06/02/2026
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG DIKURNIAKAN DARJAH TERTINGGI DIRAJA JEPUN
Pada hari ini dalam tahun 2013, KDYMM Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Raja Permaisuri Agong dikurniakan Darjah “Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum”, darjah tertinggi diraja Jepun. Anugerah tersebut disampaikan oleh Shigeru Nakamura, Duta Besar Jepun ke Malaysia di Istana Negara. Darjah ini hanya dikurniakan kepada kaum kerabat wanita diraja Jepun dan negara asing. Selain KDYMM Tuanku Hajah Haminah, darjah kebesaran ini juga pernah dianugerahkan kepada DYMM Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Permaisuri Agong Kedua Belas pada tahun 2005.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple App Store.HIDS juga bersiaran di:
1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 31 stesen radio milik RTM.