14/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐@๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
Khamis 14 Mei 2026, Kampus Induk USM - Program OSH@School telah berjaya dilaksanakan di Tadika Minden USM dengan pelbagai aktiviti menarik dan interaktif bagi memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) sejak usia awal. ๐ง๐ง
Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ketua UKKP serta Guru Besar Tadika Minden USM sebelum diteruskan dengan sesi taklimat kesedaran KKP yang santai dan mudah difahami oleh kanak-kanak.
Pelbagai aktiviti menyeronokkan turut diadakan antaranya:
๐ฏ Kuiz berkaitan keselamatan
๐ฒ Safety Ladder Game (Dam Gergasi)
๐ก Roda Impian Keselamatan
๐งฉ Puzzle Keselamatan
Program ini selaras dengan agenda kelestarian yang menyokong SDG 3 : Kesihatan dan Kesejahteraan Yang Baik dan SDG 4 : Pendidikan Berkualiti dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, ceria dan kondusif. ๐ค๐ฑ
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha seperti ini dapat membentuk budaya keselamatan dalam kalangan generasi muda sejak di bangku tadika lagi. ๐