29/04/2026
Tahniah kepada Wan Norhanis, Sukarelawan Belia Pulau Pinang yang berjaya menerima biasiswa Amcom Crop Care! 🔥
“Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Penang 2030.
Saya, Wan Norhanis binti Yusoff, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PYDC, khususnya Penang Youth Volunteer, atas kesempatan yang diberikan kepada saya sebagai Sukarelawan Belia Pulau Pinang.
Sepanjang penglibatan saya, pelbagai program telah dilaksanakan dan saya berpeluang untuk turut serta, antaranya Malaysia Book of Records, ASEAN SEOM meeting, serta program-program lain yang akhirnya membawa kepada penganugerahan Anugerah Belia (Prihatin) pada tahun 2025.
Kejayaan ini tidak terhenti di sini apabila saya turut diberi peluang dan dijemput sebagai penceramah di PPD Timur Laut untuk berkongsi mengenai manfaat kesukarelawanan kepada guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah sekitar Timur Laut.
Di samping itu, penglibatan saya sebagai Sukarelawan Belia Pulau Pinang juga telah membuka lebih banyak peluang, khususnya dalam bidang pendidikan, apabila saya terpilih sebagai salah seorang penerima biasiswa Amcom Crop Care.
Saya berharap perkongsian ini dapat menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada semua warga belia Pulau Pinang untuk terus melakar kejayaan, bukan sahaja di negeri ini, malah di peringkat global.”
Wan Norhanis