06/06/2026
SELAMAT HARI KESELAMATAN MAKANAN SEDUNIA 2026
"From Burden to Solutions - Safe Food Everywhere"
(Daripada Bebanan Kepada Penyelesaian - Makanan Selamat Di Mana Jua)
Tahu tak, makanan yang tak bersih atau tercemar boleh menyebabkan sekurang-kurangnya 200 jenis penyakit? Daripada sakit perut biasa sehinggalah kes keracunan makanan yang kronik. Paling sedih, anak-anak kecil selalunya menjadi golongan yang paling cepat terkesan dan menderita.
Bila ahli keluarga sakit, bukan sahaja kesihatan terganggu, malah emosi tertekan, cuti bekerja terpaksa diambil, dan kos perubatan p**a meningkat. Ini yang kita panggil sebagai 'beban'.
Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia pada 7 Jun 2026, tahun ini kita bawa tema "From Burden to Solutions - Safe Food Everywhere" (Daripada Bebanan Kepada Penyelesaian - Makanan Selamat Di Mana Jua). Melalui pendekatan sains dan data, kita mahu pastikan setiap rantaian makananโdari ladang, kilang, kedai makan, hinggalah ke pinggan hidangan anda di rumahโadalah selamat dan bersih.
Apa peranan kita sebagai pengguna di rumah?
๐งผ Amalkan kebersihan: Sentiasa basuh tangan, basuh bahan mentah, dan pastikan peralatan memasak bersih sebelum digunakan.
๐ฅ Masak dengan betul: Pastikan makanan terutamanya daging dan ayam dimasak sepenuhnya bagi membunuh kuman berbahaya.
๐ Sedar & Ambil Tahu: Sentiasa peka dengan kualiti makanan yang dibeli. Jika makan di luar, pilih premis yang bersih dan mematuhi standard keselamatan. Pilih premis yang ada BeSS.
๐ข Laporkan pelanggaran: Jangan ragu-ragu untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya anda terjumpa makanan yang rosak atau premis yang kotor di pasaran.
Keselamatan makanan adalah tanggungjawab kita bersama. Jom lindungi keluarga dan komuniti kita dengan memilih dan menyediakan makanan yang selamat setiap hari! Satu tindakan kecil daripada anda, mampu menyelamatkan kesihatan seluruh keluarga. ๐จโ๐ฉโ๐งโ๐ฆโจ