Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Timor Laut Pulau Pinang

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Timor Laut Pulau Pinang Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Timor Laut Negeri Pulau Pinang, tingkat 29, KOMTAR, 10000 Georgetown, Pulau Pinang

05/05/2026

Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga JPS Pulau Pinang dan rakyat Negeri Pulau Mutiara!

Hari ini kita menghargai setiap usaha, komitmen, dan dedikasi warga kerja yang menjadi tunjang pembangunan negara. Khususnya kepada warga Jabatan Pengairan dan Saliran, peranan anda jelas dan besar: Mengurus sumber air secara bersepadu, Mengawal banjir dan mengurangkan risiko bencana, Memelihara sungai serta sistem saliran serta Menyokong keseimbangan alam sekitar.

Semua ini menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri Pulau Pinang yang mampan. Mari kita terus melangkah ke hadapan dengan tekad untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang lebih selamat, hijau, dan berdaya tahan terhadap cabaran iklim.

Selamat Hari Pekerja. Terima kasih atas khidmat dan pengorbanan anda.







05/05/2026
05/05/2026

TREND PASANG SURUT KEDAH - PIER, PULAU PINANG 3-9 MEI 2026







10/04/2026

Keputusan jawatankuasa sebut harga Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang bagi kerja-kerja di Daerah Timor Laut.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨  Maaf Zahir & Batin  Ikhlas daripada seluruh warga jabatan, kami mengucapkan Selamat Har...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨
Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada seluruh warga jabatan, kami mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Semoga Aidilfitri ini membawa sinar kebahagiaan, mengeratkan silaturahim, dan memperkukuh semangat kerjasama dalam kita melaksanakan amanah bersama.

Raikan Syawal dengan penuh kesyukuran bersama keluarga dan rakan-rakan. đź’š



03 Mac 2026 | Pejabat Jurutera Daerah JPS Timor Laut telah menganjurkan Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan”1 R...
03/03/2026

03 Mac 2026 | Pejabat Jurutera Daerah JPS Timor Laut telah menganjurkan Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan”1 Rapi Progaram Keselamatan Kebakaran”.

Teras 3 L- Jangan Lupa, Lalai dan Leka dalam mencegah kebakaran.

Taklimat kesedaran ini telah disampaikan oleh Encik Jeffry Chin, Persatuan Pencegahan Kebakaran Kuala Lumpur. Objektif penganjuran taklimat adalah bertujuan memupuk sikap bertanggungjawab dan kesedaran keselamatan terhadap pencegahan kebakaran yang lebih efisen dalam menjalani kehidupan seharian walau berada dimana sahaja samada di tempat kerja, tempat awam mahupun di kediaman sendiri. Turut hadir, Puan Nurdilah binti Mahammad Idris, Penolong Jurutera Kanan JPS Daerah Timor Laut serta kakitangan.

“Mencegah lebih baik daripada mengubati”




03 Mac 2026 | Telah berlangsung Lawatan Kerja Panel Penilai Anugerah Inovasi Menteri (AIM) Kementerian Peralihan Tenaga ...
03/03/2026

03 Mac 2026 | Telah berlangsung Lawatan Kerja Panel Penilai Anugerah Inovasi Menteri (AIM) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Tahun 2026 di Kolam Takungan Banjir S18, Maccalum JPS Daerah Timor Laut, Pulau Pinang.

Delegasi barisan panel diketuai oleh Encik Amisam bin Ismail, turut hadir dalam lawatan Ir. Ts. Mohamad Saiful Azhar bin Harun, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal JPS Pulau Pinang, Encik Mohd Na’im bin Sulaiman, Jurutera Daerah JPS Timor Laut serta Encik Khairul Aidil bin Nordin, Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Mekanikal JPS Pulau Pinang.






Address

Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Timor Laut, Tingkat 29, KOMTAR
George Town
10000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Timor Laut Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share