08/05/2026
๐ง๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ ๐ง๐จ๐๐๐ฅ ๐ ๐๐๐ฎ๐ฑ ๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ก๐ง๐๐
๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ฅ๐จ, ๐ด ๐ ๐ฒ๐ถ โ Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan bahawa rakyat Malaysia tidak perlu tergesa-gesa menukar MyKad sedia ada apabila MyKad baharu diperkenalkan mulai 1 Jun 2026.
๐ฌ โMemiliki MyKad adalah satu kewajipan, namun rakyat tidak perlu menukar kad secara serentak. Jangan berpusu-pusu ke JPN kerana MyKad sedia ada masih sah dan boleh digunakan seperti biasa.โ
โ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Pendekatan ini diambil bagi memastikan urusan rakyat terus berjalan lancar tanpa kesesakan, kekeliruan atau beban yang tidak perlu di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
MyKad sedia ada masih sah dan boleh digunakan seperti biasa selagi berada dalam keadaan baik serta memenuhi syarat perundangan semasa.
Pada masa sama, MyKad baharu akan dilengkapi pelbagai ciri keselamatan dipertingkat termasuk teknologi laser, ultraungu, hologram, teks mikro, kod QR dan cip dengan tahap enkripsi lebih tinggi bagi memperkukuh keselamatan identiti rakyat serta integriti dokumen negara.
Sumber: Lawatan Rasmi YB Menteri Dalam Negeri ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Stesen Bukit Chagar bagi meninjau projek RTS Link Johor BahruโSingapura, 8 Mei 2026.