01/04/2026
SESI LIBAT URUS: KAJIAN SEMULA PENETAPAN GAJI MINIMUM 2024
Majikan / Persatuan Majikan / Pekerja /Kesatuan Sekerja yang berminat boleh membuat pendaftaran melalui pautan https://url-shortener.me/FA0Q.
Pendaftaran juga boleh dibuat melalui pengimbasan kod QR yang tertera di poster atau menghubungi urusetia program melalui talian telefon rasmi JTKSM dan disambungkan ke Bahagian Dasar & Perancangan Strategik (BDPS).

Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) sedang menjalankan Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2024 seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 25, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732].
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji semula perintah gaji minimum (PGM) semasa dengan mendapatkan maklum balas berhubung keberkesanan PGM dan implikasinya ke atas pembangunan sosial dan ekonomi negara.
Sehubungan itu, satu sesi libat urus (SLU) akan diadakan bagi mendapatkan pandangan berhubung impak pelaksanaan PGM 2024.