05/06/2026
[BM / 中文]
KENYATAAN MEDIA JAWATANKUASA TERTINGGI PUSAT (CEC) DAP
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP telah mengadakan mesyuarat bulanan pada malam tadi (4 Jun 2026) dan memutuskan beberapa pendirian seperti berikut;
1) Mengambil kira pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor dan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan dan Pilihanraya Negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari 1 Jun 2026, maka Persidangan Kebangsaan DAP 2026 yang sepatutnya dijadualkan pada 12 Julai 2026 akan ditunda ke 16 Ogos 2026 (Ahad).
2) DAP akan mempertahankan semua kerusi penyandang di Johor dan Negeri Sembilan dan bertanding di beberapa kerusi tambahan di Johor tertakluk kepada keputusan rundingan secara muktamad dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan menjelang hujung minggu ini.
3) Proses pemilihan calon untuk mewakili DAP dalam Pilihanraya Negeri tersebut akan ditentukan oleh sebuah Jawatankuasa Pemilihan Calon seperti berikut;
a) Loke Siew F**k (Setiausaha Agung)
b) Gobind Singh Deo (Pengerusi Kebangsaan)
c) Nga Kor Ming (Timbalan Pengerusi Kebangsaan)
d) Teo Nie Ching (Ketua Wanita DAP)
e) Chong Chieng Jen (Ketua Parlimen DAP)
4) Menyokong pembentangan RUU Pengasingan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang telah dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas dalam Persidangan Dewan Rakyat bermula 22 Jun akan datang dan menyatakan komitmen untuk memastikan sokongan undi belah bahagi dari kesemua 40 Ahli Parlimen DAP serta menyeru semua Ahli Parlimen untuk memastikan Pindaan Perlembagaan yang bersejarah ini dapat direalisasikan
DAP terus komited untuk mendokong agenda reformasi institusi dalam kerajaan dan akan berkempen secara bersungguh-sungguh dalam Pilihanraya Negeri Johor dan Negeri Sembilan demi kemenangan Pakatan Harapan di kedua-dua negeri tersebut.
LOKE SIEW F**K
SETIAUSAHA AGUNG DAP
5 JUN 2026
民主行动党中央执行委员会(CEC)媒体文告
民主行动党中央执行委员会(CEC)於星期四晚(2026年6月4日)在吉隆坡民主行动党总部召开了常月会议,并针对多项议题达成以下立场声明:
1) 鉴於柔佛州立法议会及森美兰州立法议会已经解散,且有关州选举必须在2026年6月1日起的60天内举行,因此原定於2026年7月12日召开的2026年民主行动党全国代表大会,将顺延至2026年8月16日(星期日)举行。
2) 民主行动党将在柔佛及森美兰州选捍卫所有原有胜选议席,并将在柔佛州竞选若干新增议席,这将取决於本周末前与希望联盟各成员党的最终谈判结果。
3) 代表民主行动党上阵上述州选的候选人遴选工作,将由以下候选人遴选委员会决定:
a)陆兆福(秘书长)
b)哥宾星(全国主席)
c)倪可敏(全国署理主席)
d)张念群(妇女组主席)
e)张健仁(党国会领袖)
4) 支持即将於6月22日召开的国会下议院会议上提呈由国会特别遴选委员会最终敲定的律政司与检察司分权修宪案,并承诺民主行动党旗下所有40名国会议员将在记名表决中给予支持,同时呼吁全体国会议员共同确保这项具有历史意义的宪法修正案获得通过。
民主行动党将继续坚定支持政府的体制改革议程,并将在柔佛及森美兰州选中全力以赴竞选,以确保希望联盟在这两个州属赢得胜利。
陆兆福
民主行动党秘书长
2026年6月4日
----