan Pusat Transit Harapan dan Unit Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO Negeri Pulau Pinang sekali lagi mengadakan sesi perbincangan bagi menambah baik strategi pencarian pekerjaan dalam kalangan penghuni termasuk pelaksanaan program temu duga mini di PTH pada masa akan datang.

Semoga usaha ini dapat memperluas jaringan kerjasama strategik PTH bagi meningkatkan keberhasilan intervensi terhadap penghuni.



๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ค๐ญ๐ข๐Ÿ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฅ ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข2 Mei 2026 - Telah berlangsung ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ค๐ญ๐ข๐Ÿ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฅ ๐๐š๐ง ...
18/05/2026

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ค๐ญ๐ข๐Ÿ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฅ ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข

2 Mei 2026 - Telah berlangsung ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ค๐ญ๐ข๐Ÿ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฅ ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข dalam Program Solidariti 6.0 hasil anjuran dan kerjasama antara Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai USM dan Pusat Transit Harapan Pulau Pinang.

Sesi yang dikendalikan oleh pihak Kaunseling Universiti Sains Malaysia (USM) ini memberi ruang kepada para penghuni PTHPP untuk berkongsi pandangan, pengalaman serta meningkatkan kesedaran berkaitan pengurusan emosi, kesejahteraan mental dan penjagaan diri dalam kehidupan seharian.

Pendekatan santai dan interaktif yang dijalankan turut membantu mewujudkan suasana yang lebih terbuka, positif dan selesa buat para peserta sepanjang program berlangsung.

Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai USM serta Kaunseling USM atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.



Jom hadir beramai-ramai meriahkan program ini di Pusat Transit Harapan.
16/05/2026

Jom hadir beramai-ramai meriahkan program ini di Pusat Transit Harapan.

Pihak pengurusan PTHPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarak...
11/05/2026

Pihak pengurusan PTHPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Puan Lim Hui Ying merangkap Ahli Parlimen Tanjong kerana sudi meluangkan masa menyantuni penghuni dalam siri Program Santai Sarapan Penghuni di Kopitiam. Hadir bersama adalah ADUN Pengkalan Kota YB Wong Yuee Harng.

Program ini merupakan antara inisiatif berkala pihak pengurusan dalam membantu penghuni kembali menyesuaikan diri dengan kehidupan bermasyarakat. Diharapkan program seperti ini dapat membantu membuka minda serta membina semula keyakinan diri para penghuni, di samping mewujudkan suasana yang lebih positif, harmoni dan penuh sokongan dalam proses mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik.



Address

No. 19, Jalan C. Y. Choy
George Town
10300

Telephone

+60147904744

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Transit Harapan Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Transit Harapan Pulau Pinang:

Share

Category