Pusat Khidmat ADUN Kebun Bunga

Pusat Khidmat ADUN Kebun Bunga Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Khidmat ADUN Kebun Bunga, Political organisation, 98-2-31A, Jalan Fettes, Prima Tanjung Business Centre, George Town.

10/06/2026
Wajah ceria dan senyuman penuh kesyukuran jelas terpancar daripada aunty selepas bumbung rumahnya yang rosak teruk akiba...
07/06/2026

Wajah ceria dan senyuman penuh kesyukuran jelas terpancar daripada aunty selepas bumbung rumahnya yang rosak teruk akibat dimakan anai-anai akhirnya berjaya diganti baharu melalui peruntukan Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Syerleena Abd Rashid.

Kerjasama erat antara Pusat Khidmat ADUN Kebun Bunga dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Bendera terus membuahkan hasil, membawa manfaat serta meringankan beban penduduk yang memerlukan.


Bersempena sambutan Hari Ibu pada tahun ini, MPKK Mount Erskine bersama Pusat Khidmat ADUN Kebun Bunga telah membawa kan...
03/06/2026

Bersempena sambutan Hari Ibu pada tahun ini, MPKK Mount Erskine bersama Pusat Khidmat ADUN Kebun Bunga telah membawa kanak-kanak dari Ru Yi Children’s Home Association untuk menyertai satu program yang penuh kasih sayang dan kenangan indah.

Mereka dibawa melawat AkuaTAR di Batu Maung, menikmati makan tengah hari vegetarian bersama-sama, dan seterusnya meluangkan masa bergembira di Upside Down Museum.

Melihat senyuman, gelak tawa dan kegembiraan yang terpancar di wajah anak-anak ini sepanjang program benar-benar menyentuh hati kami semua. Walaupun hanya seharian bersama, kami berharap pengalaman kecil ini dapat memberikan kebahagiaan dan mencipta memori manis yang akan dikenang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YB Lee Boon Heng, Pengerusi MPKK Mount Erskine, Puan Christine, serta barisan AJK atas idea, usaha dan komitmen dalam menjayakan program yang penuh bermakna dan memberi kegembiraan kepada anak-anak ini.


Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha ...
01/06/2026

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Seluruh warga Pusat Khidmat ADUN Kebun Bunga menzahirkan setulus penghargaan serta mendoakan kesejahteraan buat Kebawah Duli Tuanku, Raja Permaisuri Agong dan seluruh Kerabat Diraja agar sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan serta kebahagiaan berpanjangan.

Semoga Kebawah Duli Tuanku terus memayungi negara dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan kewibawaan, serta kekal menjadi lambang perpaduan, kestabilan dan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan latar belakang.

Daulat Tuanku.

Ikhlas Daripada
Pusat Khidmat ADUN Kebun Bunga

Saya mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua yang meraikannya.Sambutan Wesak yang penuh bermakna ini mengingatkan ki...
30/05/2026

Saya mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua yang meraikannya.

Sambutan Wesak yang penuh bermakna ini mengingatkan kita kepada ajaran Buddha yang menekankan nilai-nilai murni dalam kehidupan, khususnya kepentingan belas kasihan, kasih sayang tanpa syarat, serta usaha untuk hidup dengan penuh kesederhanaan dan kebaikan.

Semoga semangat Hari Wesak ini membawa ketenangan, kedamaian dan terus memperkukuhkan keharmonian serta perpaduan dalam masyarakat majmuk kita.

Selamat Hari Wesak.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Seri Saifuddin Nasution atas sumbangan lembu korban kepada ...
30/05/2026

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Seri Saifuddin Nasution atas sumbangan lembu korban kepada masjid, surau serta Balai Polis di kawasan DUN Kebun Bunga sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Inisiatif ini bukan sahaja membawa manfaat kepada penerima, malah turut mencerminkan keprihatinan dalam menghayati semangat pengorbanan serta memperkukuhkan ukhuwah antara masyarakat setempat. Ia juga memberi ruang kepada komuniti untuk bersama-sama meraikan Aidiladha dalam suasana yang lebih bermakna dan harmoni.

Semoga sumbangan dan usaha seperti ini terus diperkasakan pada masa akan datang demi kesejahteraan rakyat dan keharmonian komuniti.



Nak menang wang tunai RM1,000? Mudah saja! 🎉Jika anda mempunyai gambar lama yang pernah diambil di Penang Botanic Garden...
27/05/2026

Nak menang wang tunai RM1,000? Mudah saja! 🎉

Jika anda mempunyai gambar lama yang pernah diambil di Penang Botanic Gardens, anda layak untuk menyertai pertandingan ini!

Selongkar album lama anda, cari memori indah di sana, dan hantar penyertaan anda untuk peluang memenangi wang tunai RM1,000! 📸✨

Exciting news for all Penang citizens! 🎉Don’t miss this opportunity to learn more about AI and Google Forms. Registratio...
27/05/2026

Exciting news for all Penang citizens! 🎉

Don’t miss this opportunity to learn more about AI and Google Forms. Registration is completely FREE, but slots are limited to only 30 participants on a first come, first served basis.

So what are you waiting for? Register now using the link provided below!

https://forms.gle/PZqrpgPsifJrkwUj9

We would also like to encourage all MPKK & JPWK members to take this opportunity to level up your skills in AI and Google Forms 😊✨

Address

98-2-31A, Jalan Fettes, Prima Tanjung Business Centre
George Town
10470

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat ADUN Kebun Bunga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat ADUN Kebun Bunga:

Share